14

5.7K 322 9
                                    

Aku tergelak kecil melihat lingkaran gelap di bawah mata Taehyung dan Daehyun itu sambil meneruskan suapan sarapan pagiku. Masih ingat lagi bagaimana permainan hide and seek semalam.

" Dah dapat!! ", Jerit Jungkook lalu kertawa terbahak-bahak melihat mereka. Apa yang lucu sangat tu?

" MYUMYU! DAEDAE!! CEPAT LARI!!! ", Jerit Taehyung apabila Jungkook mula memasukkan badannya kedalam papan gelongsor untuk menarik kaki Taehyung.

" TAKKK!!!! AAGHHHH!! ", Satu taman itu gema dengan suara Taehyung yang menjerit. " Daedae!! Tarik aku!! ", Tambah Taehyung lalu memeluk kaki Daehyun sementara Jungkook pula sedang menarik kaki Taehyung untuk keluar.

" Lepaslah! Myungsoo!! Tarik aku!! ", Balas Daehyun dalam menjerit lalu memeluk peha Myungsoo.

" Hoi lepaslah kaki aku! ", Jerit Myungsoo.

" Hehehe! Mati kau orang! ", Ujar Jungkook dalam suara yang menakutkan bagi Taehyung dan Daehyun.

" Myungsoo!! Selamatkan diri kau! Kami tak- ", Belum sempat Taehyung menghabiskan ayatnya seseorang menyampuk.

" Hoi! Kau orang apa kes hah?! Melalak malam-malam buta ni? ", Tanya Jhope yang datang kearah papan gelongsor itu lalu menepuk bahu Jungkook yang sibuk menarik kaki Taehyung. Akhirnya mereka menggelongsor apabila mendengarkan suara Jhope.

" Main game apa macam menjerit nak beranak aku dengar ni? ", Tanya Jimin.

Aku dan Mickie tergelak besar apabila melihat posisi mereka yang meniarap itu.

" Dah! Jom balik! Aku takut nanti pintu pagar dah tertutup. Tak pasal-pasal pulak. ", Ujar Mickie.

" Yelah...yelah... ", Galas Taehyung,Daehyun Dan Myungsoo serentak lalu berdiri sambil membetulkan pakaian mereka.

" Dah jom. ", Balas Jungkook lalu berjalan dihadap. Kami terpaksa melalui jalan yang berlorong itu untuk cepat sampai ke Prince College. Tidaklah sunyi mana apabila lorong yang kami lalui itu terdapat beberapa buah rumah seperti rumah sewa. Salakan anjing dan bunyi cengkerik jelas kedengaran ditelinga kami.

" Esok kita masih cuti lah kau orang. Awal sangat kita nak balik. ", Myungsoo memecahkan kesunyian.

" Tullah pasal. Tapi takutnya nanti pintu pagar kene tutup pulak. Tak pasal kene panjat pagar berdawai tu. Kau nak? ", Tanya Jimin.

" Spoil betul pagar tu. ", Jhope menggerutu.

" Eh bagus apa. Takdelah nanti kes perompak ke apa. ", Jhope hanya menjuihkan bibirnya mendengarkan Taehyung.

" Siapa lah nak rompak? ", Tanya Daehyun.

" Alah...kat blok kita tu ramai je pelajar. Plus, Eun Woo tak ikut. Jackson pon sama. ", Celah Jungkook. Tanah perkuburan menjadi laluan seterusnya. Bangunan Prince College tidak jauh daripada tanah perkuburan itu apabila kami dapat melihat bangunan Prince College yang megah itu.

" Emm...malam ni sejuk. ", Kami semua memandang kearah Mickie.

" Baru aku ingatkan malam ni ialah malam Jumaat- "

" Senyap ah kau! ", Marah Jhope memotong ayat Jimin.

" Apa kata kalau kita patah balik je?... ", Tanya Myungsoo.

" Masih belum terlambat. ", Tambah Mickie.

" Alah...dah nak dekat dah. ", Ujar Jungkook seakan-akan rimas dengan perilaku kawan-kawannya.

A Girl In My Dorm || jjkWhere stories live. Discover now