Chapter 12

1.4K 114 2
                                    

Seperti yang telah dijanjikan, ini dia Chapter 12...

♡+:。.。❣LロVЁ❣。.。:+♡

Chapter 12

"oh.. Jungkook, apa jungkook buat kat sini?" jihyo berkata terkejut, dia tak sangka dapat berjumpa dengan jungkook di taman tema ni, padahal terdapat banyak taman tema di seoul.

"jungkook dengan hyung yang lain sajer nak habiskan masa kat taman tema, dah lama kitorang tak pergi taman tema favourite kami ni" jungkook berkata dan buat kali pertamanya dia senyum dengan lebar pada hari itu.

"waa.. Ni pun taman tema favourite noona jugak, dulu noona ngan jb mesti pergi taman tema ni kalau ada masa" jihyo berkata ceria mengenangkan zaman silamnya. Jungkook berasa sedih kerana zaman kanak-kanaknya bersama jihyo singkat.

"oo.. Noona datang sini dengan siapa?" jungkook bertanya setelah tidak nampak kelibat seseorang disebelah jihyo.

"oh noona datang dengan.. "

"sorry noona, tandas penuh tadi" jb berkata dengan tercungap-cungap.

"takpe, sebab noona pun tadi berborak dengan jungkook jer" jb yang baru perasan akan kelibat jungkook mula menyapa jungkook.

"hai jungkook" jb berkata sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan jungkook.

"hai jb hyung" jungkook membalas salaman jb.

"jungkook datang sorang jer ke kat sini? Mana ahli yang lain?" jb berkata sambil melihat sekeliling mencari kelibat ahli bts yang lain.

"hyung yang lain pergi bermain permainan lagi, jadi jungkook pergi ke kedai gula-gula sementara menunggu hyung yang lain siap bermain"

"oo.. Kalau macam tu jomlah ikut kami berdua sementara menunggu bts yang lain" jihyo menjemput jungkook untuk menyertainya dan jb.

"betul ke boleh?" jungkook menggosok belakang lehernya ragu-ragu mahu menerima ajakan jihyo, matanya meleret dari jihyo ke jb yang diam tidak berkata apa-apa.

"betul, jb tak kisahkan?" jihyo menolak perlahan jb yang berada disebelahnya.

"betul, jomlah" jb berkata sambil memberi senyuman kepada jungkook.

"mmm.. Ok"

"ok jom kita gerak ke rumah hantu!!" jihyo berkata dengan ceria.

"tak takut ke noona? Nanti dia datang waktu malam-malam kan" jb cuba menakutkan jihyo.

"alah buat apa nak takut, noona ada tendangan maut, noona baru nak tendang terus dia lari lintang pukang" jihyo berkata dengan berlagak.

"yeke?" dua orang laki yang bersamanya tidak percaya akan kata-kata jihyo itu.

"cakap jerlah korang berdua takut, sebab tu nak bodek noona acah noona nanti takut kan?" jihyo mengangkat kening kepada kedua laki yang berada dihadapannya.

"mana ada" jb dan jungkook berkata serentak.

"ok kita tengoklah apa jadi nanti" jihyo kata berbisik.

♡+:。.。❣LロVЁ❣。.。:+♡

"aahhhh!!!" semua yang berada di luar rumah hantu memandang pelik rumah hantu tersebut, mereka semua berfikir benda yang sama apabila mendengar jeritan dari rumah hantu tu.

'ish, ish, kuat betul perempuan tu jerit, seram sangat ke rumah hantu tu?'

Dan salahnya apa yang difikirkan mereka. Rumah hantu tu taklah menyeramkan, dan jeritan tadi bukanlah jeritan perempuan tetapi adalah jeritan lelaki-lelaki yang berlagak maskulin itu. Ye lelaki bukannya perempuan.

In Love With Stylist Noona √Where stories live. Discover now