Entah kenapa, tetapi jihyo merasa seperti ada sesuatu perasaan yang pelik muncul dibenaknya sejak kebelakangan ini apabila jungkook cuba bermain dengan cara memikatnya.
"mengarut jerlah jungkook ni, jungkook sendiri yang ambikkan baju ngan seluar noona tadi. Tiba-tiba pulak kata kita ni sehati sejiwa" jihyo menolak kepala jungkook dengan jari telunjuknya.
Jungkook mengeluarkan muncung sedepa setelah jihyo berkata seperti itu, habis hyungnya tahu akan rancangannya itu. "alah, noona asal bagitahu, habis rosak rancangan jungkook" jihyo dan bts yang lain geli hati melihat jungkook yang berlakon manja.
"dahlah takpayah nak berlakon manja bagai, bukan haritu cakap yang jungkook dah matang ke setelah masuk umur 20 tahun ni?" jihyo sengaja menyakat untuk membuatkan jungkook malu.
"jungkook cakap matang tak semestinya matang keseluruhannya, jungkook matang dekat akal, badan dan hati jer" jungkook berkata bangga, tangannya menepuk dada bidangnya.
"eleh.. Cakap jerlah masih nak jadi kanak-kanak rebina, senang cerita" jhope memerli, jhope juga ingin membuatkan jungkook berasa malu.
"tolong sikit, sekurang-kurangnya jungkook tak takut cerita hantu, ni train to busan pun dah takut nak tengok lagilah tak matang dan macho.." sekarang situasi sudah terbalik, jhope yang ingin membuat jungkook malu termalu sendiri mendengar kata-kata perlian jungkook. Mereka yang daritadi hanya mendengar dan melihat sudah tergelak sehingga jimin sudah tergolek-golek di lantai.
Belum sempat jhope ingin membalas, nayeon sudah turun dengan dress paras peha. "apa yang korang tengah borak ni, rancaknya sampai kat atas boleh dengar". Mereka semua memandang kearah nayeon dengan mata membulat, beberapa saat kemudian mata mereka memandang kearah lain.
Rapmon ingin bersuara tapi dipintas oleh jihyo. "takde pape, dah jom gerak nanti lambat pulak nak siap" jihyo berkata bagi memecahkan kesunyian. Nayeon cemberut apabila jihyo menjawab pertanyaannya dengan malas, tangannya sudah melipat ke dada dengan muka menyampah.
♡+:。.。❣LロVЁ❣。.。:+♡
"wahh.. Banyaknya costume kat sini?" jhope berkata teruja, matanya sudah berbinar melihat costume yang diperagakan di kedai itu.
"korang ambiklah apa yang korang nak, noona belanja" jihyo tersenyum melihat karenah bts di kedai costume itu.
"sengaja tunjuk duit dia yang banyak tu" nayeon berkata perlahan disebelah jihyo, jihyo tidak membalas dan hanya buat pekak.
"thank you noona!!" tanpa amaran badan jihyo sudah dipeluk oleh jimin dan v, hampir tersadung jihyo dibuatnya sebaik jungkook sempat memegangnya dari belakang.
"wow.. Hyung jaga-jaga sikit, sebaik noona tak jatuh tadi" jungkook yang masih memegang bahu jihyo berkata setelah terlerai pelukan jimin dan v dari jihyo.
"alah.. Prince jungkook kan akan selalu menangkap princess jihyo nanti" v berkata dengan sengihan.
"betul tu, tak payah noona nak risau lagi" jimin makin menyakat apabila muka jungkook mula merah.
"dahlah pergi sana pilih, nanti costume dah kena ambik dengan yang lain" jihyo menyelamatkan jungkook daripada dimalukan oleh jimin dan v.
"dahlah jom v, biarkan diorang pergi dating" sebelum sempat jihyo dan jungkook membalas, jimin dan v sudah pergi dengan ketawa mereka memenuhi ruang kedai itu.
"dahlah noona nak pilih baju dulu, jungkook pun pergilah pilih jugak" baru sahaja jihyo melangkah setapak, jungkook sudah menarik tangannya. Jihyo memusing kepalanya, keningnya sudah terangkat apabila matanya menangkap muka jungkook yang menyengih.
YOU ARE READING
In Love With Stylist Noona √
Fanfiction(SongJihyo&jeonjungkook fanfic) Jihyo bekerja di bighit entertainment dengan satu matlamat iaitu ingin mencari kerja. Tetapi nasibnya berkata sebaliknya. Adakah pertemuan mereka ini memang ditakdirkan untuk bersama walaupun umur berbeza? "Kenapa noo...