" Tu...pasar raya Dah jom! ", Jungkook menarik lenganku lalu berjalan masuk kedalam pasar raya.
" Kita nak beli apa dulu ek? ", Tanya Jungkook sambil berjalan mengambil sebuah bakul yang tidak jauh dari kami.
" Nah kau pegang. Aku pilih barang. ", Aku hanya memandang menyampah muka Jungkook lalu menyambut bakul yang dihulurkan oleh Jungkook.
Menyampah betul aku dengan mamat ni. Getus hatiku. Aku hanya mengikut sahaja langkah mamat biskut ini berjalan kearah peti-peti sejuk yang berisi berpuluh-puluh paket makanan seperti sausage,daging burger, nugget, dan banyak-banyak lagi.
Kelihatan Jungkook memilih beberapa paket sausage yang aku tidak pasti jenama apa.
" Kau rasa ni cukup tak lagi? Aku pilih lapan paket sausage ayam dan lapan paket sausage daging. Haa...ni... ", Jungkook mengambil lima paket daging burger yang berlainan lalu memasukkan ke dalam bakul yang aku sedang pegang.
" Selalunya berkelah kena ada ayam. ", Kataku.
" Daging ayam? Hmmm...jom tengok kat sana. Mungkin ada. ", Jungkook menarik lenganku sekali lagi lalu berjalan menuju ke arah uncle yang sedang memotong daging ayam yang mentah itu.
" Abang, kami nak tiga puluh bahagian peha dan tiga puluh bahagian dada. ", Jungkook membuat pesanan.
" Okey, sekejap ye dik. ", Ujar abang itu. Aku hanya terkedu sahaja. Gila! Ni entah-entah dah beratus!
***
" Weh! Xyiu mana? Tak sampai-sampai pun lagi? ", Tanya Jimin. Myungsoo,Jhope,Taehyung,Daehyun,Mickie dan Eun Woo memandang Jimin hairan.
" Kenapa? ", Tanya Jimin.
" Sejak bila kau take care pasal Xyiu? ", Tanya Taehyung yang berbaur tidak puas hati itu.
" Wait apa?! Wait wait! Maksud aku, mana Jungkook ni? Lama betul... ", Mereka yang mendengar hanya menjuihkan sahaja bibir. Nak cover line lah tu.
" Dia orang lambat lagi. Ha, tu bas dah sampai! ", Sampuk seseorang.
" Oh sabun basuh dah sampai! T.O.P Toppp! ", Jhope menyanyi lagu sabun basuh itu tatkala terpandangkan Top yang hanya memakai baju T-shirt berwarna hijau tua dan berseluar track itu.
" Tahulah aku femes, tak payah lah nak nyanyi-nyanyi lagu tema aku. ", Ujar Top.
" Ye lah tu! Dah cepat naik bas! ", Balas Taehyung lalu memanjat anak tangga untuk masuk ke dalam bas yang bertingkap dua itu. Bas itu ialah Prince College Bus, jadi tidak hairanlah kalau mereka boleh naik free.
" Semua yang join kita berkelah ni dah cukup ke? ", Tanya Myungsoo.
" Yang lelaki nak join sikit je. ", Sampuk seseorang yang duduk ditepi tingkap itu.
" Oh Ooon? Kau pun ikut? ", Tanya Jhope.
" Kau tengok aku kat sini buat apa lagi? Mestilah aku ikut. Bosan sangat aku duduk dalam dorm tu. ", Balas lelaki yang di panggil Ooon itu.
" Rilek lah Jung Younghoon. ", Sampuk Jimin yang duduk bersebelahan Ooon itu.
" Sila sebut nama ya? Mula dari aku, then sambung. ", Myungsoo berhenti sejenak.
" Myungsoo. "
" Taehyung. "
" Top. "
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
AcakMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...