chapter 26

1.3K 108 4
                                    

"mana noona ni, dah seminggu tak angkat call" suga bercakap sendirian, tangannya menekan lagi butang untuk menelefon tetapi jihyo tetap tidak mengangkat panggilannya. Suga mengeluh melihat telefonnya itu yang tertera nombor telefon jihyo.

"call jb lah mungkin noona ada jawab panggilan dia" tak lama kemudian panggilannya disambut oleh jb.

"hello jb"

"hello suga, kenapa yer call jb" jb bertanya kepelikan, tak pernah suga telefonnya malam-malam macam ni.

"jb ada call jihyo noona tak?" suga berkata terus terang tentang tujuannya menelefon jb.

"jb ada call, tapi noona tak jawab panggilan jb. Suga pulak call noona, noona jawab tak?" kedengaran suara jb yang risau dengan keadaan jihyo.

"noona pun tak jawab panggilan suga. Macam mana ni jb, suga makin risaulah dah seminggu suga cuba call tapi tak jawab" jb mulai cemas, tak pernah-pernah pulak noona tak jawab call seminggu, biasanya dua hari jer paling lama.

"kita call kat pejabat dia?" jb memberi cadangannya.

"tapi kita takde nombor telefon pejabat dia, kita ada nombor private jer. Lagipun noona tak pernah bagitahu nama syarikat dia"

"kita tanya keluarga dia lah"

"ok nanti suga cuba call keluarga dia. Lain kali kita bincang balik yer" suga cemas apabila mendengar bunyi tapak kaki yang menghala ke biliknya.

"ok, bye suga. Selamat malam"

"bye, selamat malam" suga menutup telefonnya dan mengambil tabnya di atas meja.

Pintu bilik dibuka dan kelihatan kelibat jin yang masuk ke bilik mereka.

"suga, esok siap-siap sebelum pukul 10.30 kita dah gerak tau nak gi perlawanan baseball" jin memberitahu rancangan yang telah mereka bincangkan tadi.

"ok" satu patah sahaja jawapan yang suga berikan. Jin masih berdiri statik di hadapan pintu untuk menunggu ayat suga yang seterusnya tapi tiada patah perkataan lain yang keluar. Jin mengeluh sebelum baring ke katilnya untuk berehat.

Suga memandang jin yang sudah tertidur di katil dengan lena. Suga menutup tabnya dan meletakkannya di atas meja. Setelah selesai, suga turut tidur dibuai mimpi kisah mereka yang bergembira bersama jihyo.

Keesokan harinya suga dan yang lain keluar ke perlawanan baseball di seoul tepat seperti masa perancangan mereka. Sebaik penonton perlawanan baseball tersebut dalam keadaan yang teruja maka mereka tidak mengecam kehadiran bts. Lagipun mereka semua yang hadir hampir kesemuanya lelaki hanya berbelas-belas sahaja penonton perempuan. Bts menonton dengan bersemangat dan tekun, mereka sangat gembira dapat menonton perlawanan baseball tersebut. Seperti semua yang mereka risau selama ini dilupakan apabila masuk sahaja ke dalam stadium sukan itu.

"waa.. Bestnya tengok perlawanan baseball tadi" v berkata dengan senang. Sungguh memuaskan perlawanan baseball pada tahun ni.

"tulah tapi rugi kita tak dapat bola homerun.." jhope berkata dengan riak sedih.

"nak buat macam mana, bola tu tinggi sangat, jadi orang paling belakanglah dapat" jimin berkata, sambil memakan hotdognya.

"yah park jimin, habis menyemburlah.. Makan dulu sampai takde makanan dalam mulut baru cakap" jin memarahi jimin seperti jimin baru berumur 10 tahun.

"mintak maaf hyung, jimin tak sengaja" jimin menunjukkan senyumannya yang tak bersalah kepada jin yang sedang mengelap muka dengan tisu.

"tiada maaf bagimu" rapmon berkata tiba-tiba dengan gelaknya.

In Love With Stylist Noona √Where stories live. Discover now