chapter 23

1.3K 95 20
                                    

Sudah dua minggu hubungan jihyo dan jungkook berputik, nayeon pula tidak melakukan apa-apa terhadapnya dan jungkook. Seminggu yang lepas dia telah membawa eunbi berjumpa dengan bts, bukan main terkejut kawannya itu. Sebaik tak pengsan, tapi hampir menjadi gila, jihyo pasti tergelak apabila mengingati kejadian tersebut.

#flashback

"jihyo kau nak bawak aku pergi mana ni?" eunbi yang berada di seat penumpang bertanya kepada jihyo yang sibuk memandu. sudah lima belas minit berlalu dari jihyo mengambil eunbi dari cafenya tetapi mereka tetap tidak sampai di tempat tujuan jihyo.

"kau haritu yang beria-ria nak jumpa kawan lama aku a.k.a boss aku, aku nak bawak kau jumpa dioranglah" jihyo berkata tanpa memandang kearah eunbi.

"oo.. Ingat kau nak culik aku ke apa tadi sebab daritadi tak sampai-sampai" eunbi berjenaka tapi hambar.

"tak hingin aku nak culik kau, bukannya dapat keuntungan" jihyo mencebik.

"tahulah aku ni tak secantik, sepandai kau. Siapalah nak beli aku ni" mulalah drama eunbi ni berlangsung, siap air mata palsu mengalir sekali.

"dah kau jangan nak berdrama sangat, kita dah sampai ni. Jom keluar" akhirnya setelah 20 minit memandu mereka akhirnya sampai ke destinasi mereka iaitu di restoran traditional korea, restorannya jugak menggunakan rumah tradisi korea.

"sanggup kau bawak aku jauh-jauh ni semata-mata nak belanja aku makan kat restoran traditional korea yang famous ni" bersambung semula drama air mata eunbi. Jihyo sudah tergeleng-geleng dengan perilaku kawan baiknya, nilah padahnya bila terlalu banyak tengok kdrama.

"bukannya aku nak pun bawak kau kat sini, kat sini jerlah yang senang dapatkan private room. Jadi sempat aku tempah last minute. Jangan nak perasan sangat yer cik eunbi" selepas jihyo menepuk lembut bahu kawannya, jihyo pergi masuk ke dalam restoran tersebut meninggalkan eunbi yang mencebik.

Masuk sahaja didalam, jihyo dan eunbi dilayan oleh pelayan di pintu restoran itu.

"ye cik boleh saya bantu?" pelayan tersebut bertanya dengan ramah.

"private room atas nama song jihyo" jihyo berkata kepada pelayan perempuan tersebut dengan ramah juga.

"kejap yer" setelah pelayan tersebut selesai memeriksa, jihyo dan eunbi dibawa ke satu bilik khas dengan meja ditengah-tengah di ruangan bilik. "kalau cik nak pesan, cik berdua sila tekan butang ditengah-tengah meja tu" setelah mengucapkan terima kasih, pelayan tersebut mengundur diri kembali bekerja.

"istimewa sangat ke perjumpaan ni sampai tempah bilik private?" eunbi bertanya, dia mengambil duduk disebelah jihyo dan memandang jihyo dengan curiga.

"kalau kita makan kat luar sana tak tempah bilik private, nanti kita tak boleh makan dengan aman" kata-kata jihyo membuatkan eunbi semakin bertanya-tanya bukannya menjawab soalan eunbi.

"apa maksud.." belum sempat eunbi bertanya, tujuh orang bermask serta pelayan masuk ke bilik yang mereka duduki.

"hai noona" bts terus membuka masknya setelah pelayan tersebut telah pergi. Mereka satu persatu memeluk jihyo, jungkook pula mendapat pelukan dan kiss daripada jihyo.

"lambat pulak korang sampai" jihyo berkata setelah memeluk kesemua ahli bts.

"oo.. Tadi ada kesesakan lalu lintas, tu yang lambat sikit" v berkata tapi matanya memandang seseorang di meja makan. Jihyo memandang kearah belakangnya apabila hampir kesemua ahli bts memandang belakangnya. Jihyo menepuk dahinya apabila dia lupa akan eunbi di belakangnya, eunbi sudah ternganga melihat bts.

In Love With Stylist Noona √Where stories live. Discover now