15

1.7K 86 21
                                    


"Apa kau cakap?" Aidil tidak mahu mempercayai apa yang didengarinya.

"Aku dah pernah bunuh orang sebelum ni. Bukan lelaki di hotel tu je. Ramai lagi. Dan kau orang seterusnya," balas Ezam.

Ezam menyedari kilasan tangan Aidil menjadi longgar akibat terkejut. Dia segera mengambil peluang itu untuk meleraikannya. Ezam terlepas. Mereka menjarakkan diri mereka antara satu sama lain.

"Kau pembunuh. Kau dah bunuh Khairul. Aku tak akan lepaskan kau," ujar Aidil.

"Kita tengok siapa yang akan mati dulu harini." Ezam mengetap giginya. Taringnya yang tajam kelihatan.

Aidil mengeluarkan pistol yang diambilnya daripada Kamal. Pistol diacukan ke arah Ezam. Ezam mula cuak. Dia tahu Inspektor Aidil adalah seorang penembak tepat. Mungkin hari ini dia akan menguji ketepatan Inspektor Aidil menembak.

"Jangan, Aidil. Jangan," rayu Hafizah. Dia masih menangis. Tiada apa yang mampu dilakukannya.

Peluh bercampur darah mengalir di pelipis kedua-dua Aidil dan Ezam. Aidil masih ragu-ragu. Ada sesuatu yang membuatkan dia sukar untuk melepaskan tembakan itu. Satu memori lama.

*****

"Lepaskan dia! Kalau tak aku tembak," gertak seorang pegawai polis.

Pisau dirapatkan ke leher inspektor Aidil. Tangan dan kakinya terikat kemas. "Aku tak akan lepaskan dia. Aku akan bunuh Inspektor Aidil yang hebat di hadapan korang."

Pegawai polis buntu. Mereka tak mampu buat apa-apa untuk menyelamatkan Inspektor Aidil. Penjenayah itu berselindung di sebalik tubuh Inspektor Aidil menyebabkan pegawai polis tidak boleh melepaskan tembakan.

Leher Inspektor Aidil dikelar perlahan-lahan. Aidil hanya mampu memikirkan kematiannya ketika itu. Muncul sedikit rasa kesal akibat menjadikan dirinya sebagai umpan dalam misi membanteras lanun. Semua lanun berjaya melarikan diri dan kini nyawanya berada di tangan ketua lanun. Dia sudah buntu. Hanya berserah kepada tuhan untuk menentukan ajalnya.

Tiba-tiba ada seorang lelaki muncul dan memukul ketua lanun itu dari belakang. Aidil terlepas. Ketua lanun yang dalam keadaan terperanjat itu tertikam lelaki yang muncul itu. Tepat mengenai dadanya.

Bam! Bam! Tembakan dilepaskan pihak polis.

Ketua lanun tersebut tumbang bersama lelaki yang ditikam itu. Ikatan Inspektor Aidil dileraikan. Aidil segera mendapatkan orang yang menyelamatkan dia itu.

"Ezam, kenapa kau bertindak sembarangan? Kau tak patut masuk campur urusan polis," kata Aidil.

Ezam tersenyum. "Hanya itu yang aku boleh buat untuk selamatkan kau. Aku tak mahu sahabat aku mati."

"Aku janji aku akan selamatkan kau. Aku akan bawa kau keluar dari sini."

Aidil segera mendukung tubuh Ezam keluar dari hutan lalu terus ke hospital. Mujur Ezam berjaya diselamatkan. Aidil berasa dirinya terhutang nyawa dengan Ezam.

*****

Bam! Aidil melepaskan tembakan. Tepat mengenai paha Ezam.

Pistolnya disimpan kembali.

"Aku lepaskan kau harini. Jangan sesekali kau tunjukkan muka kau di hadapan aku lagi. Aku akan bunuh kau," ujar Aidil.

Ezam mengerang kesakitan.

"Hafizah, jom pergi. Kita akan cari Nalisa."

Hafizah terpaksa mengikut Aidil. Keyakinan dia terhadap Ezam mula kabur apabila dia mengetahui siapa diri Ezam yang sebenar. Seorang pembunuh. Mereka berdua hilang ke dalam hutan.

"Aku akan bunuh orang yang bunuh ibu aku!" jerit Ezam sekuat hati. Burung berkicauan terbang melarikan diri. Angin berpuput lembut – amat nyaman. Tanpa Ezam sedar, ada mata yang sedang memerhatikannya.

KanibalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang