" Nak bantuan? ", Tanya Top. Wendy hanya memandang sekilas sebelum pandangan mereka bertaut. Stylonya dia...desis hati Wendy.
Wendy berdehem. " Boleh jugak. Lagipun saya tak pandai sangat nak dirikan khemah. Awak boleh tolong? ", Tanya Wendy dengan lenggoknya. Top tersenyum manis.
" Boleh je. Awak duduk sorang ke nanti dalam khemah ni? ", Tanya Top.
" Eh taklah. Setiap khemah akan duduk dua atau tiga orang. Mungkin ada jugak yang lebih. Kawan saya tolong angkut barang dari bas. ", Terang Wendy.
" I see. Dah mari saya tolong awak. ", Ujar Top.
" Eh sekejap Eunji! Tu bukan ke Top? ", Tanya Dahyun yang sedang mendirikan khemah yang tidak jauh dari Wendy.
" Ha'ah lah! Apasal mamat tu pergi tolong minah kerek tu?! ", Bentak Eunji geram.
" Entah-entah dia... ", Sujeong memandang Eunji yang merah padam itu.
" Playboy? ", Tanya Eunji.
" Maybe? ", Jawab Dahyun dan Sujeong serentak. Eunji menggempalkan penumbuknya dengan bibir yang diketap geram.
" Suka betul minah tu nampaknya. ", Eunji hanya mengetap giginya.
" Sabar. Nanti kita akan balas dekat Wendy. Tapi mana Minah? ", Tanya Dahyun.
" Minah dia ada je tengah angkut barang. ", Sujeong menunjuk Minah yang berjalan dengan lenggoknya.
" Nak saya tolong? ", Tanya Eun Woo. Hanna dan Nilla hanya tersenyum.
" Boleh jugak. Hanna dengan saya pun tak larat. ", Sampuk Nilla.
" Senyap je kawan awak, Nilla? ", Tanya Eun Woo yang mula bergerak untuk menolong Hanna dan Nilla mendirikan khemah.
" Malu lah tu. ", Sampuk Naddee yang memegang sau lagi beg khemah.
" Untuk siapa tu Naddee? ", Tanya Hanna.
" Ooh, aku akan berpasangan dengan Sujeong. Tak muatlah nak duduk tiga orang. ", Balas Naddee.
" Aku duduk dengan Sujeong boleh? ", Tanya Hanna.
" Amboi tak suka ke duduk dengan aku? ", Mereka tergelak besar mendengarkan Nilla.
" Wahai puteri-puteri yang cantik. Apa kata beta hantarkan orang suruhan beta untuk menolong puteri-puteri dirikan khemah? ", Mereka berpaling kearah Jhope yang datang dengan Myungsoo dan Ooon.
" Orang suruhan? ", Tanya Ooon.
" Berangan ah kau! Dah kau tolong lah Naddee biar Eun Woo tolong Hanna, aku, Ooon dengan Nilla tengok gelak-gelak hindustan dia orang. Amacam? ", Tanya Myungsoo sambil menjongketkan keningnya.
" Betul tu. ", Sampuk Eun Woo lalu tergelak besar.
" Okey je. ", Jhope tersenyum lalu bergerak kearah Naddee.
" Nilla, Sujeong kat mana? ", Tanya Ooon.
" Dia ada kat bawah pokok sana. Pergilah tolong dia orang pulak. ", Nilla menunjukkan tempat perkhemahan Sujeong dan kawan-kawannya.
" Alright, jom Myungsoo! ", Ooon menarik tangan Myungsoo lalu berjalan menuju ke tempat perkhemahan Sujeong.
" Eh Sujeong, tu bukan ke Ooon dengan Myungsoo? ", Tanya Dahyun. Sujeong sepantas kilat memandang Ooon yang datang kearah mereka lalu berdiri tegak membetulkan rambutnya.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
РазноеMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...