" Yang tu kita tunggu masa hari ahad nanti lah. ", Sampuk Eun Woo.
" Oklah. Jom kita balik dorm? ", Tanya Myungsoo. Jungkook hanya melihat kelibat kami berjalan keluar dari kafeteria itu.
" Kau dah angau ke apa, Jungkook? ", Tanya Jimin. Jungkook hanya mengangkat bahunya sambil menggarukan keningnya yang tidak gatal.
" Yang tengok si Xyiu sampai nak terkeluar biji mata kenapa? ", Tanya Jimin lagi.
" Biarlah! Tu mata Jungkook. Yang kau over pulak kenapa? ", Seloroh Myungsoo yang kurang senang dengan Jimin.
" Jeles lah tu, Jungkook tak bagi perhatian dekat dia. ", Tambah Eun Woo sebelum meletus tawanya.
" Amboi-amboi...sedap betul kau orang ya? Sejak bila pulak aku tengok Xyiu macam tu? ", Nafi Jungkook.
***
" Sepak lah bola tu, Taehyung! ", Marah Jhope.
" Apa kes pula aku nak kena sepak? ", Tanya Taehyung dengan wajah yang dikerutkan.
" Dah tu? Kau nak gelek bola tu? ", Soal Jhope sambil bercekak pinggang.
" Ni kan bola bowling! Apa kejadahnya nak kena sepak? ", Tanya Taehyung. Aku yang hanya duduk di bangku tidak jauh dari mereka hanya tergelak besar melihatkan sengketa di hadapan mata. Nak main bola pun gaduh-gaduh. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
" Hoi Taehyung? Sejak bila bola sepak jadi bola bowling? ", Tanya Mickie.
" Dah cakap nak praktis dulu. Buat lah bola ni ala-ala bola bowling. Yang si Jhope suruh aku sepak tu kenapa? ", Tanya Taehyung seraya memegang bola sepak itu ditangan.
" Pulak dah? ", Mickie hanya memerhati sahaja Taehyung melepaskan bola dari tangannya itu ke arah botol-botol air yang dianggap pin untuk permainan bowling. Sebelum bola itu mencium botol-botol air tiba-tiba sahaja ia tumbang kerana angin. Boleh dikatakan kawasan padang itu sangat berangin pada waktu petang sebigini. Taehyung berdecit apabila bola itu gagal menjatuhkan botol-botol air tersebut.
" Kita salah main ke apa? Time-time berangin pulak tu. ", Mickie bersuara.
" Ish, susahlah macam ni. ", Balas Jhope yang menghampiri Taehyung. Aku bangun dari tempat duduk lau berjalan menuju ke arah mereka.
" Tak pernah main bowling ke? ", Aku bertanya kepada mereka. Mereka hanya berpandangan sesama mereka.
" Pernah. Tapi memang buat praktis dulu. Tapi hari ni nampak macam susah je kita nak main ni. ", Ujar Jhope.
" Kalau macam tu, kita balik dorm jelah. ", Sampuk Taehyung yang sedang mengutip semua botol air.
***
" Nilla! ", Panggil Naddee lalu melabuhkan diri di tepi Nilla.
" Apa? ", Tanya Nilla.
" Kau rasa kan, esok kita pergi mall nak jalan-jalan je ke? ", Tanya Naddee.
" Aku pun tak tau, kau? "
" Aku ingatkan, apa kata kita ajak kawan-kawan main bowling? ", Naddee mengerling ke arah Nilla.
" Bowling? Kau tak rasa bosan ke? ", Tanya Nilla lalu berbaring di atas katilnya dan meletakkan belakang tapak tangannya di atas dahi.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
AléatoireMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...