Jungkook melangkah kearah biliknya dengan tubuh badan yang penat. Semakin hari jadual mereka semakin ketat disebabkan album mereka yang terbaru telah diterbitkan. Dorm mereka pun kadang-kadang sahaja mereka dapat pulang kerana asyik tidur di hotel disebabkan lokasi yang perlu mereka hadiri berada beribu batu jauhnya.
Jungkook segera melangkah ke katilnya untuk merehatkan diri. Matanya memandang siling dengan pandangan yang kosong. Jasadnya sahaja yang berada disitu tetapi fikirannya sudah melayang ke peristiwa satu bulan lepas. Sudah sebulan berlalu sejak peristiwa jihyo mengkhianatinya. Disebabkan jadual mereka yang ketat, jungkook tidak dapat mengingati kembali peristiwa itu menyebabkan dia berasa lega tetapi apabila terdapat masa kosong seperti sekarang, tiba-tiba fikirannya kembali teringat akan peristiwa itu.
Jungkook mengeluh dengan fikirannya yang degil itu, matanya memandang biliknya yang dikongsi bersama v dan jimin yang telah dibersihkan oleh pembantu yang diupah oleh menager nim. Tiba-tiba matanya tertangkap kearah sebuah kotak yang terbalut cantik di atas mejanya.
Berkerut jungkook memandang kotak dimejanya itu bagi mengingati kembali siapa yang telah menghadiahkan dia kotak tersebut. Setelah lama dia memandang dari jauh, jungkook mendekati mejanya itu. Kotak sederhana besar didalam pegangan tangannya dipandang lama, peritiswa satu bulan lepas suga memberinya kotak dari pemberian jihyo mula terlayar di kotak ingatannya.
Jungkook mula berteka-teki antara mahu membuka kotak tersebut ataupun tidak. Setelah lama berfikir, jungkook membuka kotak tersebut dengan perasaan yang berdebar. Satu persatu reben dan pembalut hadiah itu dibuka sehinggalah tinggal kotak sahaja. Jungkook membuka penutup kotak tersebut dan pandangannya tertangkap kepada sepasang baju baseball pasukan kesukaannya yang terdapat namanya. Jungkook mengeluarkan baju tersebut menyebabkan satu sampul coklat terjatuh ke lantai.
Jungkook meletakkan baju baseball itu kembali dan mengambil sampul surat coklat itu. Tanpa membuang masa dia membuka sampul surat itu apabila teringat kembali kata-kata suga mengenai surat yang jihyo suruh baca. Jungkook mengeluarkan satu pucuk kertas bersama 7 tiket VIP perlawanan baseball dari sampul tersebut. Jantungnya berdebar apabila memikirkan apa yang mungkin terdapat didalam surat jihyo itu. Dengan nafas panjang jungkook membuka lipatan surat itu.
♡+:。.。❣LロVЁ❣。.。:+♡
"v mana jungkook? Daritadi tak keluar bilik, dah masa makan tengah hari ni" jin yang baru keluar dari dapur bertanya kepada v yang sedang berehat di ruang tamu.
"entah, daritadi v duduk sini jer. Dia masih tidur kut.." v menjawab, mulutnya yang menguap di tutup.
"pergilah panggil dia, nanti gastrik pula dia tak makan" jin berkata dan terus pergi masuk ke dapur semula sebelum sempat mendengar jawapan daripada v.
V bangun dengan langkah yang longlai ke biliknya yang dikongsi bersama jungkook dan jimin. Masuk sahaja ke bilik, v terkejut melihat keadaan jungkook yang sudah terduduk di lantai dengan baju baseball dan tiket baseball yang bertaburan di lantai. Mukanya telah basah dek air mata yang mengalir, giginya diketap geram, malah tangannya juga dikepal kuat. V dengan laju bergerak ke arah jungkook dan memeluk jungkook dari belakang untuk menenangkan jungkook yang semakin kuat tangisnya.
"jungkook kenapa ni?" jungkook tidak menjawab pertanyaan v malah memberi kertas di hadapannya itu di dalam genggaman tangan v. V memandang kearah jungkook sebelum membaca kertas yang berada ditangannya itu.
Hai jungkook, v, jimin, suga, jhope, jin dan rapmon ni noona jihyo. Noona tahu jungkook dan bts yang lain sekarang mesti sudah membencikan noona sebab kesalahan haritu. Tapi noona harap jungkook dan bts dapat terima hadiah daripada noona ni. Hadiah ni sudah lama noona beli tapi noona tengah tunggu masa yang sesuai untuk memberinya kepada korang. Dan nampaknya masa nilah yang paling sesuai kerana ini mungkin hadiah terakhir noona kepada korang. Noona faham kalau korang bencikan noona sebab korang ingatkan noona telah tikam korang dari belakang. Tapi noona memang tak bersalah pada peristiwa yang berlaku haritu, seseorang telah memerangkap noona supaya jungkook dan bts yang lain membencikan noona. Noona harap jungkook dan bts lain dapat hidup bahagia, dan jaga kesihatan selalu. Kita mungkin tidak akan berjumpa lagi kerana setelah korang membaca surat ini noona telah sampai di England atau tengah berangkat ke England. Terima kasih kerana telah meluangkan masa bersama noona dahulu, noona akan selalu simpan kenangan indah itu di kotak ingatan dan hati noona. Selamat tinggal jungkook dan bts..
YOU ARE READING
In Love With Stylist Noona √
Fanfiction(SongJihyo&jeonjungkook fanfic) Jihyo bekerja di bighit entertainment dengan satu matlamat iaitu ingin mencari kerja. Tetapi nasibnya berkata sebaliknya. Adakah pertemuan mereka ini memang ditakdirkan untuk bersama walaupun umur berbeza? "Kenapa noo...