chapter 7

2.3K 157 1
                                    

balik sahaja jihyo daripada persembahan bts itu, jihyo pulang kerumah dan mengemas barang-barangnya untuk dibawa ke jeju esok untuk percutiannya bersama ahli bts selama dua minggu.

setelah selesai membersihkan diri, jihyo membawa badannya yang lesu itu ke katil dan membaringkan badannya.

"ahh.. katil yang sebelum ni keras pun boleh rasa empuk pulak bila badan rasa lemah ni"

jihyo berkata sambil membenamkan mukanya dibantal. setelah beberapa saat kemudian dia telah tertidur lena dengan bermimpikan idola kesukaannya park bogum.

--------------

'kring... kring...'

jihyo cuba menggapai telefonnya yang berbunyi dengan keadaan yang masih mamai, setelah tangannya dapat mencapai objek empat segi itu, jihyo terus mengangkat panggilan itu tanpa melihat siapa yang memanggil.

"hello"

jihyo berkata sambil menutup mulutnya yang menguap.

"hello jihyo, nanti lagi 30 minit kami akan ambik jihyo dekat rumah jadi jangan lambat"

suara lelaki berkata di sebelah sana sebelum menamatkan panggilan dengan serta merta.

jihyo memandang henponnya dengan kerutan di dahi kerana keliru dengan apa yang berlaku sebelum dia teringat sesuatu yang menyebabkannya menepuk dahinya sendiri. jihyo melihat jam di dinding bilik sebelum tergesa-gesa bergerak ke bilik air untuk bersiap sebelum manager bts dan bts datang lagi 20 minit.

setelah siap bermake-up dan memakai baju, jihyo tergesa-gesa mengambil beg rodanya dan handbag sebelum pergi ke luar kerana van yang bts naiki telah pun sampai untuk mengambilnya.

"sorry lambat"

Jihyo meminta maaf setelah membuka pintu van.

"takpe, noona lambat.." jimin berhenti sekejap melihat jam tangannya sebelum menyambung "2 minit jer".

"noona masuklah duduk kat sebelah jungkook ni jangan tercegat kat situ jer"

Jhope berkata sambil menepuk tempat duduk disebelah jungkook di tempat belakang sekali.

"uuhh. ok"

"ok dah sediakan. jom kita pergi ke airport"

manager park berkata setelah meletakkan beg roda jihyo dibelakang bonet.

"jom!!" bts berkata dengan ceria dan bersemangat.

perjalanan ke airport hanya mengmbil masa 30 minit dan selama 30 minit itu tidak kering gusi mereka kerana gelak dengan jenaka bts.

sampai sahaja di airport, jihyo cuba memperkemaskan pakaian bts dan makeup mereka sebelum masuk ke airport dengan diiringi oleh bodyguard di sana. masuk sahaja bts di airport, bunyi jeritan dari peminat- peminat di sana kedengaran dengan kuat sekali, cahaya-cahaya kemera juga berpancaran disekeliling arah.

jihyo yang tak biasa dengan keadaan itu terkaku ditempatnya sambil melihat suasana yang kecoh disekelilingnya, dia rasa seperti berada di tempat jualan murah yang dipenuhi dengan orang-orang yang merebut ingin memiliki barang yang dijual dengan harga yang murah itu.

Lamunan jihyo terhenti apabila tangannya ditarik oleh seseorang, selepas beberapa minit kemudian jihyo sudah sampai di dalam kapal terbang bersama orang yang menariknya tadi.

Setelah sampai di tempat duduk, orang yang menariknya tadi melepaskan tangan jihyo.

"terima kasih jungkook, kalau jungkook tak tarik noona tadi mungkin noona dah sesat dan nanti korang pasti akan tinggalkan noona lepastu korang dah kurang seorang stylist, lepastu noona mesti kena pecat, lepastu.."

In Love With Stylist Noona √Where stories live. Discover now