" Mickie! Jalan cepat lah! ", Arahku apabila Mickie berjalan di belakangku. Penakut betullah dia ni, getusku.
" Janganlah jalan laju-laju! Tak pasal-pasal pihak lawan dengar tapak kaki kita nanti. ", Balas Mickie memegang erat pistolnya yang telah di isi dengan peluru seperti cat berwarna hijau muda.
" Alah, tu silap Jackson lah. Siapa suruh dia jerit bagai nak rak? Kan tak pasal-pasal dah out tu. ", Aku memandang sekelilingku untuk memastikan tiada pihak lawan di situ.
" X-xyiu! Kau dengar tak tu? Tu bukan ke suara Myumyu sedang jerit? ", Tanya Mickie. Aku berhenti sejenak lalu berpaling kebelakang melihat Mickie yang sedang memandangku dengan panik.
" LARI!!!! ", Jeritku apabila jeritan Myungsoo dari belakang kami kedengaran semakin hampir.
Mickie dan aku berlari sekuat hati apabila jeritan Myungsoo yang bingit itu seakan-akan dibelakang kami sahaja. Memang sengaja mamat tu nak takutkan kami. Gerutuku.
" Mickie! Kau pergi sana! Aku pergi sini! ", Arahku. Mickie hanya mengangguk kepalanya lalu berlari kearah yang ditunjukkan oleh aku.
" Sengaja kau ye, Myungsoo? ", Aku memandang pokok yang besar di sebelah tempatku berdiri. Aku memegang pistolku dengan erat lalu memanjat dengan berhati-hati. Walaupun aku gagal memanjat untuk sampai kedahan yang paling atas, tetapi ketinggian sekarang ini sudah cukup bagiku untuk menembak Myungsoo. Aku memandang benda yang berada didalam genggamanku, macam senapang atau bazooka je. Kedengaran tapak kaki Myungsoo berjalan menghampiri tempat persembunyianku. Aku menahan nafas apabila Myungsoo betul-betul berada dibawahku.
" XYIU! MICKIE! Kau orang kat mana? Tadi aku ada nampak kau orang... ", Myungsoo menguatkan suaranya seraya melihat disekeliling dengan pistolnya digenggam erat.
Aku membuat sasaranku dibelakang Myungsoo apabila dia berjalan melepasiku. Aku mengigit hujung bibirku, bersedia untuk menembak jaket Myungsoo itu.
" Angkat tangan keatas, Xyiu. ", Ujar Myungsoo lalu berpaling kebelakang dengan mengacukan pistolnya ke arahku. Aku mengetap bibirku dengan rapat. Tak guna! Macam mana dia boleh perasan ni? Getusku. Aku tidak berganjak walaupun Myungsoo sudah bersedia untuk menembakku.
" Kau turun dulu, aku takkan tembak kau. ", Tambah Myungsoo dengan senyuman yang lebar.
" Aku janji. ", Myungsoo meyakinkanku dan mengangguk kepalanya dengan bersungguh-sungguh. Aku menuruni dahan pokok itu satu persatu apabila Myungsoo menurunkan pistolnya. Apabila kakiku sudah memijak tanah bumi itu, pantas aku mengangkat pistolku. Tapi sudah terlambat apabila Myungsoo sudah pun berada dihadapanku beberapa tapak dengan pistolnya diacukan kepadaku. Gayanya tidak ubah seperti polis yang sebenar.
" Angkat tangan ke ata- "
" Angkat tangan keatas jugak, Myungsoo. ", Kedengaran suara yang garau di belakang Myungsoo.
Myungsoo kaku apabila pistol itu betul-betul dibelakangnya.
" Sejak bila kau ada kat sini hah, Jungkook?! ", Tanya Myungsoo dengan geram.
" Sejak kau dah suka nak tunjuk lagak kau. ", Balas Jungkook. Aku hanya tersenyum apabila Myungsoo kaku tidak bergerak itu.
" Jatuhkan senjata anda. ", Kali ini Jungkook pula yang kaku apabila seorang perempuan mengacukan pistolnya kearah Jungkook yang sedang berdiri dibelakang Myungsoo itu.
" Naddee?! ", Tanya Myungsoo. " Tembak je dia! ", Arah Myungsoo. Aku mengacukan lagi pistolku kearah Myungsoo apabila dia hendak berpaling kebelakang.
YOU ARE READING
A Girl In My Dorm || jjk
AcakMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Xyiu yang terpaksa memasuki kolej pelajar lelaki untuk menggantikan abangnya iaitu Xiumin yang sibuk dengan EXO. Nasib tidak menyebelahi Xiyiu apabila bertemu dengan seorang lelaki yang sombong iaitu...