Prolog

4.9K 197 2
                                    

"Bang, ke mana kita nak lari ni?" Alice terus berlari sambil mendukung bayinya yang tidak berhenti menangis.

Abdullah, suami Alice mendiamkan diri dan tidak menjawab soalan yang diajukan. Dia sendiri tidak pasti akan arah tujunya. Dia cuma tahu mereka perlu terus berlari jika mereka mahu selamatkan diri.

"Cepat! Kejar mereka! Kejar keluarga serigala jadian itu!" Jeritan amarah penduduk kampung semakin menghampiri.

Langkah Abdullah dan Alice semakin laju. Mereka perlu terus hidup demi anak mereka. Selangkah demi selangkah mereka meredah semakin jauh ke dalam hutan. Akhirnya langkah mereka terhenti di sebuah air terjun.

"Bang, jalan mati. Apa harus kita buat?" soal Alice. Dia gusar. "Ezam, berhenti menangis. Jangan risau. Kita pasti akan selamat."

Ezam terus menangis bagaikan ia faham akan kesusahan yang dihadapi ibu bapanya. Air mata terus mengalir di pipinya yang sudah membengkak.

"Ezam, berhenti menangis. Kamu akan membesar menjadi seorang lelaki yang kuat," pujuk Abdullah sambil mengusap kepala Ezam.

Ezam berhenti menangis lalu tidur.

"Alice, kamu mesti terjun," yakin Abdullah.

"Macamana dengan abang?"

"Abang akan hentikan mereka."

"Tidak! Saya tak akan tinggalkan abang." Alice berpaut pada lengan Abdullah.

"Pergi! Pastikan anak kita hidup." Tubuh Alice ditolak Abdullah. Perlahan-lahan Alice menyedari dirinya semakin menjauhi Abdullah. Semakin jauh jatuh dari tebing sebelum jatuh ke dalam air.

Abdullah dikepung penduduk kampung yang marah. Mereka kesemuanya membawa parang, obor dan bermacam lagi senjata yang bertujuan untuk membunuh mereka sekeluarga.

"Mana keluarga kau, serigala jadian?!" marah penduduk kampung apabila menyedari Abdullah bersendirian.

"Mereka akan terus hidup dan akan membalas dendam kepada kamu semua nanti." Abdullah mengeluarkan sebilah pisau yang disembunyikan dalam poket seluarnya.

Dia menerkam satu persatu orang kampung. Pergelutan berlaku. Banyak darah yang tumpah pada malam itu. Malam itu bulan kelihatan amat merah dan malam itu digelar Malam Berdarah.

KanibalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang