8

1.5K 77 8
                                    


"Aduh," Fahmi mengerang kesakitan.

Kakinya terasa amat sakit. Hidungnya menangkap bau-bau yang tidak disukainya – bau hospital. Aroma atmosfera hospital yang mempunyai bau sarung tangan getah dan ubat-ubatan sudah menjadi musuhnya sejak lama dulu. Dia membuka matanya. Banar tekaannya. Dia memang berada di hospital. Dan seorang jururawat sedang membuat pemeriksaan ke atasnya.

"Cik, macam mana saya boleh berada di sini?" soal Fahmi kepada jururawat tersebut.

"Oh, awak dah bangun." Dia kelihatan teruja. "Tadi ayah awak bawak awak ke sini."

"Ayah? Maca mana rupa 'ayah' saya tu?" Fahmi dapat rasakan bahawa jururawat itu tersilap orang. Mana mungkin Encik Halim yang menghantarnya ke hospital. Dia sudah lama meninggal dunia. Mana mungkin ada hantu yang menghantarnya. Ini bukannya movie omputeh yang karut sehingga ada roh yang turun dari syurga untuk menyelamatkan orang yang disayanginya.

"Mukanya putih-putih dan berjambang," jawab jururawat itu.

Fahmi memutar kembali peristiwa yang berlaku ke atasnya. Dia cuba mencari wajah yang digambarkan jururawat itu dalam kotak fikirannya. Oh, dia ingat. Orang itulah yang menyelamatkan dia, Nalisa dan Hafizah daripada serigala jadian semalam. Dia tak sangka dia masih hidup. Dia tak pernah bersetuju untuk terjun tetapi Nalisa yang menarik tangannya dan mereka jatuh bersama. Selepas mereka terjun, genggaman tangan mereka terlerai. Dia baru teringat.

"Macam mana dengan kawan-kawan saya?" tanya Fahmi bimbang akan rakan-rakannya – Nalisa terutamanya.

"Kawan-kawan awak? Ayah awak cuma bawak awak sorang je pagi tadi. Lepas tu dia tinggalkan awak."

"Tak ada?" Fahmi mula gusar.

Jururawat tersebut menggeleng.

"Saya nak cari mereka." Fahmi cuba untuk bangun namun dihalang oleh jururawat tersebut.

"Kaki awak terseliuh. Awak perlu berehat," kata jururawat tersebut dengan muka serius. Wajahnya membuatkan Fahmi takut. Wajahnya menyatakan bahawa dia akan makan Fahmi sekiranya Fahmi tidak mendengar arahannya.

"Saya perlu cari kawan-kawan saya. Mereka dalam bahaya."

"Kita berdua yang akan berada dalam bahaya sekiranya awak pergi cari mereka. Saya masih baru di sini dan saya tak mahu dipecat. Kaki awak pulak terseliuh dan mungkin akan menjadi lebih teruk sekiranya awak banyak bergerak."

Fahmi membuat pertimbangan. Betul kata jururawat itu. Dia tak mahu musnahkan karier orang lain. Pasti ada jalan lain yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua mereka. Wajah jururawat itu ditenung dalam-dalam. Tanda namanya tertulis nama Izyan. Dia mendapat idea yang bernas.

"Urm, Izyan. Boleh awak tolong saya?"

*****

Aneh. Itu sahaja yang mampu difikirkan akal Hafizah. Suatu rasa yang asing buatnya. Dia yang memakai jubah putih sedang berdiri di sebuah ruang kosong dan diselubungi kegelapan. Tangannya cuba mencapai dinding tetapi dia langsung tidak dapat menyentuh dinding. Dia rasa seperti dirinya berada di sebuah alam lain. Dia rasa seperti dia sudah tidak bernyawa. Adakah dia mati selepas terjun dari Gunung Kinabalu?

Hafizah duduk memeluk kakinya. Dia rasa seperti putus harapan. Dia rasa seperti rohnya sudah terpisah dari tubuhnya. Terasa seperti dia berada di sebuah dunia yang amat asing buatnya. Dia menangis. Dia belum bersedia untuk menghadapi alam kematian. Dia masih belum bertaubat. Dia belum cukup suci untuk bertemu Sang Pencipta Sejati Rabbul Izzati. Air mata keinsafan mengalir deras dari kedua-dua belah matanya.

Bahunya disentuh.

"Hafizah." Suara yang dikenalinya kedengaran. Dia menoleh untuk memastikan siapakah entiti tersebut.

"Khairul?"

"Lap air mata awak Hafizah. Belum tiba masa untuk awak ikut saya. Awak belum mati. Awak cuma berada dalam sebuah tidur yang panjang," kata Khairul dengan mukanya yang bersinar.

"Kalau saya belum mati, macam mana saya boleh jumpa awak? Awak dah mati, Khairul."

Khairul tersenyum tenang. "Memang saya dah mati. Saya beruntung kerana masih ada iman dalam diri saya. Saya datang hendak mintak maaf kepada awak. Selama ni saya tak jujur dengan awak. Saya jadi boyfriend awak bukan sebab saya suka awak. Saya cuma nak rapat dengan Nalisa dan saya jugak yang suruh mak saya cakap awak tak layak sebab saya nak clash dengan awak supaya saya boleh couple dengan Nalisa." Khairul mengaku.

"Saya tak akan maafkan awak, Khairul. Awak musnahkan hati saya. Awak musnahkan harapan saya. Saya dah tak mahu percayakan lelaki." Hafizah berkeras.

Khairul tunduk. Khairul melutut di hadapan Hafizah. "Saya faham memang susah untuk awak maafkan saya. Saya memang dah banyak buat salah kepada awak. Tapi saya betul-betul mintak maaf dengan awak. Bila awak dah tahu awak akan bertemu tuhan, awak sanggup buat apa-apa sekalipun untuk tebus segala dosa awak," rayu Khairul.

Hafizah buat tidak tahu. "Saya masih cintakan awak, Khairul."

"Tiba masa untuk awak lepaskan semua perasaan tu. Saya tak cukup baik untuk awak. Suatu hari nanti awak pasti akan jumpa jodoh awak dan pada masa itu lelaki itu akan jadi lelaki yang paling beruntung kerana mendapat cinta awak. Dia pun akan mencintai awak sepenuh hati. Dia tak akan sampai hati untuk tikam belakang awak macam apa yang saya dah buat."

"Tapi... saya rasa awaklah jodoh saya. Saya yakin sangat."

Khairul kembali tersenyum. "Awak, jodoh dan pertemuan itu rahsia Allah. Awak tak akan pernah tahu. Allah aturkan segala-galanya untuk berikan yang terbaik kepada kita."

Hafizah terdiam. Lidahnya kelu.

"Tiba masa untuk awak lepaskan masa lampau awak. Masa depan sentiasa menanti awak di hadapan tetapi masa lampau sentiasa membebankan awak dan menarik awak ke belakang. Time to move on. Leave all the memories behind and give that space to new memories that will come into your life. Kenangan akan kekal menjadi kenangan. Kita tak mampu untuk putar kembali masa dan balik ke saat itu. Saya harap awak faham. Allah pisahkan kita kerana itu yang terbaik untuk kita berdua – awak dan saya."

Hafizah menutup mata dan menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembusnya. "Saya maafkan awak, Khairul. Betul kata awak. Tiba masa untuk move on."

Khairul bangun dan tersenyum. "Terima kasih. Sekarang bukalah mata. Awak sedang bermimpi. Anggaplah saya tak pernah wujud dan pertemuan ini tak pernah berlaku. Buka mata dan kembali ke realiti. Kejar masa depan yang awak mahukan."

Perlahan-lahan Khairul hilang dari pandangan. Persekitarannya yang gelap bertukar putih. Cahaya putih yang menyilaukan.

Hafizah terjaga. Dadanya berombak. Tubuhnya dibasahi peluh seperti baru lepas mendapat mimpi ngeri. Dia mendapati dirinya berada di dalam sebuah rumah kayu. Dia memandang ke arah pintu. Seorang lelaki sedang duduk menghisap tembakau.

Hatinya yang kosong bagaikan terisi kembali. Jantungnya berdegup semakin laju. Perasaannya mula tak tentu. Otaknya mula diserang pelbagai persoalan dan soalan yang paling mendapat perhatiannya ialah, "Adakah ini cinta pandangan pertama?"


KanibalWhere stories live. Discover now