2 Hari Kemudian
Aidil berjalan perlahan keluar daripada hutan sambil dipapah oleh Difu. Dia tidak sangka dia akan keluar daripada hutan ini pada hari yang dijanjikan. Dia juga tidak sangka dia dapat pulang dengan tulang dua kerat ini. Mujur Difu muncul entah dari mana dan menyelamatkannya. Jika tidak, pasti dia hanya tinggal tulang akibat dimakan. Mereka berjaya melarikan diri daripada raksasa itu.
"Kau perlukan rawatan, Aidil," ujar Difu.
"Ya, aku tahu tu. Tapi aku tak boleh ke hospital. Kau pun tahu kan aku sebenarnya diburu polis sekarang." Aidil memegang luka pada sebelah kanan perutnya yang dibalut dengan kain. Luka itu masih baru dan kesakitannya masih menggigit tubuhnya. Darah juga masih mengalir sedikit demi sedikit.
"Tapi luka kau dalam. First aid tak cukup untuk pulihkan kau," tegas Aidil. "Tak boleh. Kau kena pergi ke hospital jugak."
Aidil hanya tersenyum. "Tak perlu." Dia membisikkan sesuatu kepada Difu.
Wajah Difu berkerut-kerut. Dia tidak pasti mahu percaya atau tidak. Sahabatnya itu memang dari dulu tidak habis-habis dengan idea yang gila-gila. Tetapi jika apa yang dibisikkan itu berhasil, tiada sesiapa yang berada dalam bahaya.
"Boleh?" soal Aidil.
"Aku cuba," jawab Difu. "Tapi kalau rancangan tu tak berhasil, kau kena pergi hospital."
"Okay, aku janji."
Difu memapah Aidil menuju ke rumahnya. Rumahnya berada di kawasan yang terpinggir dan agak jauh daripada tempat tumpuan orang ramai. Jiran-jirannya pula jenis jiran yang tidak banyak bergaul dengan jiran-jiran lain. Mereka cuma bergaul apabila ada kenduri atau peta yang diadakan di situ. Oleh itu, dia tidak perlu bimbang untuk menyembunyikan seorang penjenayah yang dikehendaki di rumahnya.
Tubuh Aidil dibaringkan di atas katilnya. Dia langsung tidak bimbang darah yang akan mengotorkan katilnya. Kotoran boleh dicuci tetapi nyawa sahabatnya lebih penting.
"Kau tunggu di sini," pesan Difu.
Aidil angguk. Dalam sekelip mata, Difu hilang dari pandangannya.
*****
Difu pergi melawat Nalisa di wad. Sampainya dia di sana, Fahmi yang berada dengan Nalisa terus menerpa memeluknya. Difu tidak membalas atau menghalang. Dia cuma memandang dengan wajah yang aneh.
"Difu, maafkan aku. Aku dah hilangkan barang penting yang kau beri. Aku mintak maaf sangat-sangat," pinta Fahmi.
"Tak apa. Aku perlu jumpa Nalisa sekarang. Urgent," tegas Difu.
Fahmi melepaskan dakapannya. Difu berjalan terus mendekati Nalisa.
"Difu," sapa Nalisa.
"Nalisa, aku perlu bawak kau keluar dari sini," ujar Difu terus terang. Dia tidak punya masa untuk berkias atau mengarang ayat gramatis. Dia kesuntukan masa.
"Aku belum boleh discharge lagi," terang Nalisa.
Mendengar jawapan Nalisa, Difu sudah mula merangka rancangan untuk membawa Nalisa lari dari situ.
Tiba-tiba seorang lelaki berkot putih muncul entah dari mana bersama dua orang wanita yang berpakaian seragam serba putih. Difu berundur beberapa langkah ke belakang ketika mereka membuat pemeriksaan ke atas Nalisa.
Mereka bertiga berbual bersama-sama mereka dalam bahasa sains yang tidak boleh difahami Difu. Mungkin Nalisa faham apa yang merek tuturkan. Difu dan Fahmi berada di situ bagaikan patung yang langsung tidak dihiraukan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Kanibal
Mystère / ThrillerHafizah yang sudah lama hendak bercuti di Sabah berjaya mencapai hasratnya. Malangnya, legenda bulan berdarah muncul kembali di negeri di bawah bayu itu. Dia perlu berhati-hati jika tidak mahu menjadi mangsa seterusnya.
