Keesokan paginya, jihyo bangun dengan senyuman yang terbit di bibir. Tak pernah dia segembira seperti sekarang, semalam selepas mereka makan sarapan, mereka melakukan kerja seperti biasa dengan ahli bts yang lain mengusik tentang hubungan mereka. Hubungannya dan jungkook hanya diketahui oleh bts, nayeon, manager nim, dan bang pd, jadi mereka harus berjaga-jaga apabila berada di luar kerana hubungan mereka mungkin akan sampai ke telinga wartawan.
Perbuatan pertama yang dilakukan oleh jihyo selepas bangun pagi adalah membuka phonenya untuk melihat mesej daripada jungkook, tapi hambar tiada satu pun mesej daripada jungkook. Malah mesej manager nim yang muncul di kaca phonenya. Dengan sedih jihyo membuka mesej yang dihantar manager nim.
From= manager nim
Jihyo, hari ni jihyo datang terus ke kbs petang nanti sebab sepanjang pagi ni kita takde jadual jadi jihyo buatlah kerja kat rumah. Oklah bye, tu jer saya nak cakap jumpa petang nanti.
Selepas membalas mesej manager nim jihyo bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri. Keluar sahaja dari bilik air jihyo terhidu bau makanan yang sedap di dalam rumahnya.
"aik, sape pulak yang masak kat dalam rumah ni kalau aku sorang jer tinggal kat sini? Takkan pencuri kot?" jihyo mula cuak apabila memikirkan seseorang telah mencuri masuk ke rumahnya. Dengan langkah perlahan jihyo memakai pakaiannya dan mengikat rambutnya kepada ekor kuda. Dengan bethati-hati jihyo membuka pintu biliknya tanpa kedengaran bunyi, tangannya sempat mengambil raket tenis yang berada di biliknya.
Dengan aksi yang seperti spy jihyo bergerak ke dapur di mana kedengaran bunyi pinggan mangkuk berlaga dan bau yang enak memenuhi ruang. Jihyo mengambil nafas yang panjang sebelum memasuki dapur dimana terdapat seorang lelaki yang sedang melihat isi ruangan peti sejuknya.
Dengan raket tenis yang sudah diayunkan tinggi, jihyo ingin memukul lelaki berpakaian t-shirt biru itu tetapi tangannya terhenti apabila terperasan gelang yang familiar di tangan lelaki itu.
"jungkook?" jihyo memanggil untuk meminta kepastian, raket tenis sudah diletakkan di atas meja makan.
"ohh.. noona bangun pun, baru nak kejutkan noona tadi" jungkook bergerak ke meja makan dengan kotak susu ditangannya.
"apa jungkook buat kat sini?" jihyo bertanya, punggungnya sudah diletakkan di kerusi salah satu meja makan itu. Matanya galak melihat pelbagai makanan dari pancake, roti bakar, strawberry dan buah-buahan lain di atas meja makan.
"jungkook nak buatkan noona special breakfast pagi ni" jungkook berkata dengan senyuman manis, segelas susu diletakkan dihapadan jihyo.
"alah sweetnya bf noona ni" jihyo mencubit lembut pipi jungkook.
"oh.. Yer lupa pulak jungkook" jungkook berlari perlahan ke ruang tamu meninggalkan jihyo di ruang makan bersenderian.
Tak lama kemudian jungkook datang ke ruang makan dengan sejambak bunga ros dan satu pasang baju di tangannya. "nah ni untuk noona" jungkook menghulurkan bunga ros dan baju itu kepada jihyo.
"jungkook buat noona segan pulak sebab noona tak sediakan jungkook apa-apa pun pagi ni" jihyo memuncungkan bibirnya, bunga ros dan baju yang diberikan jungkook dibelek.
"noona adalah sediakan jungkook hadiah pagi ni" jihyo mula pelik sebab seingatnya dia tak sediakan apa-apa hadiah kepada jungkook.
YOU ARE READING
In Love With Stylist Noona √
Fanfiction(SongJihyo&jeonjungkook fanfic) Jihyo bekerja di bighit entertainment dengan satu matlamat iaitu ingin mencari kerja. Tetapi nasibnya berkata sebaliknya. Adakah pertemuan mereka ini memang ditakdirkan untuk bersama walaupun umur berbeza? "Kenapa noo...