" Naddee, ehem... sudi tak kalau awak jadi partner saya? ", Tanya Jhope yang sedang duduk melutut di hadapan Naddee itu. Gaya mereka tidak ubah seperti pengantin yang sebenar. Naddee hanya tergelak kecil sahaja melihat Jhope yang tersengih busuk itu.
" Alright, saya Naddee akan menerima awak, Jhope sebagai prince saya ", Naddee menyambut huluran jambangan bunga yang disuakan kepadanya. Jhope terus bangun berdiri dengan tegak lalu mengangkat badan Naddee dengan gaya bridal style.
Gelak tawa mereka jelas kedengaran sehinggalah mereka berhenti apabila terpandangkan benda dihadapannya itu. Wajah mereka berubah menjadi pucat dengan serta merta sebelum menjerit.
" Dah habis berdrama? ", Tanya suara yang garau itu.
" AGHHHH!!! ", Mereka berlari sepantas kilat apabila benda itu juga membuka langkah.
***
Daun yang kering itu dikuis dihujung kasut tumit tingginya. Kebosanan sudah melanda pada dirinya. Sesekali kedengaran bunyi keluhan yang keluar dark bibir yang munggil itu.
" Lama lagi ke dia orang ni? Dah bosan aku dibuatnya! ", Rungutan demi rungutan yang dihamburkan. Tidak puas hati apabila dia terpaksa ditempatkan di pinggir air sungai itu. Nyamuk yang hinggap dilengannya pantas ditampar dengan baran.
" Heisshh! Kau ni nyamuk! Tak habis-habis hisap darah aku! ", Ditepis kasar nyamuk yang sudah tidak bernyawa itu.
" Eunji!! Awak kat mana?!! ", Suara yang sedang menjerit itu mengejutkan Eunji yang sedang duduk diatas batu besar ditepi sungai itu.
" Oh? Top? Sini!!! Saya kat sini!! ", Jerit Eunji sambil melambai-lambaikan tangannya apabila dia ternampak kelibat Top yang sedang berjalan tidak jauh darinya.
" Eunjiii!!! ", Top berlari ke arah Eunji sambil melambaikan bunga yang erat digenggam itu.
Eunji tergelak kecil melihat Top yang tidak ubah seperti hero didalam cerita yang romantik. Nafas Top termegah-megah keletihan dengan baju yang tidak terurus sedikit. Eunji tersenyum manis di hadapan Top. Top berdiri sebelum berdehem beberapa kali lalu duduk melutut dihadapan Eunji.
" Eunji. Sudi tak kalau awak jadi pasangan saya? ", Ujar Top lalu menghulurkan jambangan bunga yang cantik itu kepada Eunji.
" Saya su- AGHHHHH!!! ", Belum sempat Eunju menyambut huluran Top itu, tiba-tiba dia menjerit apabila melihat sesuatu dibelakang Top itu.
Top yang hairan lalu berdiri dan memandang kearah belakang. Jeritan mereka jelas kedengaran sebelum mereka membuka langkah kuda-kuda.
***
" Ah choo! ", Sujeong bersin kuat apabila Ooon menghulurkan jambangan bunga itu dihadapan muka Sujeong. Gayanya tidak ubah seperti orang yang terdesak.
Sekutum demi sekutum bunga jatuh ke tanah akibat bersin dari Sujeong. Ooon hanya kaku apabila bunga-bunga itu terkena mukanya.
" Errr...saya...saya tak tahu awak alah...dengan bu...bunga. saya betul-betul mintak maaf. ", Ooon menunduk kepalanya beberapa kali tanda maaf. Rasa bersalah pula kerana tidak mengetahui bahawa Sujeong alah pada bunga.
" Takpe, awak tak tahu jugak saya alah pada bunga. Ah choo! ", Sujeong mengambil jambangan bunga itu lalu melempar jauh darinya.
" Err...kalau macam tu... ", Ooon yang dari tadi berdiri diatas dahan pokok yang sudah tumbang itu terus duduk. Sujeong yang tadinya setia berdiri, mengambil tempat disebelah Ooon.
" Sudi tak awak terima saya, Sujeong? ", Tanya Ooon dengan malu-malu sambil menyuakan sepotong cupcake kecil yang comel kepada Sujeong.
" Cheese cake? ", Sujeong tersenyum manis sebelum menyambutnya. " Terima kasih. ", Tambah Sujeong.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
AlteleMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...