" Wow bro, kau nak lari mana hah? ", Hakyeon terus berhenti apabila Jungkook berada dihadapannya sekaligus menghalang jalan Hakyeon untuk melarikan diri.
" Damn it! ", Maki Hakyeon, langkahnya setapak demi setapak kebelakang sementara Xiumin masih lagi memeriksa keadaan Xyiu.
" Kau memang nak kena kan? ", Jungkook terus menghayunkan satu penumbuk tepat pada mata kiri Hakyeon. Hakyeon yang tidak sempat mengelak itu terus berundur kebelakang apabila pandangannya menjadi berpinar.
" Kau memang nak kena Jungkook! ", Hakyeon terus mencengkam kolar baju Jungkook lalu menumbuk perut Jungkook sekuat hati. Jungkook terus menunduk menahan kesakitan. Tumbukan demi tumbukan dilepaskan tepat pada perut Jungkook. Jungkook yang masih lagi menahan senak perut yang ditumbuk itu terus menolak Hakyeon kebelakang sehingga belakang badan Hakyeon mencium dinding.
Jungkook mengangkat kepalanya, darah yang keluar dari hujung bibirnya tidak diendahkan. Satu tumbukan tepat mengenai pipi kiri Hakyeon. Jungkook yang masih belum berpuas hati itu terus melepaskan tumbukan demi tumbukan pada wajah Hakyeon menyebabkan muka Hakyeon mula berlebam dan darah mula keluar pada hidung dan hujung bibir.
" Berhenti! Kenapa kamu semua bergaduh ni?! ", Jungkook yang ingin melepaskan satu lagu tumbukan terus berhenti apabila mendengar tengkingan dari suara yang sangat digeruni oleh pelajar Prince College. Kolar baju Hakyeon dilepaskan dengan kasar sebelum Jungkook mengelap darah di hujung bibirnya dengan kasar.
Ramai pelajar yang datang melihat adengan itu terkejut apabila melihat artis Exo iaitu Xiumin yang sedang mengepong Xyiu lalu berlari keluar dari tandas itu.
" Kamu berdua ikut saya ke pejabat sekarang! Sementara Encik Xiumin akan pergi ke bilik rawatan. Yang lain boleh bersurai! ", Ujar Pengetua yang dikenali sebagai Prof Lee itu dengan tegas. Semua pelajar yang berada disitu bergegas meninggalkan tempat itu. Prof Lee mendengus marah lalu berjalan menuju ke pejabatnya.
" Jungkook! Apa yang sebenarnya terjadi ni? ", Tanya Myungsoo lalu meluru kearah Jungkook yang kelihatan tidak terurus itu. Eunwoo dan Wei hanya melihat Hakyeon dengan marah, siapa tidak kenal Hakyeon pelajar Prince College yang suka bergaduh itu.
" Aku okay, cuma nak kena ajar je mamat ni! ", Balas Jungkook lalu membetulkan bajunya.
" Hakyeon! Kau okey? ", Mark terus berlari ke arah Hakyeon yang sudah tidak bermaya. Muka yang lebam itu menyukarkan Hakyeon untuk memberi tanda respon kepada sepupunya itu, Mark. Mark terus menolong Hakyeon untuk bangun lalu pergi ke bilik rawatan.
" Kenapa dia tiba-tiba je cari gaduh dengan kau? ", Tanya Jackson.
" Bukan dengan aku, dia cari pasal tapi dengan Xyiu. ", Ujar Jungkook lalu bergerak ke sinki untuk membasuh mukanya yang masih lagi berasa panas.
" Apa yang dia buat dekat Xyiu? ", Tanya Jhope yang berdiri di hujung sinki.
" Aku rasa... Xyiu akan dibuang. ", Ujar Jungkook lalu mengangkat wajahnya sedikit.
" Maknanya... ", Kata-kata Eunwoo hanya mati disitu apabila mereka semua memandang kearah satu sama lain. Jungkook yang berada bercelaru terus berlari keluar dari tandas. Semua ni tak boleh jadi! Jerit hati Jungkook.
***
" Boleh awak jelaskan kenapa adik perempuan awak berada di Prince College? Dan bukannya awak? ", Tanya Prof Lee yang meletakkan tangannya di atas meja sambil merenung kearah Xiumin dan aku silih berganti.
" Sebenarnya saya yang patut menjadi pelajar dekat kolej ni. Tapi disebabkan jadual saya ketat, saya pun suruh adik kesayangan saya ni tolong gantikan saya Prof. ", Ujar Xiumin dengan selamba.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
DiversosMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...