#flashback
"makcik, rindunya jihyo dengan makcik!" jihyo yang berumur 18 tahun ketika itu memeluk makcik kegemarannya dengan erat.
"bukan jihyo baru jumpa makcik semalam ke?" eunna berkata kepada anak saudaranya yang manja itu.
"hehe, walaupun baru semalam jihyo tetap rasa rindu dengan makcik" jihyo mengambil tempat duduk disebelah katil hospital yang makciknya ditempatkan. "macam mana? Makcik rasa sihat dah ke?" jihyo mengurut tangan makciknya dengan penuh kasih sayang.
"makcik rasa makin sihat lepas jihyo jaga makcik, ni semua berkat jihyo yang rajin jaga dan rawat makcik lepas balik sekolah" eunna membelai kepala anak saudaranya itu, dia kasihan melihat anak saudaranya yang selalu monyok dan bersedih setiap kali dipaksa pergi ke sekolah. Dia tahu yang anak saudaranya ada masalah di sekolah, tetapi apabila ditanya mesti jawapannya sama sahaja yang dia rasa gembira pergi ke sekolah.
"kalau macam tu baguslah makcik" Jihyo tersenyum kepada makciknya itu, dia bersyukur jika makciknya betul-betul sihat. Walaupun dia tak tahu apakah penyakit sebenar makciknya itu, dia harap makciknya sihat daripada penyakit itu.
"jihyo pergilah keluar dengan kawan kalau nak, makcik tak kisah. Makcikkan dah sihat dan dah besar panjang" eunna mengangkat tangannya sebagai tanda dia sihat. Dia bersimpati kepada jihyo yang selalu sibuk menjaganya sejak enam bulan yang lalu tanpa henti.
"takpelah makcik, jihyo tak kisah. Makcik lagi penting sekarang ni" makciknya yang sakit didahulukan dahulu sebelum dirinya. Dahulu ketika dia kecil, makciknyalah yang selalu menjaganya ketika omma dan appanya sibuk bekerja, jadi apa salahnya jika dia mengutamakan makciknya yang tak pernah merungut menjaganya walaupun dia sakit. Lagipun dia mana ada kawan, hanya jb sahaja yang dia ada, tapi malangnya jb telah sibuk sebagai seorang trainer.
"jihyo ada masalah ke dengan kawan jihyo?" makciknya bertanya, seperti ada sesuatu yang jihyo telah sembunyikan daripadanya.
"takdelah makcik, Kami elok sahaja" memanglah elok sebab kau tkde kawan, jihyo bermonolog sendiri.
"kalau macam tu, jihyo pergilah jumpa kawan jihyo kalau semuanya elok sahaja antara korang" jihyo yang mulanya curiga dengan makciknya yang seperti ingin mengusirnya dari situ hanya akur dengan kata-kata makciknya.
"bye, jihyo pergi dulu makcik" jihyo meminta diri kepada makciknya sebelum keluar jihyo sempat mencium dan memeluk makciknya. Keluar sahaja dari bilik makciknya, jihyo melihat sekelilingnya yang sekarang doktor dan nurse telah sibuk menjalankan tugas mereka. Jihyo melepaskan keluhan melihat kesibukan di corridor itu. 'sekarang aku nak pergi mana?' jihyo memikirkan tempat yang menarik untuk dia pergi tapi otaknya blank, tidak dapat memikirkan apa-apa. Setelah beberapa minit kemudian, jihyo mengambil keputusan untuk pergi ke shopping mall untuk membeli barang keperluannya.
♡+:。.。❣LロVЁ❣。.。:+♡
"makcik minta maaf jihyo" eunna berkata dengan air mata berlinar di pipinya. Jam di dinding di pandang, nampaknya telah masanya.
'tok, tok, tok' eunna menyuruh sesiapa yang berada di luar pintu untuk masuk ke dalam.
"cik eunna, nampaknya masa anda telah sampai, nurse sila siapkan cik eunna untuk ke bilik bedah" nurse yang berada disebelah doctor tadi serta merta menyiapkan eunna dengan pakaian bedah.
"doktor sebelum tu, kalau lah ada sesuatu yang berlaku kepada saya, boleh tak doktor bagi beg ni kepada anak saudara saya?" doktor lee memandang beg itu dengan ragu-ragu sebelum mengangguk dan mengambil beg tersebut daripada tangan eunna. "terima kasih doktor" eunna memberikan doktor lee senyuman hangat, doktor lee membalas senyuman eunna.
YOU ARE READING
In Love With Stylist Noona √
Fanfiction(SongJihyo&jeonjungkook fanfic) Jihyo bekerja di bighit entertainment dengan satu matlamat iaitu ingin mencari kerja. Tetapi nasibnya berkata sebaliknya. Adakah pertemuan mereka ini memang ditakdirkan untuk bersama walaupun umur berbeza? "Kenapa noo...