Hafizah dan Nalisa menyembunyikan seluruh tubuh mereka di dalam selimut. Mulut mereka berdua terkumat-kami dengan zikir dan doa. Mata dikejam rapat. Otak mereka ligat memikirkan masa depan mereka yang dibayangi bayang-bayang yang menggerunkan itu. Mungkinkah hari ini mereka akan menjadi makan malam makhluk tersebut?
Zip khemah terbuka. Wajah Fahmi yang memakai baju hujan muncul di hadapan khemah bersama sebuah lampu suluh. “Apa yang korang buat dalam selimut tu?” tegur Fahmi. Dia masuk ke dalam khemah.
Hafizah dan Nalisa menghembus nafas lega. Mereka tidak menyangka bayang itu milik Fahmi. Pada masa yang sama, mereka berasa amat marah akan Fahmi. Pertama, Fahmi menakutkan mereka. Kedua, Fahmi masuk tanpa kebenaran walhal dia seorang lelaki. Lainlah jika dia seorang bapok.
“Fahmi, siapa benarkan kau masuk?” marah Nalisa. “Kitorang tak pakai tudunglah.”
Fahmi mula tidak keruan. “Umm, sorry. Aku tunggu kat luar.” Dia keluar dan tutup semula zip khemah.
Nalisa dan Hafizah berhijab semula sebelum membuka zip khemah dan membenarkan Fahmi masuk. “Kenapa kau tiba-tiba datang sini malam-malam ni?”
“Aku lapar. Terlupa bawak makanan. Aku call korang tak angkat. Jadi aku datanglah sini nak mintak makanan sikit,” terang Fahmi.
“So, apahal kau menjerit tadi?” soal Hafizah pula.
“Aku terjatuh dekat luar tadi. Aku takut aku akan terjatuh sampai ke kaki bukit. Kalau aku tak menjerit mana ada orang tahu aku perlukan bantuan.”
Hafizah menepuk dahi. Macam-macam perangai manusia ni. Dia menghulurkan sepaket Chips More kepada Fahmi sebelum menghalaunya pulang ke khemah.
Sebaik Fahmi keluar daripada khemah Nalisa dan Hafizah, dia menjerit sekali lagi. Kali ini lebih kuat. Dengan rasa marah, Hafizah menjenguk ke luar. Dia terkesima apabila melihat seekor makhluk stinggi 10 kaki berdiri di hadapan khemah Fahmi dan Kamal. Fahmi tercegat di hadapan pintu khemah Hafizah dan Nalisa. Dengan pantas, Hafizah menarik Fahmi masuk kembali ke adalam khemahnya.
“Ssshhhhh.” Hafizah meletakkan jari telunjuknya ke mulut mengarahkan Nalisa dan Fahmi supaya mendiamkan diri. “Pura-pura mati. Cepat.”
Mereka bertiga berbaring ala-ala mayat orang mati dalam iman. Bunyi tapak kaki semakin menghampiri khemah mereka.
“Kau rasa idea ni berhasil ke?” tanya Nalisa tidak yakin.
“Ikhtiar,” jawab Hafizah sepatah.
“Dengan keadaan kita yang terbaring macam ni, aku rasa raksasa tu pasti ingat ada orang hidangkan makanan untuk dia,” bisik Fahmi menyatakan pandangannya.
Bunyi lolongan serigala kedengaran amat kuat. Ternyata makhluk tersebut adalah serigala jadian yang disebutkan dalam legenda dan pastinya serigala jadian tersebut berada di luar khemah mereka. Dengan sekali cakar habis ranap khemah mereka.
Serigala jadian tersebut memerhatikan mereka. Mereka bertiga menahan nafas dan berpura-pura mati. Mereka boleh menahan nafas sekurang-kurangnya seminit tetapi mereka tidak dapat menghalang degupan jantung mereka yang semakin laju. Air liur serigala jadian itu menitik-nitik di atas tubuh mereka bersama hujan yang masih belum reda.
“Hoi, raksasa. Sini.” Seorang lelaki membaling batu ke arah serigala jadian itu.
Tumpuan serigala jadian beralih. Dia merenung lelaki itu dengan penuh rasa dendam.
“Lari.” Jerit lelaki itu.
Secara spontan Hafizah, Nalisa dan Fahmi melarikan diri. Serigala jadian tersebut menjadi keliru. Dia tidak tahu makanan mana yang lebih sedap. Sementara serigala jadian itu berada dalam keadaan dilemma, lelaki itu mengejar mereka bertiga.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kanibal
Mystery / ThrillerHafizah yang sudah lama hendak bercuti di Sabah berjaya mencapai hasratnya. Malangnya, legenda bulan berdarah muncul kembali di negeri di bawah bayu itu. Dia perlu berhati-hati jika tidak mahu menjadi mangsa seterusnya.