22

284 20 0
                                    


"Saya datang nak bukak akaun," ujar Pendi kepada penjaga kaunter.

Penjaga kaunter mengeluarkan dua keping borang. "Isi borang maklumat diri ni, lepas tu isi borang deposit wang ni dengan berapa banyak duit yang encik nak masukkan. Minimum RM250."

"Baik," balas Pendi sebelum beralih ke kaunter untuk mengisi borang. Ada beberapa batang pen tersedia di situ. Pen tersebut diikat dgn gelang getah agar tidak dicuri atau terambil oleh sesiapa.

Hanya penjenayah kelas bawahan yang mencuri pen, fikir Pendi. Dia tidak tergolong dalam kalangan itu. dia mencuri sesuatu yang lebih bernilai.

Pendi mengisi kotak-kotak pada borang itu dengan kata-kata kesat dan carutan. Dia tidak boleh mendedahkan maklumat dirinya yang sebenar. Dia hanya berlakon. Itu sebahagian daripada rancangan mereka – dia dan John.

Wanita setengah abad di sebelahnya menjeling pada borang yang diisi Pendi lalu memandangnya dengan pandangan jelik. Dia meninggalkan kaunter itu.

Usai mencarut sepuas hati di dalam kertas yang tidak bersalah itu, Pendi mengambil nombor giliran. Dia kemudiannya duduk di tempat menunggu. Dia menjeling ke arah jam tangan G-Shocknya. Masih ada beberapa minit sebelum fasa seterusnya bermula.

Ting! Tong! Nombor giliran Pendi terpapar pada skrin.

Tidak ramai orang mengunjungi bank itu hari ini, sebab itulah dia tidak perlu menunggu lama. Pendi bangun lalu berjalan ke arah kaunter dengan tangan kanannya diseluk ke dalam poket.

"Ya, apa saya boleh bantu encik?" tanya gadis di kaunter dengan senyuman.

"Saya mahu bukak akaun." Borang diserahkan kepada gadis itu.

"Ya, Encik..." Gadis itu mencari nama yang tertera pada borang. "Fuck?"

Bang! Bang! Bank itu bergema dengan bunyi tembakan.

Pengawal keselamatan yang berjaga di muka pintu terkulai rebah. Darahnya terpercik ke dinding dan lantai bank. Beberapa lelaki bertopeng bersenjatakan pistol dan senapang memasuki premis tersebut. Orang ramai panik.

"Jangan bergerak!" arah John yang bersembunyi di sebalik topeng. John cuba sebaik mungkin untuk tidak mengeluarkan pelat cinanya supaya dia mempunyai alibi yang lebih kuat.

Gadis di hadapan Pendi perlahan-lahan menggerakkan tangannya – cuba menggapai suis untuk menghidupkan loceng amaran. Pendi yang sedar akan perbuatan itu segera menarik baju gadis itu dan mengacukan pistol pada tangan kanannya ke arah kepala gadis itu.

"Jangan cuba buat apa-apa." Pendi memberi amaran.

"Tangan belakang kepala," arah John.

Semua yang ada di situ menurut kerana ketakutan. Nyawa mereka lebih penting daripada cuba bertindak seperti wira. Wira hanya wujud dalam fiksyen. Mereka tidak dikenang di dunia nyata.

Pendi melompat ke belakang kaunter. Dia merapatkan bibir ke telinga gadis itu. "Bawak aku ke bilik kebal."

Gadis itu mengangguk ketakutan.

"John, kau setelkan duit dekat semua kaunter ni. Aku nak ambik habuan kita."

"Celaka, kenapa kau jerit nama aku, setan?!"

Pendi tergelak besar sambil berjalan ditemani gadis itu ke bilik kebal.

Mereka terserempak dengan seorang lagi pegawai yang sedang berjaga. Tanpa belas kasihan, Pendi melepaskan sebutir peluru menembusi tengkorak pengawal itu. Pintu bilik kebal dibuka. Gadis itu kemudiannya diarahkan untuk mengisi semua wang di dalam bilik kebal itu ke dalam dua buah guni yang disembunyikannya di dalam jaket sejak tadi.

Habis semuanya diisi, Pendi mendekati gadis itu semula. "Apa lagi yang kau mahu?" tanya gadis itu marah. Dia tidak suka diberi arahan sebegitu.

"Bank ni ada pintu belakang?"

Gadis itu mengangguk sebelum berjalan tunjukkan jalan. Pendi menggalas kedua-dua guni tersebut di atas bahunya. Pistol masih digenggam kemas dalam tangannya. Pintu belakang bank tersebut dibuka.

"Sekarang, aku nak kau berlari ke balai polis dan mintak bantuan," ujar Pendi. "Pergi."

Gadis itu berlari sepantas kilat meminta pertolongan. Pendi melarikan diri bersama wang-wang tersebut. Dia tidak berkongsi sedikit pun dengan John seperti yang dijanjikan. John dan kuncu-kuncunya bernasib baik kerana mereka sempat melarikan diri sebelum polis tiba.

"Kau perlu bayar masa aku yang kau dah bazirkan, John." Pendi gelak sendirian melihat wang yang amat banyak di hadapannya.

*****

Hari Ini

"Lu pikir wa dah lupa duit yang lu curi dari gua dulu." John duduk bersandar sambil menyilang lengannya. "Lu manyak hutang dengan wa, Pendi."

"Aku tahu, John," akur Pendi. Dia sempat menjeling ke sekelilingnya di mana pengawal John telah bersedia memegang rod besi sambil menepuk tangan mereka pada rod tersebut.

Pendi menarik nafas panjang. Dia cuba bertenang supaya rasa gentarnya hilang.

"Tapi kau pun tahu, akaun aku semuanya dah dibekukan. Harta aku semuanya dirampas. Aku dah tak punya apa-apa, John."

"Padan dengan muka lu."

Puih! John meludah ke arah Pendi.

Pendi mengetap giginya. Penumbuknya digenggam. Tanpa berfikir panjang, dia menerjah lelaki di bergigi emas itu lalu menghadiahkan penumbuk ke pipinya. John jatuh ke lantai. Darah terpercik dari mulutnya.

Segala isi bilik itu tercengang. Pengawal di situ tercengang. Bos mereka tumbang, apa harus mereka buat? Mereka kelihatan seperti orang bodoh yang putus wayar pada otak.

"Pukul dia!" marah John.

Mereka tersentak lalu segera mengikut arahan. Satu persatu menyerang Pendi tetapi Pendi berjaya melawan. Dia berjaya merampas salah satu rod besi lalu menumpaskan mereka semua.

Dia tersenyum sinis.

Dasar manusia tak bersekolah. Mereka fikir mereka boleh hidup dengan tubuh dan kekuatan mereka. Mereka bagaikan anjing yang hanya mengikut arahan bos mereka. Dan apabila bos mereka bodoh, mereka turut menjadi bodoh.

"Celaka kau, Pendi!" John mencapai pistol di dalam laci. Muncungnya dihalakan ke arah Pendi.

"Lahanat." Pendi kaget.

Bang! Bang! Bang!     

KanibalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang