7

1.5K 66 8
                                        


Nalisa terjaga. Kepalanya terasa sakit. Mungkin dia terhantuk. Dia tak sangka dia akan terjun daripada Gunung Kinabalu. Walaupun dia terjun dari kawasan yang tidak terlalu tinggi, dia masih rasa seperti perbuatan itu memang gila. Dia mengucap syukur kerana tulang dua keratnya tidak berpisah dan tiada kecederaan serius. Semak-samun di sekelilingnya telah menyelamatkannya. Matanya melilau ke sekeliling. Dia langsung tidak dapat mengesan kelibat Hafizah, Fahmi dan penyelamat mereka.

Dia bangun dan mengibas-ngibas punggungnya yang kotor. Sinar panas terik bersinar di atasnya. Dia berjalan-jalan di kawasan sekitarnya untuk mencari Hafizah. Setengah jam mencari, dia gagal menjejak Hafizah. Dia membuat keputusan untuk masuk lebih jauh ke dalam hutan. Supaya tidak tersesat, dia cuba mematahkan ranting-ranting di sepanjang laluannya. Sepanjang perjalanan dia terdengar bunyi seperti ada sesuatu sedang bersembunyi di dalam semak. Dia rasa seperti dia diekori.

Langkahnya dipercepat. Dia bimbang dia akan menjadi sasaran haiwan buas atau lebih teruk seekor raksasa seperti yang dilihatnya semalam. Inilah keburukannya jika terlalu banyak kawasan yang tidak diteroka. Hutan belantara ternyata lebih berbahaya berbanding hutan konkrit kerana kita tidak tahu apa isinya. Mungkin ada spesies yang belum pernah dikaji. Apabila seekor haiwan itu digelar haiwan buas, pastinya haiwan itu berbahaya dan boleh mengancam nyawa manusia terutamanya manusia yang berseorangan seperti Nalisa.

Nalisa menoleh ke belakang. Semak berdekatan bergerak-gerak. Dia menelan liur.

*****

Tok! Tok! Tok! Pintu di ketuk.

Aidil terjaga. Kepalanya sakit. Dia lihat Mina masih lena tidur di sebelahnya. Peristiwa semalam di luar kawalannya. Ingatannya cuma samar-samar. Apa yang dia tahu semalam dia telah menyerahkan terunanya kepada Mina. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya. Bersalah kerana berzina atau gembira kerana dirinya diterima oleh gadis pujaan hatinya.

Tok! Tok! Tok! Pintu diketuk lagi. Bunyinya semakin kuat.

Aidil keluar dari selimut dalam keadaan telanjang bulat. Adiknya yang tergantung terhayun-hayun tatkala dia berjalan mengambil pakaiannya. Dia memakai satu persatu pakaiannya tetapi dia gagal menemui seluar dalamnya.

Tok! Tok! Tok! Kali ini pintu diketuk lebih kuat berbanding kali kedua. Ketukannya amat kasar. Bunyinya yang menjengkelkan membuatkan Aidil menyirap.

Aidil membuat andaian bahawa itu adalah pekerja hotel yang datang untuk membersihkan bilik. Dia berjalan ke pintu lalu membukanya.

Beberapa orang lelaki yang pernah dilihatnya berdiri di muka pintu. Aidil pernah bertembung dengan mereka ketika di mahkamah syariah. Dan dia tidak suka mereka berada di situ. Kedatangan mereka bagaikan awan hitam tiba untuk menurunkan hujan bersama ribut yang kencang. Mereka bakal membawa masalah kepada Aidil.

"Kami dari Jabatan Agama Islam. Kami nak buat pemeriksaan bilik encik," kata salah seorang daripada mereka. Orang itu memakai kopiah putih. Sesuatu yang Aidil tidak suka.

Aidil tahu bahawa memakai kopiah adalah sunnah tetapi dia memang tak suka orang yang berbuat demikian. Baginya ada segelintir mereka yang memakai kopiah bukannya melakukan untuk mengikut sunnah tetapi hanya untuk menzahirkan keimanan palsu dan menyembunyikan kekufuran. Dalam dunia ini ada banyak perkara yang menjadi sunnah. Ada banyak lagi sunnah yang boleh diikuti. Jika seseorang yang tidak kuat iman menzahirkan keimanan mereka kepada orang lain, mereka berpotensi untuk tergolong dalam kalangan orang yang riak. Dia harap dia tidak akan menjadi kufur kerana berpendapat demikian.

"Tak perlu periksa. Tempat ni selamat. Saya datang ke sini untuk soal siasat berkenaan kes baru-baru ni," tipu Aidil. Dia menunjukkan lencananya untuk meyakinkan sekelompok manusia yang beriman di luar bilik itu.

Mereka semua tertipu. Mereka mengambil keputusan untuk tidak memeriksa.

"Aidil, spender you," jerit Mina yang baru terjaga. Mina melemparkan seluar dalam Aidil ke arah pintu.

Jeritannya didengari oleh orang-orang beriman di hadapannya.

"Boleh kami masuk?" Mereka ubah fikiran.

Aidil terpaksa benarkan mereka masuk. Dia sudah tak mampu buat apa-apa. Bidang kuasanya tidak mampu menandingi bidang kuasa mereka yang berlandaskan hukum Allah. Aidil cuma mampu membayangkan hukuman sebatan yang akan diharunginya nanti dan berakhirnya kariernya sebagai seorang polis yang disegani di Sabah. Dia akan berada di dalam sel tahanan sehingga hukuman tamat. Kemudian, dia akan berkahwin dengan Mina. Di saat itu Mina sudah memeluk Islam dan dinamai Ainaa. Mereka akan hidup bersama di Jepun sehingga beberapa keturunan. Adakah itu dinamakan pengakhiran yang gembira?

Beberapa orang pegawai masuk memeriksa bilik tersebut sementara beberapa orang lagi berada bersama-sama Aidil di muka pintu.

Mina terkejut dengan kehadiran lelaki-lelaki yang tidak dikenali di biliknya. Tubuhnya yang telanjang bulat disembunyikan di sebalik selimut. Arahan dikeluarkan oleh ketua mereka untuk memberkas Aidil dan Mina.

Mina diarahkan untuk memakai pakaiannya dan mengikut mereka ke balai. Tanpa segan, Mina keluar daripada selimut dalam keadaan terdedah tanpa seurat benang. Lantas orang-orang beriman mengalihkan pandangan dan ada juga yang menutup mata sambil beristighfar. Bimbang iman mereka akan tergugat. Aku pandang terus tanpa nafsu. Hanya ada satu perkataan yang mampu aku ucapkan ketika melihat tubuh Mina yang terdedah.

SIALLL!!!

Tak pernah dia rasa perasaan sesial itu sepanjang hayatnya. Perasaan yang amat teruk. Tiada yang lebih teruk berbanding engkau dicekup khalwat bersama seorang LELAKI.



KanibalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang