Jungkook p.o.v
"hyung hari ni kita ada stylist noona baru yang gantikan stylist noona kita yang lama tu kan?" v hyung yang duduk disebelahku bertanya kepada jin hyung ketika kami sedang makan sarapan yang jin hyung buatkan di dorm kami.
"haah, hari ini stylist noona baru akan bekerja gantikan stylist yang lama kita" jin hyung mengambil tempat duduk disebelah tempat duduk rapmon hyung setelah siap mengemas didapur. Baru sahaja jin hyung ingin menyuapkan nasi goreng kimchinya kedalam mulut, jin hyung berhenti dan memandang v hyung dengan tanda tanya.
"mana v tahu ada stylist noona yang baru? jin hyung tak cakap apa-apa lagi" sekarang semua hyung memandang v hyung dengan tanda tanya termasukku.
"oo.. Sebab waktu v nak gi tandas kat tingkat manager park tu, v terdengar manager park cakap dekat seseorang yang manager park dah jumpa stylist yang baru untuk kita" v hyung berkata
"asal v pergi tandas kat tingkat tu? Kat tingkat kita berlatih menari kan ada" sugar hyung bertanya pulak dengan hairan.
"sebenarnya v sengaja nak buang masa waktu tu, jadi sebab tu lah v pergi dekat tandas kat tingkat tu" v hyung berkata dengan tidak bersalah dan menunjukkan giginya yang bersih dan yang tersusun cantik itu kepadaku dan hyung-hyung yang sedang bengang.
"patutlah kitorang tunggu bukan main lama lagi, rupanya pergi merayap yer" sugar hyung mula mendekat kearah v hyung tanpa v hyung sedari.
"oo.. dan waktu tu jugak v sempat makan sikit kat tingkat tu sebab waktu tu ada orang buat jamuan sikit" v hyung berkata tanpa melihat sekelilingnya yang sudah berdirinya ku dan hyung yang lain dengan marah.
"ehem.." ku berdehem, membuatkan v hyung yang tadinya khusyuk memakan sarapannya memandang kearah kami.
Sebelum sempat v hyung berkata apa-apa, kami sudah membelasahnya tanpa memperdulikan rayuan meminta maafnya.
"huh.. Lega sikit jhope rasa" jhope hyung berkata sambil memicit perlahan tangannya.
"huhu.. Sanggupnya korang membuat v begini" v hyung berkata sambil memicit badannya seperti dalam keadaan parah.
"hyung, berapa umur stylist noona kita yang baru tu?" jimin hyung bertanya tanpa mempedulikan kata-kata v hyung.
"kalau hyung tak silap, umur dia 25" jin hyung berkata, aku meletakkan jariku didagu sambil berfikir.
"jadi umur dia setahun lebih muda dari jin hyung lah kan" jin hyung mengangguk. "jadi jin hyung tak boleh lah panggil dia noona, jin hyung kan lebih tua"
"tak ku sangka jin hyung dah semakin tua" rapmon hyung berkata dan mendapat habuan jentikan daripada jin hyung.
"hyung sakitlah, habislah otak rapmon yang seksi ni" rapmon hyung berkata sambil menggosok dahinya yang terkena jentikan tadi.
"ada hyung kisah?" jin hyung mengibas rambutnya ketepi. aku dn hyung-hyung yang tadinya menahan gelak akhirnya terhambur sehingga jhope hyung terjatuh daripada kerusinya dan menyambung gelaknya walaupun telah terjatuh dari kerusi.
"ok stop, jungkook dah sakit perut banyak sangat gelak" aku berkata dengan gelak yang masih tersisa.
"ok dah, cepat makan dan cepat bersiap, lagi beberapa minit lagi kita kena pergi big hits entertainment" semua mengangguk mendengar kata-kata jin hyung dan mempercepatkan suapan kami dan terus bergerak kebilik untuk bersiap.
"ok cepat-cepat" kami semua dengan kelam-kabutnya memasuki kereta kami yang telah menunggu kami didepan rumah yang dipandu oleh manager kami.
setelah semua berada di dalam kereta, semua mengeluh lega. beberapa minit kemudian kami sampai di big hits entertainment yang telah berkumpul beberapa pelajar perempuan yang menunggu kedatangan kami.
"ok guys bersedia yer nak terima musibah fangirl?" manager kami berkata sambil memandang kearah tingkap.
"ye tuan" kami berkata serentak.
"ok sekarang go go, bodyguard kat luar" jin hyung membuka pintu kereta dan hyung sekarang telah dikeremuni oleh pelajar-pelajar perempuan itu. kami semua keluar dengan berhati-hati dan dengan susah payahnya memasuki pintu masuk big hits entertainment.
"akhirnya aku bebas. let it go~ let it go~" jhope hyung menyanyikan lagu frozen let it go sambil berpusing-pusing didalam bangunan ini. orang yang sekeliling dan hyung yang lain hanya tergelak melihat perangai jhope hyung yang gila-gila.
"oklah tu, dah jom jhope kita pergi" rapmon hyung menarik jhope pergi ke pintu lif diikuti dengan hyung yang lain.
"hyung-hyung pergilah dulu, jungkook nak pergi tandas dulu, jangan rindu jungkook tau" aku terus pergi ke tandas tanpa mendengar balasan dari hyung lain.
setelah selesai menguruskan urusan peribadi didalam tandas, aku keluar dari tandas sambil membalas mesej dengan ommaku. sedang ku jalan menuju ke lif sambil membalas mesej ke omma, aku terlanggar seseorang.
aku melihat seorang perempuan yang telah terjatuh dengan kertas-kertas yang dibawanya berselerak di atas lantai.
aku menolongnya mengutip kertas-kertasnya yang bertaburan dilantai. setelah siap aku memberikannya kertas yang ku kutip dengan ucapan maaf.
"takpe bukan salah awak pun, tadi saya pun tak pandang dimana saya jalan" perempuan tu berkata sambil masih membetulkan kertas-kertasnya tanpa memandangku. setelah siap mengemas, dia mula memandangku. Aku cuba memerhatikan mukanya, kerana aku seperti pernah melihatnya. Belum sempat aku berkata apa-apa, telefon aku berbunyi, aku melihat telefonku dan suga hyung yang menelefonku.
"hello hyung" aku memulakan bicara
"jungkook kat mana ni?" suga hyung bertanya.
"tadi jungkook terlanggar seseorang ni pastu jungkook tolong dia" aku memandang belakangku dan perempuan yang tadinya aku terlanggar sudah tiada, aku memandang sekeliling tetapi tidak nampak kelibatnya, dia hilang seperti ghaib. Sedang ku fikir dimana perempuan itu berada, aku baru teringat yang aku tengah bercakap dengan suga hyung ditelefon.
"lagi lima minit jungkook datang, hyung tunggu kejap" tanpa membuang masa aku matikan talian dan pergi ke lif.
"sorry lambat" aku berkata dengan termegah-megah memasuki bilik yang telah berkumpulnya hyung-hyung bts dan seorang perempuan yang ku tidak kenali.
"datang pun, jungkook kenalkan stylist noona kita yang baru.......
--------
▒ sorry author akan update sekali seminggu, sorry kerana telah lama menunggu. terima kasih kerana telah membaca dan menvote♥▒
YOU ARE READING
In Love With Stylist Noona √
Fanfiction(SongJihyo&jeonjungkook fanfic) Jihyo bekerja di bighit entertainment dengan satu matlamat iaitu ingin mencari kerja. Tetapi nasibnya berkata sebaliknya. Adakah pertemuan mereka ini memang ditakdirkan untuk bersama walaupun umur berbeza? "Kenapa noo...