" Bukan ke Top dengan Eunji pasukan lain-lain? ", Pertanyaan Jungkook tidak dapat aku jawab apabila aku juga tidak tahu jawapannya.
" Apa kata kalau kita tembak dia orang sekaligus? ", Jungkook kelihatan buntu denganku.
" Kalau kita tembak Eunji, macam mana dia nak balas dendam dengan Wendy dan Minah? Ahli kumpulan kita pun belum tentu masih main ke tidak sekarang ni. ", Jelas Jungkook panjang lebar.
" Jadi- ", Jungkook menekup mulutku dengan segera apabila Top dan Eunji berada betul-betul dihadapan kami. Kenapa dengan mereka ni? Desis hatiku.
" Hah, sini pun kau orang menyorok! ", Sergah Eunji. Kami kaku. Terperangkap ke?
" Perlawanan akan bermula. Menyerah kalah lah. ", Ujar seseorang yang kedengaran seperti suara perempuan itu. Aku memandang kearah perempuan itu. Wendy dan Minah!
" Why not kau yang serah kalah sekarang ni? ", Ujar Minah lalu mengacukan pistolnya kearah Eunji yang berlagak selamba.
" Woo...woo...letakkan senjata anda. ", Lalu muncullah pasangan Hanna dan Eun Woo dari arah belakang Minah dan Wendy.
" Tak, selagi kau orang pun tak jatuhkan senjata tu. ", Ujar Jungkook yang keluar dari semak samun lalu berdiri diatas batu yang besar itu. Yang lain kelihatan terkejut dengan kemunculan Jungkook dan aku secara tiba-tiba.
" Betul tu. ", Sokong Mickie yang entah dari mana tiba-tiba menyampuk sambil mengacukan pistolnya kearah Hanna dan Eun Woo.
" What the...susahlah nak tembak kalau macam ni. ", Getus Top.
" Minah, kau mari lawan aku dulu. ", Ujar Eunji dengan berani. Minah hanya mengerutkan keningnya sahaja.
" Kalau macam tu, Top kau mari kat sini. Kita habiskan kat sini je. ", Sampuk Mickie.
" Woo...woo...pening aku! ", Getus Eun Woo lalu menggarukan kepalanya melihat kawan-kawannya itu.
Bang! Bang!
Dua das dilepaskan kearah Eun Woo dan Hanna oleh Jungkook. Kami semua terpempan dengan lagak beraninya. Sementara Eun Woo sudah mengerutkan keningnya.
" Kau tembak aku pehal? ", Marah Eun Woo.
" Cakap peningkan- "
" Jungkook elakk!! ", Jeritku lalu menolak Jungkook ke tepi apabila Eunji cuba melepaskan satu das kearah Jungkook. Tapi sangatlah malang apabila cat itu terkena pada jaket Mickie yang setia berdiri dibelakang Jungkook.
" Apa kes pulak aku kena?! ", Mickie kelihatan sangat bengang apabila cat itu terkena pada jaketnya.
" Dah sekarang kau boleh cari kau punya Minnie tu. ", Sampuk Top.
" Ada kawan pun cam hampeh! ", Gerutu Mickie sebelum meninggalkan kami.
***
" Kurang asam manis betul! ", Marah Ooon.
" Kau pehal? ", Tanya Taehyung sebelum meneguk sedikit airnya. Kelihatan ramai pelajar dari Prince College dan Princess College keluar dari hutan dengan letih dan dibasahi peluh.
" Aku baru je nak tunjuk hero depan Sujeong masa on the way nak balik kat khemah ni! ", Ooon menarik-narik rumput dengan geram.
Taehyung memandang Ooon dengan kening yang dikerutkan. Tidak faham dengan kata-kata Ooon. " Maksud kau? ", Tanya Taehyung.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
AcakMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...