" Ke arah air terjun! Sedia...satu...dua...Myungsoo comel goooo! ", Jerit Myungsoo yang berdiri diatas batu itu. Yang lain mendengarkannya terkedu sambil menjongketkan hujung bibir. Perasan!
" Eh cepatlah! ", Gesa Naddee apabila terpandangkan Daehyun dan Dahyun yang berenang itu. Yang lain melihat mereka juga turut mula berenang dengan pasangan masing-masing.
" Pehal kau lembap sangat ni hah?! ", Marah Eunji apabila mereka yang ketinggalan dibelakang.
" Bukan susah nak lawan arus air ni ha. ", Balas Top selamba.
" Naddee! Peluk kemas-kemas lagi!! ", Ujar Jhope separuh menjerit. Naddee yang dibelakang itu lantas mencubit pinggang Jhope. Kedengaran Jhope mangaduh kesakitan apabila dicubit oleh Naddee. Tu lah! Gatal! Getus hati Naddee.
" Ooon!! Perlahan lah sikit. ", Jerit Sujeong memeluk tengkuk Ooon dengan kemas. Ooon hanya tersengih sahaja.
" Alaa...kalau slow-slow kalah lah nanti. ", Balas Ooon lalu berenang selaju yang mungkin.
Aku hanya memeluk leher Jungkook kemas dengan mata yang ditutup. Takut pun ada dengan kelajuan Jungkook berenang itu.
" Janganlah peluk macam tu. Aku nak bernafas pun susah jugak. ", Terasa pipiku membahang apabila Jungkook berkata sedemikian. Aku melonggarkan pelukan itu menyebabkan aku kebelakang sedikit dan tertelan sedikit air apabila badanku tenggelam dan timbul. Terasa tangan sasa menarik lenganku.
" Aku tak cakap suruh kau lepaskan. Dah cepat peluk, tak pasal-pasal kau lemas pulak. ", Ujar Jungkook.
Nilla berasa kekok apabila terpaksa memeluk leher Taehyung. Jantungnya tidak berhenti berdegup dengan kencang, sama seperti apabila Taehyung mula mengaku bahawa dia menyukai Nilla. Taehyung yang berenang itu tidak mengedahkan mereka yang sedang berlumba. Baginya dia ingin menamatkan permainan ini dengan segera. Tidak dapat nombor satu pun tak apa.
" Hanna, kenapa awak semakin menjauh ni? ", Tanya Eun Woo lalu memegang erat lengan Hanna yang melilit di lehernya. Hanna terkedu apabila dilakukan sedemikian dan dalam diam tersenyum.
" Saya cintakan awak. ", Bisik Hanna perlahan di telinga kanan Eun Woo.
" Saya pun. ", Balas Eun Woo yang menoleh ke kanan itu lalu mencium pipi kiri Hanna.
" Wooo woo kat sana. Dalam air pun sempat main kiss kiss? ", Jerit Myungsoo yang berdiri diatas batu itu lalu tergelak terbahak-bahak.
" KISS?!! ", Jerit Top, Daehyun dan Ooon serentak lalu menoleh kebelakang. Eunji yang melihat Top yang tersengih itu lantas menarik rambut Top sekuat yang mungkin.
Meremang bulu roma Dahyun apabila Daehyun tersengih nakal kepadanya. " Better think it TWICE! ", Ujar Dahyun lalu memulas telinga Daehyun.
Ooon tersengih malu-malu, begitu juga dengan Sujeong. " Err... ", Ooon berhenti sejenak apabila Sujeong mula menutup matanya perlahan-lahan begitu juga dengan Daehyun. Tiba-tiba Sujeong menyelamkan kepala Ooon kedalam air. " Gatal sangat kan?! ", Marah Sujeong lalu melepaskan kepala Ooon.
Gamat di kawasan air terjun itu dengan jeritan yang kesakitan itu.
" Wahai Wei a.k.a Sungjun or Mickie or whatever, laju lah! Pehal kau lembap sangat ni? ", Marah Jimin apabila menyedari Top dan Eunji sudah mendahului mereka.
" Panggil aku Mickie jelah! "
" Lantak aku lah, cepatlah Wei! ",Gesa Jimin.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
DiversosMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...