16

675 30 0
                                    


"Ikat dia di sini," arah Prof.

Kuncu-kuncunya mengikat Nalisa pada sebatang pokok. Mulutnya turut diikat dengan kain. Nalisa meronta-ronta tetapi upayanya yang sedikit tidak mampu membantunya. Pelbagai tanggapan yang lebih buruk menjenguk kotak fikirannya. Dia tak sanggup membayangkan apa-apa lagi.

Dia dapat lihat beberapa pasang mata lelaki yang amat bernafsu di hadapannya. Kalau bukan kerana arahan lelaki yang bergelar Prof itu, sudah pasti dia akan menjadi mangsa gangbang lelaki-lelaki di sekelilingnya. Inilah risiko yang sentiasa dihadapi oleh wanita. Mereka bukannya kaum yang lemah. Lelaki lebih lemah berbanding mereka kerana lelaki mudah tewas dengan godaan wanita. Namun, akhirnya wanita yang menjadi mangsa kelemahan lelaki. Menjadi tempat lelaki melampiaskan nafsu mereka. Sungguh tidak adil. Bagi Nalisa, kelemahan perempuan tidak sepatutnya dieksploitasi sebegini. Mereka sepatutnya diperlakukan sopan atas kelemahan mereka.

Aaauuuuuuuuuuuuuuuuuu......

Bunyi siulan serigala bergema amat kuat. Membawa petanda bunyi itu datang daripada jarak yang agak hampir dengan kedudukan mereka. Lelaki-lelaki yang mengelilingi Nalisa terpinga-pinga. bulu roma mereka mula naik.

"Selesaikan cepat dan sembunyi," kata Prof itu lagi sebelum mula bersembunyi.

Salah seorang lelaki membawa sebuah bekas air 5 liter ke arah Nalisa. Penutupnya dibuka. Bau hanyir menerobos lubang hidung Nalisa. Dalam kegelapan, dia tidak dapat meneka isi bekas air itu. Bau itu pernah dibaunya tetapi kecederaan mental yang dialaminya mengganggu segala deria dan otaknya untuk berfungsi dengan baik. Lelaki lain mula beredar.

Lelaki itu kemudiannya menyimbah Nalisa. Bau hanyir hampir membuatnya termuntah. Pakaiannya basah lencun. Kepalanya mula pening dengan bau yang tidak menyenangkan itu. Dia mula khayal.

Sebelum matanya tertutup sepenuhnya, dia menyedari kehadiran sebuah lembaga dari belakang lelaki yang sedang menyimbah darah kepadanya itu. Ya, itu darah. Dia baru sahaja menyedarinya. Mungkin sudah terlambat itu menyedarinya. Tetapi dia juga tidak mampu berbuat apa-apa sekiranya dia tahu lebih awal.

Pasrah dan redha. Hanya dua perkataan itu yang muncul dalam benak fikirannya. Dia hanya mampu berserah kepada Allah. Jika sudah ditakdirkan hayatnya cuma sampai di sini, biarlah. Dia lebih rela dihadapkan kepada malaikat di dalam kubur daripada menghadap manusia yang menyeksa jasad dan jiwanya. Matanya dikejam rapat.

"Aaaaarrrgggghhhhh!!!"

*****

Sebuah pesawat AirAsia mendarat di lapangan terbang. Selepas beberapa ketika, pengumuman dibuat sebelum pesawat tersebut memuntahkan penumpang-penumpangnya. Berpusu-pusu mereka meninggalkan pesawat bersama bagasi mereka. Ada yang menggalas beg yang besar dan ada yang membawa bagasi beroda. Ada yang disambut keluarga manakala ada yang disambut teksi. Di satu sudut ada sepasang suami isteri yang masih tercegat dengan di tangan suami. Wajah si suami berkerut menelaah peta bumi di bawah bayu itu.

Si isteri bercekak pinggang. Mungkin berasa lenguh akibat duduk dalam pesawat atau mungkin penat menanti keputusan yang seharusnya dibuat oleh si suami.

"Abang, cepat lah sikit. Kita nak ke mana ni?" omel si isteri.

"Sabar lah dulu. Kita pun tak tahu dia dekat mana. Kalau kita duduk jauh nanti susah jugak. Sabah ni bukan kecik." Si suami cuba memberi alasan. Moga-moga dapat mengelak daripada mendengar leteran si isteri.

Si isteri mengeluarkan fon daripada tas tangannya. Nombor telefon anak perempuannya didail. Tiada jawapan di hujung talian. Dia sudah menyangka perkara tersebut akan berlaku. Sudah banyak kali dia menelefon anaknya itu. Bukan sekali, malah berpuluh-puluh kali setelah dia menerima berita kehilangan anak perempuannya itu di kaca televisyen.

KanibalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang