flashback
Di waktu pagi pada hari isnin yang cerah di busan high school, kelihatan seorang perempuan yang berpakaian seperti nerd sedang berjalan dengan cepat seperti dikejar oleh seseorang. Perempuan itu seperti dalam keadaan gementar sambil memandang dikiri dan dikanannya dalam ketakutan.
Baru sahaja perempuan itu ingin melepas nafas lega kerana dia hampir sampai di pagar sekolah, tiba-tiba dia dilanggar oleh seseorang menyebabkan buku-buku yang dipegangnya terjatuh kebawah.
"opps.. sorry sengaja" kata orang yang menolaknya tadi dengan gelak jahat diikuti oleh kawan-kawannya yang lain.
Perempuan itu tanpa melawan kata dengan perangai mereka itu mengutip balik bukunya yang terjatuh tadi dengan kepala menunduk. Setelah dia selesai mengutip bukunya, dia cuba melarikan diri daripada kumpulan-kumpulan yang membullynya tadi. Tapi semua menjadi sia-sia apabila tangannya ditarik oleh tangan seorang lelaki.
"kau ingat kau boleh senang nak larikan diri dari kitorang nerd-pig?" kata lelaki yang menolaknya tadi menggunakan nama panggilan yang direka oleh lelaki itu.
Tanpa ada amaran atau peringatan, perempuan itu sudah jatuh ditolak lelaki itu kedalam lumpur yang busuk dan sangat kotor. Dan dengan tidak berperikemanusiaan lagi lelaki itu dan kawan-kawannya mencampakkan telur yang telah busuk dan tepung kearah perempuan itu.
Perempuan itu hanya mampu menangisi dirinya tanpa mampu membela dirinya yang lemah. Tiba-tiba lontaran telur dan tepung yang dibaling kearahnya berhenti dan mulai kedengaran orang seperti bertumbuk. Dengan rasa was-was dan persan ingin tahu, perempuan itu mula memberanikan dirinya membuka matanya untuk melihat apa yang telah terjadi.
Alangkah terkejutnya perempuan itu apabila melihat lelaki bersama kawan-kawannya yang membullynya tadi terbaring diatas tanah dengan luka-luka disekitar muka dan badan mereka. Dan perempuan itu semakin terkejut lagi apabila ada seseorang yang menawarkan tangan kepadanya. perempuan itu hanya memandang tangan itu tanpa menyambut dengan perasaan yang takut.
"takpe jangan takut, saya hanya nak tolong noona sahaja" lelaki itu berkata tanpa mengalihkan tangannya yang berada dihadapan perempuan itu.
perempuan itu berfikir sejenak sebelum menyambut huluran lelaki yang ingin membantunya tadi.
"terima kasih" perempuan itu berkata dengan perlahan tanpa memandang penyelamatnya.
"sama-sama noona, tapi noona nak tak saya temankan noona pergi bilik mandi?"
Perempuan itu diam seketika sebelum mengangguk iya setelah melihat dirinya yang sudah berbau dan kotor dengan lumpur. Didalam perjalanan ke bilik mandi, mereka hanya senyap tanpa ada seseorang pun berbicara sehinggalah mereka sampai di hadapan bilik mandi.
"saya rasa noona mungkin takde pakaian nak pakai, jadi noona boleh pakai baju saya dulu" sebelum perempuan itu sempat menolak pemberian lelaki itu, pakaian lelaki itu sudah berada di tangannya yang bersih.
"terima kasih" perempuan itu berkata dan kemudian terus masuk kedalam bilik mandi.
Setelah selesai membersihkan diri, perempuan itu keluar dri bilik mandi dengan memakai baju lelaki itu.
"mm.. terima kasih kerana tolong saya, apa-apa pun saya tak tahu lagi nama awak, selamat berkenalan nama saya jihyo awak panggil saya noona hyo" hyo berkata sambil menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan.
"sama-sama, nama saya jae bum, noona hyo boleh panggil saya jb" menyambut huluran tangan hyo dengan senyuman.
off flashback
◐◐◐◐◐◐◐◐◐◐◐◐◐◐
sedang jihyo sibuk melihat persembahan bts di belakang pentas di skrin, namanya dipanggil seseorang.
"jihyo noona?"
jihyo mula kepelikan, dia baru sahaja sampai di sini tetapi seseorang telah mengetahui namanya. Dengan gementar jihyo memandang kearah belakang dimana suara itu timbul.
Di depannya sekarang terdapat seseorang lelaki yang dalam dua puluhan yang memandangnya dengan pandangan gembira. Jihyo melihat lelaki dihadapannya dengan penuh tanda tanya.
"mmm.. boleh saya tahu awak siapa?"
lelaki di depannya yang tadi gembira mula terpaku dengan muka yang sedih sebelum ditukarnya balik dengan senyuman yang tadinya menghiasi bibir.
"noona ni jb lah, noona tak ingat jb ke?"
jihyo berfikir seketika untuk berfikir dimana dia pernah mendengar nama tersebut sebelum riak mukanya bertukar menjadi ceria.
"jae bum?" jihyo bertanya meminta kepatian.
"ye ni jb, noona" jb berkata dengan senyuman yang makin mekar kerana jihyo sudah ingat akan dirinya.
"wah.. rindunya noona dengan jb" jihyo memeluk jb dengan erat untuk melepaskan rindu.
"jb pun rindu noona hyo" jb membalas pelukan jihyo dengan erat.
jihyo melepaskan pelukannya dengan jb untuk melihat penampilan jb sekarang.
"wah... jb dah lain yer sekarang" jihyo berkata dengan teruja.
"noona pun dah lain, dah makin cantik" jb berkata dan dengan itu pipi jihyo sudah menjadi kemerahan.
"mana a...." belum sempat jihyo ingin berkata, kata-katanya di potong oleh ahli bts yang baru habis membuat persembahan.
"noona, noona tengok..." percakapan jhope terhenti apabila dia ternampak jb dihadapan jihyo.
"oh.. hai jb" jhope berkata sambil memberi jb salam secara lelaki.
"hai sunbae.." jb berkata sambil menyalam dengan anggota yang lain.
"jb kenalkan stylist noona kitorang yang baru, jihyo noona. jihyo noona ni jb" jin berkata memperkenalkan jihyo dan jb.
"sebenarnya kami dah kenal pun dari high school" jihyo berkata sambil belakang lehernya yang tidak gatal.
"oo.. yeke? jb macam mana perangai noona jihyo dulu? dia gedik ke dulu? ataupun gangster kat sekolah" jimin berkata dengan pura-pura seram pada ayat terakhir. jihyo yang mendengar kata-kata jimin itu memberi jimin jelingan yang tajam yang dibalas dengan jimin sengihannya tanda tidak bersalah. manakala yang lain sudah ketawa melihat perangai mereka yang seperti budak-budak kecuali jungkook yang hanya melihat tanpa ketawa.
"taklah sunbae, noona baik jer dulu. oklah sunbae jb nak pergi dulu nanti persembahan kami pulak, bye sunbae, bye noona" jb melambai kearah mereka semua dan berlalu ke bilik persalinannya.
"ok, sekarang kita nak buat apa?" jihyo bertanya.
"kita duduk kat bilik persalinan lah dan kita order makanan!!" v berkata ceria dan disambut dengan rakan yang lain.
"jom.." belum jihyo sempat berkata apa-apa yang lain sudah pergi meninggalkannya dengan jungkook.
"jadi jom kita pergi jungkook" jihyo berkata.
"jom noona hyo" jungkook berkata dan membuatkan jihyo kaku ditempatnya. jungkook yang kepelikan kerana dia tidak mendengar bunyi tapak kasut selain kasutnya memandang kearah belakang melihat jihyo terkaku ditempatnya.
"kenapa noona?" jungkook berkata kepelikan.
"takde papelah, jihyo teringat seseorang jer" jihyo berkata dan bergerak ke sebelah jungkook.
"oo... ok.. jom kita gerak" jungkook dan jihyo jalan bersebelahan dengan jihyo yang masih dalam dunianya.
"jihyo noona... noona!" jihyo yang tadinya dalam dunianya sendiri terkejut dengan namanya dipanggil dan tiba-tiba matanya menangkap sesuatu yang bergerak kearahnya dengan laju iaitu troli yang penuh dengan baju dan belum sempat dia beriaksi badannya dibeban oleh sesuatu.
----------
sorry sebab author lambat update. harap korang suka chapter ni ♥
YOU ARE READING
In Love With Stylist Noona √
أدب الهواة(SongJihyo&jeonjungkook fanfic) Jihyo bekerja di bighit entertainment dengan satu matlamat iaitu ingin mencari kerja. Tetapi nasibnya berkata sebaliknya. Adakah pertemuan mereka ini memang ditakdirkan untuk bersama walaupun umur berbeza? "Kenapa noo...