4

1.9K 96 5
                                        

"Mak. Hari ni ada orang tanya pasal legenda serigala jadian," kata Ezam yang sedang duduk di atas sebuah kerusi kayu di sisi katil ibunya.

"Apa yang kamu jawab?"

"Tidak. Saya tak tahu."

Alice tersengih. "Bagus. Kamu memang seorang anak yang jujur," puji Alice.

Ezam membalas dengan senyuman bersama hidung yang kembang.

"Legenda tu tak pernah wujud. Legenda itu yang menyebabkan ayah kau, Abdullah mati. Semuanya kerana penduduk kampung yang suka menabur fitnah. Mereka bunuh ayah kamu. Kamu perlu berhati-hati," pesan Alice.

"Saya tahu."

Malam semakin larut. Alice menceritakan cerita dongeng kepada Ezam dan membawanya bersama ke Wonderland dalam mimpi mereka.

*****

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik diketuk.

Pintu dibuka. Wajah Nalisa yang siap bertudung muncul di muka pintu.

"Saya, Kamal." Tangan dihulurkan untuk bersalaman namun tidak dipedulikan Nalisa.

"Saya tak kenal awak. Awak salah bilik." Nalisa hendak menutup kembali pintu tetapi dihalang oleh Kamal.

"Inspektor Aidil hantar saya untuk temankan Cik Hafizah dan Cik Nalisa meneruskan percutian."

Hati Nalisa melonjak gembira mendengar berita gembira itu. "Tunggu sebentar."

Pintu kembali ditutup. Nalisa segera mendapatkan Hafizah yang sudah bosan berkubang di atas katilnya. Dia asyik menukar siaran televisyen yang membosankan dan membuka tutup telefon pintarnya.

"Fizah, cepat bersiap," gesa Nalisa.

"Nak pergi mana? Di luar sana kan bahaya," balas Hafizah malas bercampur bosan.

"Kita akan daki Gunung Kinabalu. Aidil hantar seorang pegawai polis untuk tengok-tengokkan kita," jelas Nalisa. Dia sibuk memenuhkan beg mendakinya dengan barangan keperluan secukupnya.

Hafizah kembali bersemangat seperti baru menelan sebiji kacang Senzu. "Kau yakin kita boleh percayakan lelaki tu?"

"Aku nak ajak Fahmi sekali. In case ada apa-apa berlaku. Hope dia masih belum pulang ke semenanjung." Nalisa mendail nombor Fahmi. Dia menerangkan situasi mereka dan mengajaknya menyertai mereka bertiga.

Fahmi bersetuju. Hafizah segera bersiap memakai pakaian kasual serta bersolek. Penampilan amat penting baginya. Manusia suka menilai buku berdasarkan kulitnya. Tanggapan pertama amat penting.

Usai membuat persiapan, mereka berdua bersama Kamal menunggu Fahmi di lobi. Kamal menawarkan keretanya untuk menumpangkan mereka bertiga ke Gunung Kinabalu. Dalam masa hampir setengah jam, mereka tiba di kaki Gunung Kinabalu.

"Semua peralatan siap," soal Kamal seperti seorang komander.

Semua mengangguk.

"Mari kita tawan gunung ni."

*****

Pagi itu Aidil bersiap awal dan bergerak menuju ke lapangan terbang untuk menyambut kedatangan seorang kawan. Dia perlukan pencerahan daripada orang itu. Orang itu akan menjadi talian hayatnya. Dia sudah tidak tahu siapa lagi yang boleh memberikan info yang dikehendakinya selain orang itu. Dia duduk menunggu di atas sebuah bangku di lapangan terbang dengan berpakaian seragam polisnya.

"Hello," sapa seorang wanita seksi. Dia kelihatan seperti seorang pelancong. Beg sandang yang besar digalas di belakangnya.

Aidil menelan liur. Dia membetulkan tempat duduknya. "Hello. Have a seat." Aidil menunjukkan tempat duduk kosong di sebelahnya.

KanibalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang