" Yang ni bukan ke budak kelas sebelah? ", Tanya cikgu tersebut. Jimin dan kawan-kawanya meninggalkan kelas kami selepas meminta diri daripada cikgu tersebut.
" Okay class, hari ni kita akan belajar muka surat 20. Sila buka buku teks masing-masing. "
Semua pelajar mengambil tempat duduk masing-masing. Begitu juga denganku. Taehyung melihat ke arahku sebelum dia berjalan menuju ke tempat duduknya. Aku mengambil tempat dudukku yang bersebelahan dengan Jungkook. Aku dapat melihat senyuman sinis yang terukir di hujung bibirnya. Mamat biskut ni ada penyakit mental ke apa? Aku mengeluarkan buku teks di bawah mejaku.
***
Aku membuka pintu dormku selepas membuka kuncinya. Kelihatan aku sahaja yang berada didalam dorm itu. Dia orang takde ni sebab main bola sepak ke? Aku melangkah menuju ke arah almariku sambil menanggalkan tali leher dan juga kot baju. Aku mengambil peralatan untuk mandi serta kain tualaku dan melangkah masuk ke dalam bilik air yang hanya bersebelahan dengan alamariku. Masih lagi terpegun dengan keluasan bilik air itu. Dah macam ruang tamu je besar bilik air ni. Aku membuka satu persatu butang baju kemejaku sehingga menampakkan bengkung yang menjadikan dadaku rata dan mula menanggalkan pakaianku satu persatu lalu memasukkan bajuku kedalam bakul ditepi dinding. Aku hanya membawa bengkung sahaja denganku. Karang tak pasal-pasal kantoi.
Aku membuka pintu bilik air lalu menutupnya dengan rapat sebelum menguncinya. Aku membuka bangkung yang tersarung dibadanku lalu menyakutnya dan kain tualaku di belakang pintu yang terdapat penyakut baju disitu lalu membuka pili air. Terasa sejuk menyapa badanku.
" Heishhh! Sapa pulak yang mandi time-time badan aku tengah berpeluh ni. ", Kedengaran seseorang merungut.
" Hoi! Sapa kat dalam ni? Jhope ke Myungsoo? Ke budak pendek tu? Cepat sikit mandi! Badan aku dah melekit dengan peluh dah ni! ", Aku berdiri kaku. Membulat mataku tatkala mendengar suara mamat biskut tu. Duh! Masalah ni!
Aku mempercepatkkan mandianku dan segera mencapai kain tuala yang aku sangkut di belakang pintu itu. Aduh! Baru nak mandi lama dah ada penyibuk!
" Errr....sekejap! ", Aku menjerit dari dalam dan cepat-cepat memakai bengkungku sebelum membaluti badanku dengan kain tuala. Sebelum aku mampu berfikir, tanganku membuka pintu tanpa memikirkan pekara yang bakal berlaku.
Jungkook kelihatan terpana melihatku dalam keadaan sedang berkembang itu. Kenapa? Terasa berdebar jantungku saat tubuh badanku menjadi santapan mata mamat biskut itu. Aku menelan air liurku.
" Kenapa kau balut badan kau dari paras dada? Ada ke orang lelaki pakai kain tuala sampai panjang ke buku lali ni? Kau ni guy ke? ", Bertubi-tubi pulak soalan yang lahir dari mulut mamat biskut ni. Dah macam peluru berpandu je.
" Err...normallah ni. Asal? Tak pernah tengok ke? ", Aku berani-berani membalas balik.
" Dah ketepi! Aku nak mandi! Hadap kau sampai lusa tak habis agaknya! Pendek!! ", Jungkook membolos dirinya masuk selepas menolakku ketepi.
Aku terkedu. Mamat ni dah kenapa? Sakit ke? Aku menuju ke almariku untuk mengambil pakaianku sebelum masuk kedalam bilik persalinan untuk menyalin baju.
Aku berjalan menuju kearah katilku sambil mengelap rambutku yang masih lagi basah. Terasa lain pulak bila dah rambut pendek ni.
" Xyiu! Kita orang nak ke padang ni. Kau nak ikut tak? ", Tanya Myungsoo yang hanya bertuala sehingga menampakkan absnya. Terasa merah pulak pipiku.
" Kita orang maybe balik dorm lewat, so... mari lah join kita orang main bola sepak. ", Ajak Jhope yang sudah siap berpakaian sukan.
" Dia taknak, guys. Nak stay dengan aku agaknya tu. Tak tau pulak aku dia ni gay. ", Jungkook yang hanya berbaring diatas katilnya menghabiskan ayatnya dengan ketawa mengejek. Belum sempat aku mahu membalas kata-katanya balik, kedengaran ketukan di pintu.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
RandomMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...