" Kau pulak? ", Tanya Eun Woo kepada Jimin dan Jackson.
" Bagi aku air milo ais. ", Jackson membuat pesanan.
" Aku nak air hot chocolate. ", Jimin tersenyum ke arah Eun Woo sambil membuat pesanan.
" Alright! ", Eun Woo berlalu menuju kearah kaunter.
" Tudiaaa! Pasangan romantik kita dah sampai! ", Seloroh Myungsoo yang berdiri di kaunter itu sambil melayan pelanggan yang sedang membayar.
Taehyung dan Nilla melangkah masuk kedalam kafe itu lalu berjalan menuju ke arah meja yang kosong di belakang meja Jimin dan Jackson. Nilla hanya berbalas senyuman dengan kawan-kawannya.
" Eh bro? Aku ingatkan kau single! Melepaslah si Xyiu! ", Kata-kata Myungsoo mengundang tawa dari Jhope. Taehyung hanya tersenyum kelat manakala Nilla hanya mengerling sekilas ke arah Myungsoo.
" Sejak bila aku gay ni? ", Tanya Taehyung.
" Sejak Xyiu pindah sini. ", Sampuk Jhope. Taehyung hanya ketawa kecil sahaja mendengarkanya sebelum berpaling ke arah Nilla yang mencuit lengannya.
" Kenapa dia orang cakap macam tu? ", Tanya Nilla.
" Entahlah. Dia orang ni memang macam ni. ", Balas Taehyung. Nilla hanya mengeluh mendengarkan jawapan Taehyung. Takpe lah...sekurang-kurangnya dia jawab jugak. Getus hati Nilla.
" Bro, Jungkook dengan Xyiu mana? ", Tanya Jackson kuat.
" Tadi Jungkook dengan Xyiu ada datang sini. Nak tengok gambar dia orang? ", Tanya Myungsoo lalu datang ke arah mereka dan menunjukkan gambar Xyiu dan Jungkook yang diambilnya.
" Mana? Mana? ", Tanya Taehyung.
" Ade orang jeles tu, Myu. ", Sampuk Mickie.
Myungsoo hanya tergelak lalu menunjukkan gambar yang diambil itu dan menunjukkan kepada Taehyung. Naddee,Hanna dan Nilla terkedu apabila melihat air muka Taehyung berubah.
***
Aku hanya berjalan sambil menundukkan kepalaku. Terasa janggal pula berjalan bersama Jungkook.
" Kita nak ke mana? ", Aku bertanya, sekaligus memecahkan kesunyian di antara kami.
" Pesta ni habis lambat lagi, dalam... ", Jungkook berhenti seketika lalu melihat jam di tangan kirinya. " Pukul 8 malam, sekarang baru pukul 4 petang. Lambat lagi. " Jawab Jungkook.
" Kenapa? Aw-,.. maksud aku, kau nak makan ke? ", Tanya Jungkook.
" Boleh jugak. Sebab aku rasa lapar. ", Aku menepuk perutku. Jungkook hanya tersenyum.
" Jom ke kafe. ", Ajak Jungkook lalu menarik tanganku menuju ke kafe.
Kami berjalan beriringan. Tidak tahu hendak bercakap tentang apa. Lebih baik diam ajelah.
" Nice performance. ", Puji Jungkook.
" Err....thanks. ", Aku menundukkan kepalaku.
Jungkook menolak daun pintu kafe itu untukku masuk dahulu. Aku melangkah masuk dan...
" Wow! Sejak bila, Jungkook?! ", Tanya Myungsoo yang teruja apabila melihat kami.
" Hoi Myu! Dah jangan nak menyakat! Dia orang bukan gaylah! ", Marah Eun Woo.
" Yo bro, ssup? ", Tanya Jimin kepada Jungkook. Jungkook hanya mengangkat tangannya kepada Jimin sebelum memaut bahuku berjalan menuju ke arah meja yang kosong bersebelahan Taehyung.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
De TodoMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...