10

6.3K 347 15
                                    

" Aku ni dah kenapa? ", Desis hati Taehyung.

" Dah tidur, Taehyung! Esok kau ada game. ", Ujar Daehyun lalu menutup matanya untuk tidur sementara Taehyung masih lagi
memikirkan tentang Xyiu.

" Tapi kenapa naluri aku kuat mengatakan yang Xyiu tu girl? Ish! Takkan aku ni gay! ", Gumam Taehyung.

***

Aku berjalan bersama Taehyung, Jhope dan Mickie di dalam mall ini seraya melihat di sekeliling. Kali terakhir aku jejak kakiku di sini ialah ketika aku dan Xiumin datang untuk membeli baju-baju yang ala-ala lelaki. Taehyung mencuit bahuku.

" Kenapa? ", Tanyaku.

" Awak rasa lapar dah ke? ", Tanya Taehyung.

" Kita makan lepas game? ", Aku melihat ke arah Taehyung.

" Boleh ke tahan, Xyiu? ", Tanya Mickie.

" Yang kau orange berdua ni asyik tanya Xyiu macam tu kenapa? ", Tanya Jhope sambil mengerutkan dahinya, memandang pelik ke arah Taehyung dan Mickie silih berganti.

" Eh, Jhope...kat sana tu ada apa? ", Tanyaku sambil menunjukkan sebuah kedai yang tidak jauh dari kami seraya mengheret Jhope dengan memegang lengan kanannya meninggalkan Taehyung dan Mickie. Terasa pelik pula dengan Mickie yang tiba-tiba mengambil berat tentang aku.

" Jomlah kesana, kita tengok-tengok. ", Tanya Jhope membiarkan aku memegang lengannya dan berjalan menuju ke arah kedai yang aku tunjukkan tadi.

" Xyiu! Jhope! Kau orang serius nak masuk sana?! ", Jerit Mickie menghentikan langkahku dan Jhope. Kami berpaling ke belakang dan melihat wajah Mickie yang sedikit ternganga. Kenapa? Aku berpandangan dengan Jhope sebelum melihat isi kedai itu sebelum mata kami terbeliak besar. Kami menelan air liur kami, belum sempat untuk melangkah keluar seorang pekerja perempuan datang ke arah kami dengan senyuman manis.

" Abang berdua nak beli pakaian dalam untuk girlfriend ke? ", Tanya akak itu sopan. Aku kelu seribu bahasa, begitu juga dengan Jhope.

" Atau abang berdua nak tengok-tengok dulu? Kami baru je dapat new stock. Kat sini yang biasa-biasa. Kalau nak yang pakaian dalam yang seksi, mari ikut saya. Girlfriend abang-abang mesti suka. ", Tambah pekerja itu lagi.
Aku dan Jhope hanya saling berpandangan selepas itu kami terdengar gelak tawa di belakang kami.

***

" Alright Nilla and Naddee! Jom kita pergi jalan-jalan kat sini dulu? ", Cadang Hanna.

" Kat sini? ", Tanya Nilla memandang sekeliling.

" Kita nak pergi breakfast dulu ke? ", Tanya Naddee dan dibalas dengan anggukan dari Hanna.

" Kita beli roti? ", Tanya Nilla. " Kita makan roti jelah ek? ", Tambah Nilla.

" Aku okey je. Jomlah kita pergi dekat kedai roti? ", Cadangan Hanna dibalas dengan anggukan dari Nilla dan Naddee. Mereka berjalan menuju ke kedai roti yang tidak jauh dari mereka dan membeli sedikit roti sebagai sarapan pagi mereka.

" Tu bukan ke Taehyung? ", Tanya Hanna seraya menunjuk ke arah Taehyung yang berjalan masuk ke dalam kedai yang sama. Nilla membuntang saat terpandangkan Taehyung, kalau boleh dia nak larikan diri dari Taehyung.

" Hanna, Naddee! Aku keluar dululah. Kalau kau orang bertembung dengan dia orang jangan bagi tahu yang aku ada kat si- "

" Eh? Hai Nilla. ", Sapa Jhope dari belakang. Nilla mengetap bibirnya serapat yang mungkin sebelum berpaling ke belakang dengan perlahan-lahan. Naddee dan Hanna hanya melihat sekilas sahaja ke arah Taehyung sebelum berjalan menuju ke kaunter untuk membayar makanan mereka.

A Girl In My Dorm || jjkWhere stories live. Discover now