2 tahun kemudian..
Jihyo melangkah ke airport dengan senyuman yang terlekat di bibir. Pandangan orang yang disekeliling diabaikan. Sekarang dia sangat merindui negara asalnya iaitu korea, sudah dua tahun dia tidak menjejakkan kaki di sini kerana sibuk menguruskan syarikat appanya di England. Sekarang akhirnya dan selamanya mungkin dia akan menetap di korea kerana syarikat appanya telah diuruskan oleh saudara dekat yang sangat mereka percayai.
"selamat kembali cik song ji hyo" seorang lelaki muda berkata sambil membuka pintu kereta di tempat duduk hadapan.
"terima kasih driver" jihyo menyakat pemuda tersebut.
Lelaki itu hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Setelah menutup pintu kereta, lelaki tersebut berlari kecil untuk ke tempat pemandu.
"pakai tali pinggang elok-elok yer cik song jihyo kita akan pergi ke destinasi kita pulak" lelaki tersebut memandang jihyo sekilas dengan senyuman lebar sebelum bergerak dengan laju membelah jalan raya ke destinasi mereka.
---------
"omma! Appa!" jihyo menjerit ceria sesudahnya dia sampai ke perkarangan rumahnya.
"jihyo, rindunya omma dengan kamu ni" omma jihyo memeluk jihyo dengan erat sekali.
"aik ommanya, bagilah appa pulak melepas rindu. Dah berjam tunggu ni" appa jihyo mengusik isterinya yang seperti tidak ingin melepaskan jihyo.
"alah.. Oppa pergilah sana dengan junho tu" omma jihyo menghalau suaminya yang cuba meleraikan pelukannya bersama jihyo.
"aik kamu ni, ingat jihyo tu anak kamu sorang jer ke?"
"memang pun" omma jihyo menjelir lidah.
"macam budak-budak jer. Tak sedar diri betul umur dah tua" appa jihyo mencubit pipi isterinya.
"ish apa ni main cubit-cubit sakit tau" omma jihyo mengusap pipinya yang dicubit oleh suaminya. Jihyo yang melihat karenah omma dan appanya daritadi tersenyum bahagia. Bertahun sudah dia tidak melihat adegan omma dan appanya itu.
"ish, apa ni omma ngan appa ni bergaduh depan pintu, jom masuk dalam malu jiran tengok" jihyo menarik kedua-dua omma dam appanya masuk ke dalam rumah kalau tak ditegur sampai esoklah diorang duduk kat situ. Appanya dipeluk erat seperti memeluknya ommanya tadi.
-------
"junho mana pulak? Daritadi omma tak nampak kelibat dia" omma jihyo bertanya setelah lama mereka berborak tapi tiada kelibat junho.
"driver jihyo tu sibuk berborak dengan yeojachingu dia. Dia tu kan susah sikit nak berenggang dengan telefon bila dah telefon dan mesej dengan yeojachingu dia" jihyo sengaja menguatkan suara biar junho yang berada di luar dengar kata-katanya.
"oklah tu sekurang-kurangnya dia ada yeojachingu, kamu tu namjachingu bila nak ada? Omma makin lama dah tua, nak juga omma dan appa kamu ni merasa ada menantu dan cucu" omma jihyo berkata dengan anggukan daripada appa jihyo.
"tulah noona jual mahal, orang dah mintak maaf lepastu mintak noona jadi yeojachingu noona tolak mentah-mentah" junho yang baru masuk bersama beg roda jihyo ke ruang tamu menyampuk perbicaraan ommanya dan jihyo.
"ish.. Sibuk jer. Bagitahu nayeon yang kamu tu curang dengan dia baru tahu" jihyo mengugut junho. Sekarang junho dan nayeon sudah menjadi kekasih sejak setahun yang lalu. Ketidak fahaman yang berlaku antaranya dan nayeon sudah tamat. Malah sekarang dia dan nayeon sudah menjadi kawan baik.
#flashback
Dua tahun yang lepas...
"hello noona" suga menelefon jihyo.
YOU ARE READING
In Love With Stylist Noona √
Fiksi Penggemar(SongJihyo&jeonjungkook fanfic) Jihyo bekerja di bighit entertainment dengan satu matlamat iaitu ingin mencari kerja. Tetapi nasibnya berkata sebaliknya. Adakah pertemuan mereka ini memang ditakdirkan untuk bersama walaupun umur berbeza? "Kenapa noo...