"Guysss, nampak Hayoung?" Sehun menerjah rakan-rakannya yang sedang makan di kantin. Dia sepertinya tergesa-gesa. Mukanya berpeluh mencari Hayoung disekeliling sekolah.
"Wae?" Tanya Baekhyun.
"Terkejut anak aku" Jerit Suho sambil memegang perut Chorong. Chorong tersenyum.
"Gaduh lah tu" Bisik Luhan pada Kris.
"Dah gaduh, baru cari kita" Balas Kris pula.
"Eeeee.. Elok-elok lahh !!" marah Sehun, tapi tak serius selalu.
"Dia dekat bilik masakan belakang sekolah" Kata Bomi. Yang lain memandang Bomi dengan penuh hairan. Mana dia tahu? Buat apa Hayoung ke situ?
"Bo? Betullahh, aku dengar dia mintak kunci bilik masakan dekat cikgu Jang Yeol tadi" Jerit Bomi apabila semua rakan-rakannya seperti tak percaya dengan apa yang dia katakan itu.
"Okay, chaww dulu" Sehun melambai dan terus berlalu pergi.
"Yahh, tak cakap terima kasih pun, eishh" Bentak Bomi. Yang lain ketawa.
❤
[Sehun POV]
Apalah yang Hayoung buat dekat bilik masakan. Pelik aku. Dia hanya tinggalkan sekeping nota di meja belajar selepas habis waktu cikgu Haha. Dia bagitahu yang dia ada hal.
Aku pun cari lah dia sekeliling sekolah. Hal apa yang penting sangat sampai tak sempat-sempat nak jumpa aku.
"hergh.." Aku mengeluh sendiri. Tahu tak betapa jauhnya bilik masakan? letih woo, dahlah dia sorang diri.
Lepastu semalam baru lepas terjaga dari pengsan. Karang pengsan lagi, aku yang susah. Hayounggg..Hayoung. Belum kahwin lagi awak dah buat perangai.
Aku melangkah masuk ke bilik masakan. Masuk sahaja, asap sudah memenuhi ruang dapur itu. Aku terkedu, memikirkan apa yang sedang berlaku sampai ada banyak-banyak asap ni.
Aku menjerit memanggil nama Hayoung, tapi tiada sahutan. Aku risau, risau yang teramat.
Aku berlari ke arah tempat masak. Hayoung, dia sedang memasak. Telinganya dipasang earphone. Patutlah aku panggil dia tak dengar, haih buat aku cuak je.
Aku memandang dia yang sedang leka memasak, dia masih tak perasan akan kehadiran aku disitu. Cantik.
Apa yang cantik? bakal isteri aku la. Oh Hayoung. Dahlah pandai memasak, cantik, pandai menyanyi. Eh, sekejap.
Bukan dia pernah kata yang dia tak pandai masak ke? Kenapa dia masak ni? Pelik. Aku menghidu bau hangit. Aku mencari bau itu.
Haa, mata aku tertancap pada kuali yang berada dibelakang Hayoung. Aku hanya memerhati, Hayoung masih leka memotong lobak merah. Dia tidak tahu, masakan yang berada dibelakngnya sudah hangit.
Akhirnya dia perasan, dia mengangkat kuali itu dan terus menggelupur. Dia memasukkan kuali itu ke sinki. Dan mengeluh.
Kemudian dia menoleh, dan dia sudah dapat menangkap aku yang dari tdi hanya melihat dia. Dia kemudiannya membuka earphone. Hayoungg, Hayoung. Lawaklah.
"Awak buat apa ni?" tanya aku sejurus pergi ke arah Hayoung.
"Masaklah awak, takkan cuci pinggan pula" jeling Hayoung pada aku.
"Bukan awak tak reti memasak?" tanya aku.
"hehe, cuba" senyum Hayoung pada aku. Terlihat gigi putihnya menonjol.
"Awak masak apa?" tanya aku sambil menjenguk-jenguk satu persatu kuali yang dipenuhi makanan.
"Ada macam-macam" senyum Hayoung lagi. Tangannya tidak berhenti-berhenti dari memasak.
YOU ARE READING
Saranghae wolfgirl
Fiksi Penggemar"Saya dah tahu awak siapa" senyum Sehun. "serigala.. kan?" Senyum dia lagi. Dia dah tahu? Tapi Oh Hayoung dan Oh Sehun tetap takboleh bersama. Manusia dengan Serigala? nonsense. Siapa yang boleh bagi mereka bersama? Ahjussi? Naeun? siapa? "Sarangha...