08

6.5K 367 9
                                    

" Hoi! Kau dah kenapa? Aku nak tidur pon tak senang! ", Jerit salah seorang kawan Hanna.

Hanna membaca semula serangkap ayat yang terakhir.

" Kalau sudi... kita jumpa hari ahad nanti? Dekat mall? Saya tunggu awak kat sana. Kalau awak tak munculkan diri jugak, tak apalah.

Yang benar,

Cha Eun Woo. "

***

" Xyiu oiii! Kau tak nak bangun ke? ", Kedengaran Myungsoo memekak didalam dorm.

" Sekejap lagi lah, ni kan hari minggu... ", Balasku dalam mamai lalu menyelubungi tubuhku dengan selimutku.

" Yang kau memekak macam mak orang ni kenapa? ", Tanya Jhope yang mengelap rambutnya yang basah.

" Bukan apa, dah pukul 11 pagi dah. Dia masih lagi tidur. ", Balas Myungsoo.

" Yang abang kita ni sorang lagi. Hoi Jungkook! Kau mimpikan apa tu hah?! ", Sekali lagi Myungsoo memekak.

" Ye lah! Aku bangun! ", Jungkook ketawa kecil dengan gelagat Myungsoo.

" Alang-alang kau dah bangun! Heret si Xyiu sama-sama masuk bilik air. Kau orang nak gelak-gelak hindustan pun, dipersilakan. ", Aku terbatuk kuat apabila mendengarkan kata-kata Myungsoo. Apa kes mamat ni?

" Kejam betul kau, Myungsoo. ", Jhope mengerling sekilas ke arah Jungkook yang berjalan menuju ke bilik air.

" Kau orang ni, pagi-pagi dah bising! ", Aku berbaring semula.

Tuk...tuk...tuk...

" Ha...siapa pulak datang ni? ", Soal Myungsoo.

" Woi Myungsoo! Kalau kau tak membebel memang tak sah ke? ", Tanya Jhope yang rimas akan Myungsoo. Myungsoo tidak menghiraukan kata-kata Jhope lalu membuka pintu.

" Ha...ni hero Hindustan bilik sebelah dah datang, ade apa bro? ", Tanya Myungsoo.

" Nak ajak Xyiu pergi sarapan lah! ", Taehyung menjengukkan kepalanya untuk melihatku.

" Xyiu masih tidur lagi. ", Jhope bersuara.

" Xyiu, jom sarapan dengan saya? ", Aku mendengar Taehyung mengajakku lalu bangun dari tidurku. Terasa tidak lena pula hendak sambung tidurku.

" Sekejap. Saya nak mandi... ", Aku bersuara lalu berjalan dengan langkah yang mamai menuju ke bilik air.

" Oi Xyiu! Jungkook tengah mandi tu! ", Jerit Myungsoo di muka pintu.

" Takpa, dia boleh mandi dengan aku. ", Kedengaran suara Jungkook menyahut dan Jhope hanya ketawa sahaja mendengarkan Jungkook. Aku hanya tersenyum sahaja.

" Masuklah dulu Taehyung. Jangan buat macam dorm sendiri sudah. ", Myungsoo mempersilakan Taehyung masuk. Taehyung hanya ketawa kecil lalu melangkah masuk kedalam dorm.

Aku mengambil kain tualaku lalu melangkah ke arah bilik air.

" Tak nak join aku ke? ", Tanya Jungkook.

" Apa kes pulak? ", Aku menyoal. Dah kenapa dengan mamat ni?

Jungkook membuka pintu bilik mandi lalu melangkah keluar. Aku melihat Jungkook yang sedang mengelap rambutnya yang basah itu. Dia hanya memakai kain tuala separas pinggang, absnya jelas kelihatan. Aku menelan air liurku sebelum berpaling ke arah lain.

A Girl In My Dorm || jjkWhere stories live. Discover now