" Tak jugak, selalunya ingat je. Tapi hari ni lain macam pulak mendungnya. ", Ujar Jhope dengan loyar buruknya.
" Sudah! Tak payah nak loyar buruk kau, dah ready? ", Tanya Taehyung seraya melemparkan senyuman.
" Yes!!! ", Jawab kami serentak.
" Fighting!!! ", Ujar Taehyung. Lalu Jimin dan kawan-kawan datang ke arah kami sambil berpeluk tubuh. Senyuman sinis tidak pernah pudar dari bibir Jimin. Aku hanya mengerling sekilas ke arah Jungkook yang sedang bercakap degan salah seorang kawannya.
***
" Aduh! Eun Woo! Kau nak kemana ni? ", Tanya Daehyun.
" Alah! Kau ikut je lah! ", Ujar Eun Woo yang tergesa-gesa sehinggakan tidak sengaja melanggar bahu seorang perempuan menyebabkan dia terjatuh.
" Aduh! ", Adu gadis itu.
" Err...cik, maaf! Maaf! Mari saya tolong cik. ", Ujar Eun Woo lalu menghulurkan tangan kanannya.
" Tu lah kau! Jalan tak tengok orang! ", Eun Woo tidak menghiraukan kata-kata Daehyun. Gadis itu menyambut huluran tangan Eun Woo lalu bangun.
" Saya betul-betul minta maaf, cik... ", Ucap Eun Woo masih tidak melepaskan tangan kanan gadis itu.
" Hanna?! "
" Eun Woo?! ", Mata Hanna terbeliak memandang Eun Woo. Terasa jantungnya berdegup dengan kencang tatkala melihat tangannya yang masih digenggam oleh Eun Woo. Sementara Eun Woo memandang Hanna tidak berkelip. Tidak menyangka bahawa gadis itu akhirnya datang ke sini juga.
" Ehem! ", Daehyun berdehem apabila melihat adengan di depan matanya. " Tak lepas ke? ", Sindir Daehyun. Hanna yang mendengarkan sindiran Daehyun sepantas kilat melepaskan tangan Eun Woo. Begitu juga dengan Eun Woo.
" Hanna! ", Jerit Naddee dari belakang. " Eh? Eun Woo? ", Tanya Naddee apabila dia dan Nilla datang menghampiri mereka.
" Hi! ", Sapa Eun Woo sambil melambaikan tangannya ke arah Naddee dan Nilla.
" Saya kenalkan ini kawan saya, namanya Daehyun. Daehyun yang ni Hanna, Naddee dan Nilla. ", Tambah Eun Woo.
" Oh, hey! Lama dah ke kenal? ", Tanya Daehyun.
" Boleh lah juga. Kau orang kat sini sebab game jugak ke? ", Tanya Nilla.
" Ha'ah, game cinta. ", Balas Eun Woo selamba seraya mengerling ke arah Hanna yang hanya diam membisu itu.
" Kalau macam tu, jomlah. Dia orang mesti dah start. ", Ujar Naddee.
" Jom. ", Balas Daehyun.
***
" Kau memang tak pandai main ke? ", Ejek Jimin kepada Mickie apabila bola bowling Mickie masuk ke dalam longkang kecil itu. Aku melihat wajah Mickie kemerahan akibat menahan malu.
" Okey, sekarang giliran kau pulak, Xyiu! ", Myungsoo menunding. Aku hanya tersenyum nipis memandangnya. Terasa lawak pula melihat muka Myungsoo yang serius itu.
" Eleh kau, Myungsoo. ", Taehyung hanya menjeling.
" Aku cucuk kan mata tu. ", Ujar Myungsoo lalu membaling bolanya. Tapi sayangnya, bola itu hanya menjatuhkan enam pin sahaja.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
De TodoMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...