" Abang-abang bawak bertenang ya? ", Satu dewan itu gema dengan ketawa.
Selepas aku keluar dari dewan itu, ramai mata yang memandang ke arahku. Aku menundukkan kepalaku. Aku berjalan laju, tidak tahu kemana arah tujuku dan menyebabkan aku terlanggar satu maskot bear yang besar itu.
Maskot bear itu memeluk pinggangku daripada terjatuh. Aku menelan air liurku. Tertanya-tanya siapa didalam maskot itu. Aku berdiri tegak lalu membongkokkan sedikit badanku tanda maaf. Maskot itu hanya menepuk-nepuk kepalaku lalu melambai-lambaikan tangannya kepadaku sebelum beredar." Xyiu! ", Aku berpaling ke belakang dan melihat Taehyung termegah-megah.
" Awak nak ke mana? ", Tanya Taehyung.
" Saya pun tak tau. Saya cuma tak mahu berada dalam dewan tu je. ", Balasku.
" Kita ke kafe? ", Tanya Taehyung.
" Okey je. ", Aku tersenyum ke arahnya. Ketika dalam perjalanan ke kafe Taehyung tidak henti-henti memujiku tentang persembahanku sebentar tadi. Aku hanya tergelak sahaja mendengarkannya.
" Taehyung? ", Kedengaran suara seorang perempuan di belakang kami. Kami berpaling dan melihat tiga orang gadis, mungkin pelajar dari Princess College, getusku. Siapa dia ni?
" Err, Xyiu awak pergi dululah dekat kafe. ", Aku hanya mengangguk apabila melihat muka Taehyung yang berubah.
***
" Selamat datang cik, nak pesan apa? ", Tanya Myungsoo tatkala aku melangkah masuk kedalam kafe. Aku menahaan tawaku, nampaknya dia tak perasankan aku.
Aku berjalan kearah kaunter untuk membuat pesanan. Aku mendapat idea untuk mengenakannya.
" Saya nak order nombor telefon awak boleh? ", Aku bertanya.
" Err....cik...er.. kalau...boleh je..ehem...saya pun masih sing- ", Belum sempat Myungsoo menghabiskan ayatnya, aku sudah ketawa terbahak-bahak mendengar gagapnya.
" Hoi! Ni Xyiu lah! ", Aku dapat melihat bola matanya membulat selepas aku memberitahu namaku.
" Seriously?! ", Tanya Myungsoo yang masih lagi terkejut.
" Iye, ini ak- "
" Myumyu! Aku nak air jus epal yang fresh! Panas lah! ", Belum sempat aku menghabiskan ayatku, seseorang menolak pintu kafe lalu memesan air.
Kelihatan maskot bear yang menyelamatkanku tadi menanggalkan kepala bear itu. Aku tergamam melihat ke arahnya sementara dia hanyalah berjalan kearah kaunter di mana tempatku berdiri, seperti tiada apa-apa yang berlaku.
" Nah! Air kau! ", Myungsoo memberikan air yang dipesan oleh Jungkook.
" Yang kau ni kenapa, Xyiu? ", Pertanyaan Myungsoo itu membuatkan pipiku terasa panas. Aku memalingkan wajahku kearah Myungsoo apabila Jungkook memandang ke arahku.
" Errr...Myungsoo, aku nak err.....pape jelah! ", Aku memejam mataku. Aku ni dah kenapa?!
" Xyiu, kau ni dah kenapa? ", Tanya Myungsoo hairan.
" Errr...aku...err... ", Aku kehilangan kata-kata apabila Jungkook tiba-tiba menyuakan minumannya kepadaku. Aku memalingkan wajahku ke arahnya. Aku menelan air liurku apabila menyedari wajah kami hanya beberapa inci sahaja.
KLIK!
Aku memandang ke arah Myungsoo yang mengambil gambar kami tadi dalam diam.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Girl In My Dorm || jjk
RandomMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...