12

1.4K 70 1
                                    


"Jom kita ke air terjun," ajak Ezam.

"Tak naklah. Tak suka air. Basah-basah ni tak suka lah," bantah Hafizah.

"Alaa, bukannya suruh mandi pun. Pergi jalan-jalan je."

Hafizah mengalah. Kadang-kadang kehendak sendiri tak boleh melawan kehendak hati. Dia memang teringin menjalani saat-saat romantik bersama Ezam. Pasti rasa seperti berada di syurga. Bagai romeo dan juliet. Atau mungkin Leonardo Di Caprio dan Kate Winslet dalam Titanic. Fuhhh! Romantik gila. Tapi bolehkah seorang budak hutan macam Ezam jadi seromantik itu?

Ezam dan Hafizah bersiar-siar di kawasan air terjun. Sungguh mesra. Penat berjalan, mereka duduk menikmati pemandangan air terjun sambil berbual-bual berkongsi kisah hidup mereka. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ. Dunia ini bagaikan mereka sahaja yang punya. Inilah perasaan yang dirasai insan-insan yang sedang hangat dilamun cinta. Tapi tak ada seorang pun yang pasti adakah cinta ini yang akan menemani mereka sehingga ke akhir hayat atau mungkin ada cinta lain yang masih menunggu di luar sana. Walau apapun yang terjadi, setiap saat perasaan cinta itu berputik harus dinikmati kerana cinta itu indah.

"Ezam, awak memang nak terus tinggal di rumah tu?" soal Hafizah.

"Maksud awak?" Ezam masih cuba menghadam soalan itu.

Hafizah berfikir sejenak. Cuba mengarang sebuah ayat yang jelas supaya mudah difahami Ezam. "Maksud saya, awak tak terfikir ke nak tinggal di luar sana? Di kampung atau mungkin di bandar?"

Tanpa perasaan ragu-ragu Ezam menggeleng. "Saya benci orang-orang di luar sana."

Hafizah terkesima mendengar jawapan itu. Dia rasa separuh jiwanya hilang daripada jasadnya. Dia tertunduk.

Ezam memerhati Hafizah. Dia masih tidak mengerti akan perasaan Hafizah. Dia masih tertanya-tanya mengapa Hafizah kelihatan amat sedih.

Hari dirasakan amat pantas berlalu. Mereka tiba tatkala matahari masih tegak di atas kepala, tetapi sekarang senja sudah menjelang.

"Jom balik," ajak Ezam.

Hafizah tidak menjawab. Dia terus bangun lalu berjalan menjauhi Ezam.

Ezam tergesa-gesa bangun. "Tunggu! Rumah di sebelah sana." Tangannya didepangkan ke arah bertentangan.

Tiba-tiba Hafizah berlari masuk ke dalam hutan. Ezam sedar Hafizah sedang mengalirkan air mata. Dia mula gelabah. Dia terus mengejar Hafizah dengan harapan perkara buruk tak akan berlaku. Dia harus cepat. Matahari akan terbenam sebentar lagi.

*****

Berita tentang Aidil meloloskan diri daripada penjara tersebar ke seluruh Sabah dengan cepat. Pihak polis digerakkan untuk mencarinya. Namun, kerja pencarian tidak terlalu aggresif kerana ramai anggota polis masih mempercayai Aidil. Ramai yang percaya Inspektor Aidil tidak bersalah. Mereka lebih menumpukan perhatian untuk mencari Pendi berbanding Aidil. Pendi hilang entah ke mana sementara Aidil memulakan pencariannya. Dia mendaki Gunung Kinabalu seorang diri untuk menyiasat.

Sebelum matahari terbenam, dia tiba di tapak khemah yang diceritakan Fahmi. Kawasan itu dikawal rapi oleh pihak polis. Aidil tidak boleh mendekati kawasan itu. Dia tidak mahu penyamarannya terbongkar. Dia berlegar di kawasan tersebut berlakon seperti mencari sesuatu walhal dia sebenarnya sedang cuba menjejak klu yang masih berada di tempat kejadian.

Ada banyak kesan cakar pada kawasan tersebut. Kesan cakar yang amat besar yang tak mungkin ditinggalkan oleh mana-mana haiwan pemangsa. Aidil tidak boleh mempersoalkan lagi kewujudan serigala jadian itu.

Seorang pegawai polis mendekati Aidil. "Encik, kawasan ini kawasan larangan. Sila tinggalkan tempat ini," arah pegawai polis itu.

Aidil dapat mengecam suara itu. Dia menoleh. Mata mereka bertentang.

Kamal.

Pelbagai persoalan menyerbu minda Aidil. Jika benar apa yang Fahmi ceritakan, kenapa dia ada di sini?

*****

Malam sudah menjelang. Ezam masih mengejar Hafizah. Dia gagal menjejak ke mana gadis itu sudah menghilangkan diri. Dia sepatutnya lebih mahir tentang hutan itu berbanding Hafizah. Entah kenapa hari ini dia rasa seperti taman permainannya sudah banyak berubah. Mungkin kerana ada taman bunga pula yang muncul dalam hatinya. Puas dia mencari namun gagal mengesan gadis itu.

Tsk... tsk... tsk...

Bunyi tangisan kedengaran. Kawasan hutan ni agak bahaya kalau dengar bunyi macam ni. Takut-takut berpuaka. Tapi Ezam langsung tidak memikirkannya. Mindanya terlalu fokus mencari Hafizah. Dari jauh dia nampak seorang gadis duduk di atas batu sambil merenung ke arah sungai. Ezam yakin itu Hafizah. Dia mendekatinya.

*****

Hafizah terus menangis sambil merenung pantulan wajahnya pada air sungai yang jernih. Amat buruk wajahnya ketika menangis. Air matanya menitis jatuh ke sungai. Dia tak tahu kenapa dia bertindak melarikan diri daripada Ezam. Dia masih ingat jawapan yang Ezam berikan. Ezam benci orang di luar sana. Hafizah rasa seperti Ezam turut membencinya kerana dia juga datang dari luar sana. Dia rasa seperti hatinya sekali lagi musnah akibat cinta yang tidak kesampaian.

Tiba-tiba Hafizah rasa seseorang mendakapnya dari belakang. Dia terlalu lemah untuk melawan. Dia pasrah dengan apa yang bakal berlaku.

"Jangan tinggalkan saya lagi," bisik orang itu.

Hafizah terkejut. Dia kenal suara itu.

"Tinggallah bersama saya selama-lamanya. Saya cintakan awak. Awak adalah sebahagian daripada hidup saya sekarang. Saya cuma ada awak dan ibu. Ibu dah semakin tenat. Kalau ibu meninggal dunia, saya dah tak ada sesiapa lagi."

Hafizah dapat rasa air mata Ezam membasahi tudungnya. Dia berhenti mengalirkan air mata lalu berpaling menghadap Ezam. Mata Ezam yang penuh dengan harapan ditenungnya. Masih ada air mata yang berkolam di kelopak matanya. Hafizah menyentuh pipi Ezam. Wajah Ezam dirapatkan ke wajahnya. Bibirnya ditaut pada bibir Ezam.

Hafizah amat memahami Ezam. Dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Ezam. Dia tidak pernah menyangka ciuman pertamanya akan diberikan kepada kekasih hatinya tanpa ikatan yang sah. Dia rasa kali ini dia sudah menemui jodoh yang Allah tetapkan kepadanya. Ezamlah pelengkap hidupnya. Dia sanggup menyerahkan dirinya kepada Ezam.

Agak lama bibir mereka bertaut. Kedua-dua mereka tidak pernah merasakan perasaan seindah itu sebelum ini. Rasa seperti hidup yang kau jalani bertahun-tahun sudah lengkap. Semua perasaan bercampur aduk. Kau akan rasa seperti kau akan berada di syurga selepas ini bersama bidadari dunia yang telah kau jumpa. Masa dirasakan berhenti beberapa ketika.

Ezam melepaskan tautan bibir mereka. Hafizah masih dibuai nafsu selepas merasai bibir lembap Ezam. Ezam tiba-tiba kelihatan amat cemas. Dia menarik Hafizah bersamanya masuk ke dalam sungai. Hafizah agak terkejut. Mereka hanyut dibawa arus. Mungkin arus sungai atau mungkin juga arus cinta.

KanibalTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang