Jihyo p.o.v
Aku berdiri di depan bangunan yang tertulis 'big hit entertainment' dengan perasan bercampur-baur. Aku berasa gembira kerana aku akan ditemu duga sekali lagi, tapi dalam masa yang sama aku berasa takut jika aku ditolak sekali lagi. Tanganku sudah berpuluh kerana berasa gementar, pandangan-pandangan pelik dari orang yang lalu lalang aku abaikan. Sekali lagi aku melihat bangunan megah didepanku buat kali terakhir sebelum memasuki bangunan tersebut.
Aku melangkah kearah kaunter pertanyaan, disana terdapat seorang perempuan yang ku rasa dalam umur sama dengan ku iaitu dalam 20-an sedang bercakap di telefon. Setelah sampai dihadapan kaunter, aku menunggu sehinggalah perempuan itu habis bercakap ditelefon. Sementara menunggu, aku mengambil peluang untuk melihat sekeliling tempat itu.
"ehem.. Boleh saya bantu cik" perempuan yang bernama park maena yang ku tahu namanya dari name tag dibajunya bertanya kepada ku dengan sopan dan senyuman yang terlekat dibibir.
"mm.. Boleh saya tahu dimana ruang encik.." aku berhenti seketika untuk melihat nama di kad yang diberi eunbi semalam. "encik park minhye" aku memandang semula cik maena dihadapanku.
"encik park minhye berada ditingkat 6, dibelah kanan dan bilik dia yang ada tulis manager park di pintu" aku mengucapkan terima kasih dan menuju ke lif untuk ke tingkat enam. Sampai sahaja ditingkat enam bangunan itu, aku belok ke kanan dan mencari pintu yang tertulis manager park. Setelah menjumpai bilik park minhye, aku mengetuk pintu sebanyak tiga kali. "masuk" setelah mendengar arahan masuk dari dalam, aku melangkah masuk kedalam bilik tersebut dengan perasaan gementar.
"selamat pagi encik park minhye" aku menunduk 90 darjah sebagai tanda hormat. Encik park minhye yang tadinya sibuk memandang kearah laptopnya mula memandangku dengan tanda tanya, mungkin pelik dengan kehadiranku ke sini. "saya song jihyo, orang yang nak temu duga jadi stylist tu" aku menerangkan niatku kerana rasanya dia telah terlupa tentang temu duga itu.
"ooh.. Cik song jihyo, silakan duduk" aku mengambil tempat duduk dihadapannya, fail tentang diriku dan sijil-sijil yang ku pegang daritadi aku berikan kepada encik park. Encik park mengambilnya, membelek-belek sijil-sijilku dan membaca biodata diriku. Setelah selesai membaca semua data dalam failku, encik park mula memandangku. "jadi cik song memang pandai bermake-up, berfashion dan seumpama dengannya?" encik park menanyakan dengan serius.
"yer, saya memang pandai bermake-up, berfashion dan seumpama dengannya. Bermake-up ni sudah menjadi hobi saya" aku berkata jujur, bidang ni memang salah satu bidang kegemaranku.
"kalau macam tu cik song tak kisahkan kalau saya cuba uji cik song"
"tak saya tak kisah" aku menjawab dengan yakin, yang ku tidak tahu darimana keyakinan itu datang."sekejap yer" encik park menekan sesuatu di telefonnya, dan tak lama kemudian ada bunyi ketukkan dari pintu bilik. "masuk" encik park membenarkan orang tersebut masuk kedalam. Seorang perempuan yang ku anggarkan dalam umur 30-an masuk kedalam.
"cik song kenalkan ini cik sang huna, cik sang kenalkan ni cik song ji hyo" aku bersalaman dengan cik sang huna sebagai tanda perkenalan sambil membalas senyuman. "jadi cik song, ujian cik song ialah cik song kena make-upkan cik sang menjadi lebih cantik" aku memandang cik sang sekali lagi sebelum mengangguk faham.
"cik sang, tolong yer bawakkan ke bilik persalinan, saya akan datang sekejap lagi" encik park memberi arahan dan dituruti baik oleh cik sang.
"mari ikut saya" cik sang berkata dengan senyuman yang masih terlekat dibibir, aku membalas senyumannya dan mengikutinya pergi ke bilik persalinan yang berada di tingkat 4.
"jadi cik sang memang dah lama ke kerja kat sini?" aku berkata bagi menghilangkan kesunyian.
"jihyo panggillah jer unnie huna. Unnie memang dah lama kerja kat sini. Hampir 3 tahun"
"ooo.. Lama jugak lah tu, best tak unnie kerja sini?" aku bertanya lagi.
"best jihyo. Orang-orang kat sini semua ramah. Adik-adik bts pun selalu jer menceriakan suasana" aku membuat muka bingung, bts? Siapa bts? Unnie huna yang nampak kerutan di dahiku mula menerangkan siapa bts.
"bts, jihyo tak tahu ke? Bangtan boys? Diorang idol kat entertainment ni" aku menggelengkan kepalaku tanda ku tidak tahu. Aku seperti pernah mendengarnya tapi aku tak tahu dimana?. Kerana khusyuk sangat berbual, aku sehingga tidak perasan yang kami telah sampai di bilik persalinan.
"ok unnie dah bersedia?" aku bertanya kepada unnie huna yang telah duduk dikerusi menghadap cermin besar dan alat-alat make-up yang berjenama.
"ok, buat elok-elok yer, jangan unnie sampai jadi badut sudahlah yer" aku dan unnie ketawa bersama.
"unnie jangan risau, jihyo takkan buat unnie nampak macam badut. Tapi nanti akan nampak macam miss universe" aku berkata sambil memake-upkan unnie huna, unnie huna ketawa mendengar kata-kataku dengan tidak percaya.
Beberapa minit kemudian aku telah siap memake-upkan unnie huna dan rambutnya. Aku memberi unnie huna melihat pantulan mukanya dicermin. Unnie huna terkejut melihat mukanya dicermin membuatkanku ketawa melihatnya yang tidak percaya orang yang dicermin itu dirinya sendiri.
Sedang ku sibuk mengemas barang-barang make-up sambil melihat unnie huna yang masih menelek mukanya dicermin, encik park masuk kedalam bilik persalinan.
"wah.. Kerja yang bagus cik song, cik sang nampak 5 tahun lebih muda sekarang"
"terima kasih encik park" aku berkata dan menunduk 90 darjah tanda terima kasih. Aku cuba mencuri tengok kearah cik sang yang mukanya sudah merah, aku tergelak perlahan.
"tahniah cik song awak diterima bekerja disini" encik park menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku sebagai tanda tahniah, dan aku menyambutnya dengan senyuman yang lebar.
"saya pergi dulu. Cik song awak bermula bekerja esok. Pukul 8.30 awak datang ke sini. Cik sang akan menemani awak mengelilingi tempat ini dan mengenalkan awak kepada idol yang awak akan bekerja bersama. Selamat tinggal saya pergi dulu"
"selamat tinggal encik park" aku dan cik sang berkata serentak. Setelah encik park telah meninggalkan kami, aku dan cik sang berpelukan.
"akhirnya dapat juga jihyo diterima kerja" aku berkata ceria, dan kami pun melepaskan pelukan.
"tahniah. Maaf unnie ada banyak kerja yang nak dibuat, sorry kalau tak boleh borak lama-lama" unnie huna berkata dengan nada sedih.
"takpe esok ada lagi masa" aku memberi senyuman kepada unnie huna dan unnie membalasnya.
"unnie hantar sampai lif yer" aku dengan senang hati menerima pelawaan unnie huna.
Akhirnya aku song jihyo lega telah mendapat kerja.
Bersambung..
-------------------------------------------------------------
Cerita baru dan chapter baru. Harap korang suka.Pertemuan jihyo dan bts kat bab 3, kalau nk skip, boleh skip kalau bab 2 dan 1 membosankan.
YOU ARE READING
In Love With Stylist Noona √
Fanfiction(SongJihyo&jeonjungkook fanfic) Jihyo bekerja di bighit entertainment dengan satu matlamat iaitu ingin mencari kerja. Tetapi nasibnya berkata sebaliknya. Adakah pertemuan mereka ini memang ditakdirkan untuk bersama walaupun umur berbeza? "Kenapa noo...