"Macam mana kita nak lalu jalan laut?" soal Hafizah.
"Aku ada kawan dekat-dekat sini. Dia orang Bidayuh. Nelayan dekat-dekat sini. Biasanya waktu-waktu macam ni dia rehat kat tepi pantai. Jom kita cepat."
Mereka berdua meneruskan perjalanan. Perlahan-lahan mereka menuruni bukit tersebut. Satu satu pokok ke satu pokok. Mereka berpaut kuat dengan harapan mereka tidak akan jatuh tergolek ke kaki bukit. Semestinya amat menyakitkan. Hafizah sudah mampu terbayang dirinya akan berbalut seperti mumia jika jatuh di tempat yang dipenuhi ranting-ranting patah yang tajam itu.
Malang sungguh buat Hafizah bayangan itu hampir menjadi kenyataan apabila dia tersadung akar pokok. Dia terjatuh dan tergolek beberapa kaki sebelum disambut oleh Aidil.
"Adududududuh, sakitnya." Hafizah mengerang kesakitan.
"Kau okay, Hafizah?"
"Aku okay." Hafizah mengibas debu-debu tanah yang mengotori pakaiannya. Kemudian, dia cuba untuk bangun namun jatuh semula. Pergelangan kakinya terasa amat sakit. "Aku rasa kaki kiri aku terseliuh lah."
"Kita kena cepat ni. tak boleh buang masa." Aidil menunduk membelakangi Hafizah. "Naik atas belakang aku. Aku gendong kau."
Hafizah diam buat seketika. Wajahnya mula terasa panas. Malu. Perlahan-lahan dia memanjat naik ke atas belakang Aidil. Lengannya berpaut pada leher Aidil. Sekarang dia dapat rasa betapa berototnya badan polis itu. Cuma... dia agak malu apabila buah dadanya ditekap pada belakang Aidil. Dia tahu rahsia saiz asetnya itu bukan lagi rahsia buat Aidil. Dalam situasi kecemasan begini, dia cuma harap Aidil tidak menghiraukan atau ambil tahu tentang asetnya itu. Walaupun dia seharusnya sudah tahu memang perkara-perkara sebegini yang lazimnya berlegar di minda mana-mana lelaki jika berkait dengan seorang perempuan. Mungkin tak semua lelaki sama. Atau mungkin mereka semua sama. Entahlah.
Perlahan-lahan Aidil menggendong Hafizah turun daripada bukit itu. Setiap satu langkah diorak berhati-hati agar tiada lagi kaki yang akan tersadung dan menyebabkan apa-apa kecederaan yang akan mengganggu perjalanan mereka. Setelah beberapa ketika, mereka tiba di kaki bukit. Aidil berjalan terus sehingga mereka terjumpa jalan raya. Jalan berturap tetapi kurang sempurna dengan kesan-kesan retak berkemungkinan berpunca daripada kenderaan berat seperti lori balak yang sering melalui kawasan itu.
Aidil melintas jalan itu dan berjalan terus merentas hutan sehingga mereka tiba di pinggir laut. Satu pemandangan yang membiru memukau pandangan mereka berdua. Pantulan cahaya mentari yang terang menghasilkan sinaran pada permukaan laut bak permata yang bersinar cemerlang di bawah sinaran lampu. Buat seketika mata mereka tidak berkelip menghayati keindahan alam yang jarang dapat dilihat di hari-hari sibuk mereka.
"Mana dia? Mana kawan kau tu?" tanya Hafizah menyedarkan Aidil daripada lamunan.
Mata Aidil melilau-lilau ke kiri dan kanan. Tidak kurang juga dengan kepalanya yang menoleh ke kiri kanan mencari kelibat seseorang yang dikenalinya. "Sepatutnya dia ada sekitar sini."
"Kau yakin ada orang pergi tangkap ikan tengah-tengah panas macam ni. boleh jadi manusia kering kalau berjemur macam ni," seloroh Hafizah.
"Sekarang bukan masa untuk bergurau," bentak Aidil. "Aku perlu keluarkan kau daripada sini. kawasan ni tak selamat."
"Apa maksud kau? Kau nak aku keluar dari sini, lepas tu kau nak buat apa?" Hafizah mempersoalkan rancangan Aidil.
"Aku tahu segala yang berlaku daripada Fahmi. Raksasa tu. Serigala jadian tu. Walaupun aku sendiri tak percaya benda tu wujud. Kalau benda tu betul-betul wujud, kita tak tahu bila lagi dia akan muncul depan kita. Terlalu bahaya. Aku tak mahu bahayakan kau."
![](https://img.wattpad.com/cover/56023765-288-k179587.jpg)
YOU ARE READING
Kanibal
Детектив / ТриллерHafizah yang sudah lama hendak bercuti di Sabah berjaya mencapai hasratnya. Malangnya, legenda bulan berdarah muncul kembali di negeri di bawah bayu itu. Dia perlu berhati-hati jika tidak mahu menjadi mangsa seterusnya.