" So guys? Macam mana? Soon dah nak graduate. Tak boleh lah kita nak jumpa selalu kan? ", Tanya Wei. Yang lain terus berhenti mengunyah makanan didalam mulut lalu melihat ke arah satu sama lain.
" Alah! Kita boleh je jumpa selalu nanti. Kau ada nak sambung atau melancong dekat mana-mana ke nanti? ", Tanya Taehyung yang duduk disebelahku. Aku hanya menggangguk lalu menelan roti yang hancur dikunyah.
" Tapi...aku rasa nak je lamar Naddee. ", Ooon terus tersedak mendengar kata-kata Jhope. Gatal betul kawan aku ni! Getus Ooon.
Top yang melihat Ooon tersedak itu terus menghulurkan air berdekatan dengannya. Ooon mengambilnya lalu meneguk perlahan-lahan.
" Lahh...yang sampai tersedak ni kenapa? ", Tanya Myungsoo.
" Dia nak lamar Sujeong jugak kut? ", Sampuk Jungkook yang berada dihadapanku.
" Kahwin ramai-ramai?! ", Kami terus tergelak terbahak-bahak apabila Jackson berkata begitu.
" Tak kuasa aku! Mau hancur wedding aku! ", Bantah Jhope.
" Haa...ye lah...tapi kau nak lamar dekat mana? ", Tanya Daehyun yang duduk disebelah Jimin.
" Emmm, yang tu nanti aku fikirkan dululah. ", Ujar Jhope.
" Tapi betulka kau dah nak kahwin? " Tanya Eun Woo sebelum meneguk airnya.
" Ha'ah. ", Jawab Jhope pendek. Masih merajuk mungkin dengan Eun Woo ketika di kem beberapa hari yang lalu. Eun Woo terus tergelak berdekah-dekah apabila Jhope mula jeling padanya.
Angin ketika petang itu tidaklah kuat mana tetapi menyebabkan kain gaunku ditiup dan sedikit terangkat. Aku yang cuba untuk menguak rambutku ke tepi telingaku yang hampir menutupi separuh wajahku, manakala tangan kiriku cuba untuk menghalang gaunku terselak. Langkahku terus terundur. Kuat betul angin ni! Gerutku. Tanpaku sedari, aku terlanggar seseorang dibelakangku dan sekaligus membuat badanku hilang keseimbangan.
" Xyiu! ", Jerit Luhan lalu meyambut badanku. Aku terkedu apabila melihat Jungkook yang juga terkedu apabila Luhan berjaya menyambut badanku dan bukan dirinya.
Aku terus berdiri tegak apabila mula perasankan banyak mata yang memandang.
" Err...thanks... ", Ujarku lalu memandang pasangan Jackson dan Minah yang berada diatas pentas. Mereka berdua kelihatan sangat gembira apabila diumumkan pasangan yang pertama menang dalam pertandingan cabutan gambar secara rawak oleh para guru dari dua-dua buah kolej.
" Kau ni ringan sangat ke sampai kena tiup di angun sikit pun dah nak melayan? ", Tanya Luhan lalu ketawa. Aku hanya mendengus geram sahaja.
" Dah senyap! Aku nak tengok padangan sejoli atas pentas tu! ", Ujarku.
Jungkook yang menjadi pendengar itu terus bergerak beredar ke belakang tanpa aku sedari.
" Ok, semua. Pasangan yang kedua pula... ", Sir Minggu terus menyelukkan tangannya ke dalam balang yang besar itu untuk memilih gambar yang sudah digulung itu secara rawak. Senyuman Sir Mingyu terus melebar apabila satu gulungan gambar sudah berada didalam genggamannya.
Gambar yang di gulung itu terus dibuka perlahan sebelum membaca nama yang ditulis di gambar itu. " Baiklah...pasangan kedua yang menang ialah...Jungkook dan Xyiu! Sila naik ke pentas ya? ", Luhan yang berada di sebelahku terus bersorak girang apabila namaku diumumkan. Wait...what?!! Sejak bila pulak aku bergambar dengan Jungkook?!, desis hatiku. Mataku terbuka luas kerana masih lagi terkejut tidak terkata.
" Pasangan kedua sila naik ke pentas? ", Sir Mingyu mengulangi lagi. Hanna yang berada di tepiku terus menolak badanku perlahan untuk ke pentas. Myungsoo dan Jhope yang melihat itu terus membuat kecoh.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
RandomMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...