Hafizah, Nalisa dan Fahmi membisu setelah Aidil beredar. Mata mereka bertiga memandang kosong ke arah meja yang penuh. Semuanya menjadi bingung - terkesan dengan kata-kata Aidil mungkin. Fikiran mereka buntu. Konfius.
Patutkah mereka mengikut arahan Aidil? Atau meneruskan percutian mereka? Masa mereka sedang berjalan. Cuti mereka bukannya lama. Hanya seminggu. Jika mereka melepaskan peluang ini, mungkin tiada lagi peluang kedua.
"Apa yang kita harus buat?" Fahmi memulakan bicara.
"Aku rasa lebih tepat kalau kau cakap apa yang harus korang buat. Kau tak sepatutnya berada di sini," marah Hafizah. Mental dan emosinya masih belum stabil.
"Dia cuma risau tentang kita." Nalisa cuba mempertahankan Fahmi. Dia rasa niat Fahmi memang ikhlas tetapi Khairul entahlah. Perkara yang berlaku jangan dikenang. Apa niat sebenar dia hanya tuhan yang tahu.
Hafizah mencebik. Dia tak suka pemikiran Nalisa yang terlalu berfikiran positif. Dia pasti suatu hari nanti perkara itu akan memakan dirinya sendiri.
"Aku rasa Fahmi patut join kita," cadang Nalisa.
"Fine," bentak Hafizah.
Ruang atmosfera masih terasa tegang walaupun mereka telah mencapai persetujuan (tidaklah setuju mana pun sebenarnya). Hafizah mengalih perhatiannya kepada telefon pintarnya. Ada akaun Instagram yang perlu di-update. Nalisa sibuk memerhatikan gelagat manusia di Sabah yang amat jauh berbeza dengan manusia semenanjung. Di semenanjung masyarakat majoritinya terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Biasanya mereka dapat dibezakan melalui warna kulit atau wajah. Namun begitu, situasi di Sabah amat berbeza bagai langit dengan bumi. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik. Dahulu mereka dapat dibezakan dengan cara berpakaian atau budaya tetapi sekarang mereka sudah moden dan amat sukar dibezakan. Manusia memang unik, fikir Nalisa.
Fahmi kelihatan resah. Dia berdiri dan mengutip cermin mata hitamnya di atas meja. Dia kelihatan seperti ada tugas yang perlu diselesaikan. "Aku pergi dulu," kata Fahmi.
Fahmi beredar.
Nalisa mengalihkan perhatian ke arah Hafizah yang masih sibuk dengan Instagram. "Fizah, sampai bila kau bercadang nak duduk sini?"
"Aku memang dari tadi nak balik bilik tapi memandangkan kau macam nak duduk lama dengan Fahmi jadi aku tunggulah," perli Hafizah.
Nalisa mengendahkan sahaja perlian itu. Mereka menjelaskan bayaran dengan menggunakan wang yang ditinggalkan oleh Aidil. Wang lebih dijadikan tips kepada pelayan. Mereka berdua pulang ke bilik. Rancangan mereka untuk mendaki Gunung Kinabalu pada hari itu dibatalkan. Mereka hanya terperap di dalam bilik hotel sambil bermain telefon pintar dan menonton televisyen. Hafizah lebih banyak berdiam. Dia tidak banyak berbual bersama Nalisa. Jika ditanya, dia hanya akan memberi jawapan sepatah. Mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena dengan Hafizah?
*****
Aidil menghentikan keretanya di hadapan pejabatnya. Dia segera menuju ke biliknya. Dia membuka komputer ribanya dan melayari internet. Dia perlu tahu lebih lanjut berkenaan legenda serigala jadian tersebut. Dia memang yakin benar bahawa Khairul mati bukan kerana serigala jadian atau dibaham mana-mana haiwan buas. Kesan robekan pada mayatnya kelihatan cantik seperti dirobek menggunakan sesuatu yang tajam. Langsung tiada kesan gigitan atau pergelutan. Tapi apa motifnya kaki dan jantungnya diambil?
Aidil mencari maklumat tentang legenda tersebut di Internet. Kata orang semua maklumat boleh dicari di Internet. Aidil tergolong dalam golongan orang itu. Malangnya ini kali pertama dia memaki Google kerana tidak dapat menyediakan jawapan yang dikehendakinya. Semuanya maklumat mengarut yang tidak dapat membantunya.
YOU ARE READING
Kanibal
Misterio / SuspensoHafizah yang sudah lama hendak bercuti di Sabah berjaya mencapai hasratnya. Malangnya, legenda bulan berdarah muncul kembali di negeri di bawah bayu itu. Dia perlu berhati-hati jika tidak mahu menjadi mangsa seterusnya.