Chapter 11

1.6K 121 1
                                    

Author akhirnya freedom, jadi author akan update selalu. Hope korang baca author punya cerita. Sorry kalau tk best 😓

♡+:。.。❣LロVЁ❣。.。:+♡

Bestfriend are supposed to be stay with you through thick and thin...

Chapter 11

Pada malam jumaat itu, jihyo dan jungkook duduk berdua sambil menonton televisyen. Mereka berdua menyewa cerita bertajuk train to busan. Jihyo dengan khusyuk menonton movie yang memang sudah lama dia tunggu tetapi jungkook pula fikirannya sudah pergi ke tempat lain, hanya jasad sahaja yang berada disitu.

Kadangkala jungkook akan mencuri tengok jihyo yang mempunyai reaksi yang comel ketika melihat movie itu, tetapi itupun hanya seketika kerana takut diketahui akan perbuatannya yang seperti stalker.

Jam sudah menunjukkan pada pukul 10.30 malam, kebiasaannya jihyo akan bermalaman di dorm bts ataupun pulang ke rumahnya pada pukul 11.30 malam, tetapi disebabkan esok dia mempunyai acara bersama jb, jihyo pulang awal ke rumah supaya dia tidak terlambat akan acara mereka esok.

Jihyo perasan akan reaksi jungkook yang sedih tadi apabila dia ingin pulang ke rumah, tetapi apabila ditanya, jungkook hanya kata tiada apa-apa membuatkan jihyo mula semakin

♡+:。.。❣LロVЁ❣。.。:+♡

Keesokan harinya, jihyo berpakain dengan kemas dan mukanya dicalet sedikit makeup untuk menserikan mukanya supaya tidak nampak seperti hantu.

Sewaktu jihyo ingin mengambil beg tangannya, pintu hadapan diketuk seseorang. Jihyo dengan segera pergi ke pintu hadapan dan membuka pintu dengan segera. Buka sahaja pintu, ternampak kelibat jb yang berpakaian kemas kelihatan hensem seperti biasa.

"hai jb" jihyo berkata dengan ceria.

"hai noona, noona nampak cantik harini"

Jihyo melihat baju dan seluarnya yang dipakai sebelum memandang semula kelibat jb yang berada dihadapannya. "jb pun hensem seperti selalu"

"jom noona, kita gerak" jb berkata sambil menghulurkan tangannya kepada jihyo. Jihyo tanpa teragak-agak memegang tangan jb itu.

♡+:。.。❣LロVЁ❣。.。:+♡

"jungkook kenapa? Dari pagi tak keluar-keluar bilik pun" jin bertanya kepada jhope yang sedang sibuk bermain game di telefonnya.

"alah.. Biasalah rindukan noona kesayangan dia lah, jihyo noona kan ada date jadi frustlah jungkook tu" jhope berbisik kepada jin.

"yeke? Jihyo noona date dengan siapa?" jin mula teruja apabila mendengar yang stylist noona mereka sudah mempunyai teman lelaki.

"dengan jb got7"

"waahh.. Bila diorang mula dating ni?"

"tak sil... " kata-kata jhope terhenti apabila terdengar deheman seseorang.

"oo.. Jungkook bila bangun?" jhope dan jin berkata serentak sambil memberikan jungkook senyuman manis mereka buat-buat seperti mereka tak buat salah.

"daritadi, ada orang ngumpat jungkook sampai terdengar dari bilik, tulah bangun ni" jungkook berkata sambil memberikan jin dan jhope jelingan tajam.

"ish, ish, ish siapalah yang ngumpat jungkook tu kan, jhope tau tak siapa?"

"entah, jhope pun tak tau" dengan itu, mereka pun menyambung apa yang mereka buat tadi, jin menonton televisyen, manakala jhope bermain game.

Jungkook membiarkan hyungnya itu dan pergi ke dapur untuk mengambil air minuman. Pada waktu yang sama, v dan jimin dengan muka yang teruja masuk ke dapur.

In Love With Stylist Noona √Where stories live. Discover now