Jungkook menunggu bersama hyungnya yang lain di ruang tamu. Entah kenapa suga telah memanggil mereka untuk berkumpul di ruang tamu lima belas minit yang lalu, tetapi kelibat tuan badan pulak tidak kelihatan lagi.
"mana suga ni, bape lama lagi nak suruh kita tunggu" jin mula merungut apabila penat duduk di sofa tanpa membuat apa-apa.
"sabar jerlah hyung, mungkin suga hyung ada sediakan kejutan untuk kita" jhope berkata, matanya tidak lekang daripada menonton televisyen.
"harap kejutan tu besar sangatlah sampai lama kita tunggu ni" rapmon pula berbicara.
Tak lama kemudian kelibat suga datang ke ruang tamu bersama sebuah beg sederhana besar ditangannya.
"maaf sebab buat korang tertunggu, ni suga dah bawak kejutan besar untuk korang" suga berkata dengan maksud yang mendalam. Semua sudah teruja apabila mendengar perkataan kejutan.
"apa dia hyung?" v yang sememangnya tersangat teruja sudah terlompat-lompat di sofa yang dia duduki.
"kalau nak tahu, tengoklah isi kat dalam beg ni" suga meletakkan beg yang dia pegang tadi di atas meja, yang lain sudah mengelilingi meja tersebut untuk mengetahui isi di dalam beg misteri itu.
"hyung tak buat prank kat kitorang kan?" jungkook berkata ragu-ragu apabila melihat beg misteri itu.
"tak, tengoklah dalam dulu baru tahu" suga mengambil tempat duduk di sofa berdekatan.
Yang lain memandang antara satu sama lain sebagai isyarat sebelum mereka dengan terujanya membuka isi beg itu. Jin mengambil barang yang terdapat di dalam beg tersebut yang terdapat sebuah pita rakaman dan sepucuk surat coklat.
"ni kejutan dia?" jimin bertanya kepelikan, terus hilang keterujaannya tadi. Pita rakaman itu dibelek-belek.
"mainkanlah rakaman tu, surat tu buka. Ada benda dalam surat tu" suga tidak sabar ingin melihat riaksi mereka berenam. Sudah lama dia tertunggu-tunggu akan benda ni, akhirnya dapat juga dia lakukan dan melihat dengan mata dia sendiri.
Jimin tanpa membuang masa memainkan rakaman yang berada di tangannya. Surat coklat yang berada di tangan jungkook juga jungkook buka dan mengeluarkan isi di dalam surat itu.
Mereka yang berada di ruang tamu itu terkaku mendengar perbicaraan nayeon bersama ha jun dari pita rakaman itu. Dan gambar nayeon dan ha jun itu memang membuktikan suara dari pita rakaman itu adalah milik suara ha jun dan nayeon.
Walaupun rakaman itu telah habis dimainkan sepuluh minit yang lalu, tapi tiada siapa yang berani mengutarkan kata-kata. Mulut mereka seperti telah dikunci membuatkan mereka tidak dapat berbicara.
"harap hyung dan yang lain dapatlah fikir benda ni elok-elok, suga dah cakap pada korang tentang kejadian sebenar yang berlaku tapi korang tak caye" suga memandang bts yang lain yang sudah menunduk kepalanya kebawah. Suga mengeluh perlahan tetapi tak lama kemudian bibirnya terbentuk sebuah senyuman yang kecil. Akhirnya janji terakhir dia dengan jihyo termakbul juga. "Suga masuk bilik dulu" semua terdiam apabila suga berkata seperti itu. Mereka tahu suga kesal dengan kelakuan mereka, dengar suara suga pun sudah menunjukkan kekesalannya.
Tak lama kemudian jungkook masuk kebiliknya meninggalkan suasana suram di ruang tamu itu.
Pintu bilik dihempas sebagai tanda amarah, rambutnya di kusutkan sehingga serabai. Jungkook memandang pantulan dirinya dicermin dengan perasaan yang kesal. Dia sangat kesal dengan perbuatannya tempoh hari, dia telah menuduh dan menghina jihyo yang tidak bersalah itu. Dialah raksasa kejam, kerana sanggup tidak mempercayai jihyo. Sekarang jihyo sudah pergi jauh darinya, tanpa dia tahu lokasi jihyo itu.
YOU ARE READING
In Love With Stylist Noona √
Fanfiction(SongJihyo&jeonjungkook fanfic) Jihyo bekerja di bighit entertainment dengan satu matlamat iaitu ingin mencari kerja. Tetapi nasibnya berkata sebaliknya. Adakah pertemuan mereka ini memang ditakdirkan untuk bersama walaupun umur berbeza? "Kenapa noo...