Aku jatuh terlentang sebelum pandanganku menjadi kabur. Aku dapat mendengar Jimin ketawa terbahak-bahak dan aku melihat seseorang datang ke arahku sebelum aku menutup mata. Terasa berpinar kepalaku selepas terkena sepakan daripada Jungkook. Pandanganku menjadi gelap selepas itu.
" Xyiu!! "
***
" Class, minggu depan kolej kita akan membuat satu pesta. Jadi kamu semua bebas pada masa tu. Dan pihak kolej jugak telah menjeput jiran kita...- "
" Ehemmm... ", " Pheweett... ", Kedengaran siulan-siulan nakal dari kalangan pelajar. Mana tak sukanya kalau dah pelajar Princess College yang dijemput.
" Macam-macam aktivi yang pihak kolej dah sediakan. Jadi kamu semua pun boleh buat aktiviti kamu. Jangan yang tak berfaedah sudah. Kamu boleh tengok aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan yang telah ditampal di papan kenyataan. ", Cikgu mengakhiri kata-katanya dengan siulan-siulan nakal dari pelajar.
" Xyiu, jom rehat. "
" Jom. ", Aku mengikuti Taehyung yang mengajakku ke kafeteria. Sudah tiga hari kejadian di padang itu berlalu. Tetapi masih lagi memberi kesan kepadaku. Nasib baiklah darah tak keluar banyak sangat. Haish, kenapalah si Mamat biskut ni tak puas hati dengan aku?
Aku mengambil dulang untuk meletakkan makananku sementara Taehyung sudahpun mengambil makananya dan menungguku dimeja makan yang hanya berdekatan dengan tempat makanan.
" Xyiu, saya nak ke tandas sekejap ye, emergency! ", Ucap Taehyung. Aku ketawa lalu mengangguk kepalaku kepadanya.
Sedang aku sibuk meletakkan makananku, seseorang datang merempuh bahuku menyebabkan aku terlanggar pelajar di sebelahku, aku menundukkan sedikit kepalaku tanda maaf kepada pelajar tersebut dan memalingkan wajahku kepada manusia yang telah melanggar bahuku.
Jimin hanya memandangku dengan senyuman sinis. Lagi sorang? Aku mengeluh.
" Bodyguard mana? ", Tanya Jimin. Aku cuba tidak menghiraukan soalanya dan mengambil sebiji kek chocolate dan sepinggang spaghetti yang hanya berdekatan denganku. Sebelum aku sempat berjalan menuju kemejaku, terasa seseorang telah menolakku dari arah belakang menyebabkan badanku hilang kawalan. Aku memejam mataku serapat yang mungkin tatkala menjangkakan pekara yang bakal berlaku. Belum mukaku mecium lantai, terasa lengan sasa memaut pinggangku. Dan selepas itu kedengaran dulang jatuh kelantai.
Aku membuka mataku dan...
Jungkook?! Aku melihat ke arahnya yang masih lagi memeluk pinggangku. Untuk seketika pandangan kami bertaut. Aku menelan air liurku sebelum menyedari banyak mata yang melihat kearah kami.
" Xyiu... ", Aku melihat Taehyung berdiri kaku di belakang Jimin dan sekaligus aku menolak Jungkook. Tanpaku sedari aku telah terpijak dulang dikakiku dan mengakibatkan kakiku terasa licin. Badanku hilang keseimbangan untuk sekali lagi.
" Pendek! ", Jerit Jungkook cuba untuk selamatkanku. Aku tertarik tali leher Jungkook dan menyebabkan dia terjatuh keatas badanku. Sekali lagi kami menjadi kaku. Aku dapat merasakan dengupan jantungnya yang berdegup dengan kencang itu.
" Hoi! Lama lagi ke scene nak habis? Bro sebelah aku ni dah merah padam je muka! ", Jimin mengerling kearah Taehyung yang kelu lidah untuk berbicara.
***
" Hanna! ", Jerit Xiumin.
" Apa? ", Tanya Hanna malas.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
RandomMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...