Chapter 21

1.5K 107 5
                                    

Beep beep beep...

Jam loceng di atas meja sebelah katil dimatikan jihyo. Dengan lemah dan masih berkedaan mamai jihyo mendudukkan dirinya di katil. Baru sahaja kakinya ingin menapak ke bilik air, mesej baru masuk di phonenya. Dengan langkah perlahan kakinya berganjak ke meja disebelah katil untuk mendapatkan henphonenya. Henponnya dibuka dan mesej yang baru masuk dibaca. Tanpa disedari bibirnya memekarkan sebuah senyuman apabila membaca mesej tersebut.


From= jungkook

Selamat pagi kepada noona bidadari, buah hati pengarang jantung jungkook (●'◡'●)ノ💛. Harap harini noona bangun dengan ceria dan teringatkan jungkook yang disini 😉. Jangan lupa noona untuk datang awal harini seperti yang telah dijanjikan semalam sebab jungkook dah sediakan sebuah suprise untuk noona (๑>؂<๑). Jumpa nanti ditempat kerja, sebelum jungkook lupa noona pakai cantik-cantik yer harini ヾ( ̄▽ ̄)Bye~Bye~. Saranghae 💛.

Jihyo membaca mesej tersebut berulang kali, hatinya berbunga-bunga mengenangkan perlakuan jungkook akhir-akhir ni untuk menambat hatinya. Sudah seminggu sejak berlakunya peristiwa luahan hati jungkook di festival haritu, sungguh dia berasa terharu dengan layanan jungkook ini kerana tiada pun yang pernah melakukannya sebegitu. Mungkin dia sudah jatuh cinta dengan jungkook, tetapi dia sendiri pun tidak tahu apakah perasaanya terhadap jungkook sebenarnya. Setelah beberapa minit termenung, jihyo masuk ke dalam bilik air dengan senyuman yang masih mekar.

Jihyo melihat penampilannya di cermin, harini dia memakai dress paras lutut tidak seperti hari biasa yang dia akan memakai baju t-shirt dan seluar jean sahaja, mukanya dicalit sedikit makeup dan rambutnya di biar lepas. Setelah puas hati, jihyo melangkah keluar dari rumahnya dan menaiki kereta untuk ke bighit entertainment.

Setelah meletakkan kereta di parking, jihyo bergerak memasuki bighit entertainment. Baru beberapa tapak dia melangkah masuk, pergerakannya ditahan dengan seorang perempuan yang berdiri dihadapannya.

"miss song jihyo?" perempuan tersebut bertanya dengan senyuman.

"ye saya" jihyo berkata dengan tanda tanya.

"ni ada bunga untuk miss" perempuan tersebut menghulurkan sejambak bunga ros merah dan putih ke tangan jihyo, jihyo dengan ragu-ragu mengambil bunga tersebut.

"terima kasih, tapi boleh saya tahu siapa yang bagi?" jihyo bertanya, perempuan tersebut hanya mengangkat bahunya dan bergerak ke cafe yang berada di hadapan bighit entertainment.

Dengan kakinya yang masih melangkah ke lif, tangan jihyo sibuk membelek bunga tersebut untuk mencari kad yang mungkin terselit dicelah bunga-bunga tersebut. Setelah puas mencari tetapi tiada benda yang dicarinya itu, jihyo masuk ke dalam lif dan menekan butang ke studio bts.

Kaki jihyo melangkah keluar dan ingin berlalu ke studio, tetapi kemudian terhenti apabila terlihat sehelai kertas yang tertampal di dinding. Jihyo melihat di hujung kertas tersebut yang tertulis namanya, dengan persoalan yang berlegar difikirkannya atas apa yang berlaku, jihyo membaca ayat yang tertulis di kertas tersebut dengan tanda tanya.

Noona, jungkook selalu menganggap noona sebagai sorang bidadari yang telah ditakdirkan untuk jungkook. Noona selalu berada di sisi jungkook ketika jungkook sedih dan gembira, senyuman yang terbit di bibir noona selalu membuatkan bibir jungkook turut mengukir sebuah senyuman. Setelah noona berada di sisi jungkook, jungkook selalu tersenyum.

Jihyo melangkah lagi ke hadapan untuk membaca ayat seterusnya yang berada beberapa tapak dihadapannya.

Noona, noona ingat tak ketika kecil kita bermain doktor-doktor? Jungkook masih ingat lagi peristiwa tersebut kerana apabila kita bermain doktor-doktor noona mesti akan mencium pipi jungkook sebagai pengganti ubat. Sejak kali pertama kita bermain, jungkook berasa sangat bahagia dapat ciuman dari bidadari seperti noona, oleh itu bila kita bermain jungkook akan meminta kita bermain doktor-doktor untuk mendapatkan ciuman daripada noona (≧▽≦).

In Love With Stylist Noona √Where stories live. Discover now