"noona, noona tak sambung mandi lagi ke?" jungkook datang kearah jihyo yang sedang duduk dibawah payung besar sambil memerhatikan mereka yang lain di pantai itu.
"nantilah, noona nak berehat sekejap" jihyo berkata, tapi sebenarnya dia tengah mengingati masa lampaunya ketika dia bercuti dengan makcik eunnanya di rumah pantai ini.
"kalau macam tu, jungkook temankan noona jerlah kat sini" baru sahaja jungkook ingin duduk di sebelah jihyo, jihyo menghalang jungkook.
"tak payahlah, jungkook pergilah bergembira dengan yang lain" jihyo tidak ingin masa cuti jungkook disiakan begitu sahaja.
"takpelah, lagipun dah lama tak luangkan masa berdua dengan noona" jungkook memberikan jihyo senyuman hangatnya, jihyo akhirnya mengalah dan membenarkan jungkook duduk disebelahnya.
Setelah lama berdiam menikmati angin petang, jungkook akhirnya berbicara. "noona, noona ingat tak janji yang kita pernah buat dulu?"
"janji yang mana? Sebab kita ada banyak janji" jihyo memandang jungkook dengan dahi berkedut, matanya yang besar dan bersinar disebabkan pantulan cahaya dari matahari memandang jungkook dengan tanda tanya.
Jungkook tanpa memandang kearah jihyo menjawab pertanyaan jihyo sambil memandang dengan kagum matahari yang hampir terbenam didepan matanya. "janji yang kita akan berjalan sambil berpegang tangan di pantai sewaktu matahari terbenam" jungkook akhirnya memandang jihyo setelah habis berkata.
Jihyo tersenyum setelah teringat akan janjinya bersama jungkook itu, entah macam mana mereka boleh terfikir untuk berjanji begitu ketika kecil. "tentulah ingat, waktu tu kita tengah bermain buaian"
"jadi.. Noona, noona nak tak menunaikan janji kita dulu?" jungkook yang sudah bangun dari duduknya menghulurkan tangannya kepada jihyo sambil tersenyum. Jihyo tanpa membuang masa menyambut huluran tangan jungkook dan membalas senyuman jungkook.
Dengan berpegangan tangan, jungkook dan jihyo berjalan bersama sambil berborak kecil menikmati keindahan matahari terbenam di pantai itu.
"cantiknya.." jihyo berkata takjub, matanya tidak lepas melihat matahari terbenam di depan matanya.
"ye.. Cantik sangat" jungkook berkata, matanya sedari tadi menumpukan perhatian kepada jihyo yang mengkagumi matahari terbenam.
"jungkook, noona! Jom masuk.. Omma dah masak makan malam" junho yang berada tidak jauh dari jihyo dan jungkook menjerit kearah mereka. Jungkook dan jihyo yang sedari tadi berada di alam mereka tersedar dan memandang antara satu sama lain kemudian memandang ahli bts dan nayeon yang telah masuk ke dalam rumah.
"jomlah masuk bersihkan diri nanti sakit pulak" jungkook mengangguk, kaki mereka laju bergerak masuk ke dalam rumah.
♡+:。.。❣LロVЁ❣。.。:+♡
Setelah siap mandi, mereka beramai-ramai pergi ke ruang makan untuk menikmati makan malam mereka. Banyak yang mereka bicarakan antaranya tentang kerjaya masing-masing, nampaknya makan malam kali ini tidaklah sejanggal makan malam dimana dia bergaduh bersama ommanya jihyo bermonolog sendiri apabila melihat suasana di hadapannya.
"kenapa noona kerja sebagai stylist? Tadi v ternampak banyak piala tentang prestasi akedemik noona kat bilik" jihyo yang sedang sedap memakan makanan tersedak mendengar kata-kata v.
"sebenarnya noona dah cuba pergi ke syarikat-syarikat yang lain, tapi semua ditolak" jihyo berkata setelah reda dari sedaknya.
"v sebenarnya.." jihyo memandang junho dengan tajam apabila junho ingin memberitahu kebenaran yang sebenar kepada yang lain, junho yang perasan pandangan tajam yang diberi oleh jihyo membuat tidak endah dan memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka yang berada dimeja. "hyo noona hanya bawak sijil yang tidak menunjukkan prestasinya yang baik kepada syarikat-syarikat yang dia temuduga" mereka terkejut mendengar penjelasan junho itu kecuali omma dan appa jihyo yang sudah tau akan perkara tersebut, mata mereka memerhatikan jihyo yang sibuk dengan makanannya.
YOU ARE READING
In Love With Stylist Noona √
Fanfiction(SongJihyo&jeonjungkook fanfic) Jihyo bekerja di bighit entertainment dengan satu matlamat iaitu ingin mencari kerja. Tetapi nasibnya berkata sebaliknya. Adakah pertemuan mereka ini memang ditakdirkan untuk bersama walaupun umur berbeza? "Kenapa noo...