23

4.6K 248 11
                                        

" Dah! Dah! Bangun! Jangan tidur sambil berdiri. Hari ni saya, Miss Jung dan Prof Min akan mengambil alih untuk mengawal kamu semua. Jadi pagi-pagi buta kami kejutkan kamu kerana ada satu aktiviti yang dipanggil jungle trekking, bukan jungle walking atau apa-apa yang kamu panggil selain jungle trekking. Kami akan lepaskan kamu satu persatu dengan mata yang akan ditutup dengan satu kain hitam. Kamu perlu memegang tali ini, dan jangan cuba untuk lepas ya? Jangan risau, setiap hujung tali, akan ada pegawai-pegawai jadi tak payah nak rasa takut ya? ", Ujar Miss Jung dari Princess College dengan panjang lebar. Aku dibelakang sekali tidak dapat mendengarnya dengan jelas apabila keadaan yang hening tadi tiba-tiba menjadi riuh. Aku melompat-lompat sambil memegang bahu Luhan untuk melihat lebih jelas apa yang ditunjukkan oleh Miss Jung.

" Lawa betullah rambut Prof Min tu. ", Celah Nilla. Aku perasan muka Taehyung tiba-tiba berubah apabila mendengarkan Nilla yang berdiri di hadapannya.

" Prof kami tu jenis yang swag-swag. Pepagi buta pun nak makan cermin mata hitam. ", Sampuk Jackson.

" Apa kes kau terlompat-lompat ni Xyiu? Kesian si Luhan tu, dah pendek tu pendeklah. ", Ujar Mickie lalu ketawa terbahak-bahak, diikuti oleh Luhan. Ingin saja aku menarik rambut si Mickie itu.

" So, kau orang...aku dengan Naddee akan start jalan dulu lah ok? ", Tanya Jhope yang setia berdiri disebelah Naddee.

" Aku dengan Dahyun, Hanna dengan Eun Woo, Top dengan Eunji, Sujeong dengan Ooon, Nilla dengan Taehyung. Ok dah cun? ", Tanya Daehyun sambil tersengih seperti kerang busuk itu.

" Eh...? Saya dengan...Tae- "

" Kalau tak nak, tak kesah. ", Sampuk Taehyung langsung tidak memandang kearah Nilla yang mula rasa tidak senang itu.

" Dah-dah Taehyung, aku tau kau jeles. Ok ok, kau dengan Nilla. ", Sampuk Jackson. Luhan hanya menjadi pendengar yang setia sahaja.

" So, aku dengan siapa? ", Bisik Luhan di telinga kananku. Aku tergelak kecil lalu memandang ke arahnya.

" Hmmm, kau nak Minah? ", Luhan mengerutkan keningnya apabila mendengarkan nama itu.

" Siapa tu? ", Tanya Luhan. " Aku tak kenal langsung dia. ", Tambahnya lagi.

" Alah, kalau macam tu kau dengan Mickie je lah. "

" Apa kes aku pulak?! ", Sampuk Mickie. Aku tergelak kuat apabila muka Mickie sudah berkerut itu.

" Ala bro, kau nak dengan siapa lagi? ", Tanya Top.

" Dia nak dengan si Wendy! ", Sergah Eun Woo lalu ketawa terbahak-bahak.

" Low betul taste. ", Sampuk Eunji.

" Siapa Wendy? ", Tanya Luhan.

" Takpelah, aku dengan kau jelah, Luhan. ", Ujar Mickie yang mengalah. Kami semua ketawa melihat muka kelat Luhan.

***

" Jungkook? Tu kau ke? ", Tanyaku apabila terdengar suara seseorang yang tergelak kecil. Tetapi tiada tanda-tanda seperti Jungkook menyahut persoalanku. Mungkin imaginasiku sahaja. Prof Min telah melepaskan para pelajar seorang demi seorang. Dan aku ialah pelajar dari Prince College yang terakhir masuk kedalam hutan sebelum disusuli oleh Jeon Jungkook. Aku mengeluh hampa tatkala tiada sahutan daripada Jungkook. Mungkin dia ada kat belakang lagi. Desis hatiku.

Aku memegang erat tali yang diberitahu oleh Miss Jung sebentar tadi. Aku berjalan dengan perlahan-lahan seraya bunyi cengkerik menjadi peneman untuk menghilangkan kesunyian tetapi bagiku menambah ketakutan aku ada lah! Tetapi aku tidak boleh menyalahkan mereka.

A Girl In My Dorm || jjkTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang