1

3.9K 162 5
                                    

"Akhirnya! Dapat jugak aku jejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ni." Hafizah berasa amat teruja. Ini kali pertama dia jejakkan kaki ke negeri Sabah setelah bertahun-tahun bercadang untuk bercuti di sini. Hari ini dia berjaya mencapai salah satu impiannya. Satu kemajuan yang amat penting dalam diari kehidupannya.

"Hafizah, janganlah seronok sangat sampai lupa angkat barang. Berat ni," rungut Nalisa. Dia terketar-ketar mengangkat dua bagasi yang berat. Peluh mengalir di pelipisnya.

Hafizah mendapatkan bagasinya daripada Nalisa lalu kedua-dua mereka meninggalkan lapangan terbang menuju ke tempat penginapan mereka. Usai check-in bilik hotel, mereka berdua berehat sambil merancang percutian mereka.

"Esok kita akan pergi berjalan-jalan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Lusa kita akan mula mendaki Gunung Kinabalu dan selepas selesai mendaki, kita akan ronda-ronda pulau sekitar Sabah," cadang Nalisa.

"Aku tak kisah. Kau plan je lah apa-apa pun. Yang penting, kita enjoy!" Hafizah menjerit dengan gaya Nora Danish dalam drama Puteri. Mereka berdua cuma ada masa untuk berseronok selama seminggu sebelum kembali menjadi robot ofis yang hanya menghadap data di hadapan skrin komputer.

"Enjoy, enjoy jugak. Aku dah lapar ni. Jom dinner," ajak Nalisa.

Kedua-dua mereka meninggalkan bilik hotel untuk mengisi perut di kafe hotel. Walaupun mahal, sekurang-kurangnya mereka kenyang. Makanan di Sabah tak sama rasanya seperti makanan semenanjung. Mereka bukannya jenis yang tak suka mencuba tetapi mereka tidak mahu percutian mereka dirosakkan perut yang meragam. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Usai mengisi perut, mereka menamatkan hari mereka dengan menonton movie sebelum tidur. Mereka langsung tidak menyedari bahawa mereka diekori sejak mereka berlepas daripada KLIA petang tadi.

*****

"Eh, tengok orang utan tu, muka macam kau lah Fizah. Hahaha," usik Nalisa.

Hafizah mencubit sahabatnya itu. "Pandai bergurau sekarang."

Mereka berdua ketawa.

Dari jauh, dua orang lelaki berkaca mata sedang mengawasi mereka. Salah seorangnya memang rabun tetapi seorang lagi hanya memakai cermin mata sebagai penyamaran. Ekor mata mereka sentiasa mengekori kedua-dua gadis idaman Malaya itu - Hafizah dan Nalisa. Mereka bukannya jenis buaya darat yang suka menjerat perempuan cantik. Ada sesuatu yang bermain di minda mereka. Suatu rahsia yang membuatkan mereka tak boleh duduk diam dan tinggalkan insan yang bertakhta di hati mereka.

"Sometimes aku rasa orang utan tu comellah. Bulunya panjang. Mukanya baby face. Cute sangat," luah Hafizah.

"Kalau kau minat sangat dengan orang utan tu, kau kawin je lah dengan orang utan. Orang jugak tu. Nanti jangan lupa beli tiket lebih nak bawak balik naik flight," sakat Nalisa lagi.

Hafizah menarik muka masam. "Aku cakap je lah." Dia terdiam sebentar. "Tapi ada betulnya jugak apa yang kau cakap. Daripada aku tinggal seorang diri sepanjang hayat aku, lebih baik aku kawin je dengan orang utan."

Suaranya perlahan. Kedengaran amat sedih.

"Apa yang jadi antara kau dan Khairul sebenarnya?"

Hafizah terdiam. Pada mulanya dia berharap bahawa dia dapat melupakan segala peristiwa pahit itu apabila dia bercuti tetapi lukanya yang terlalu dalam tak dapat disembuhkan dalam sekelip mata. Mungkin dia patut berkongsi cerita dengan Nalisa.

"Kami biasa saje sebenarnya. Tapi aku memang tak boleh bersama dia," jelas Hafizah.

"Kenapa?"

"Hubungan kami tak direstui. Mak dia tak suka aku. Dia cakap aku ni sekadar budak ofis. Tak sesuai untuk anak dia yang bergelar doktor tu. Dia nak Khairul kawin dengan doktor jugak supaya sama taraf. Beginilah yang akan terjadi apabila kau terlibat dengan hubungan antara dua darjat yang berbeza."

KanibalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang