Flashback
Jihyo melihat gambar yang berada ditangannya dengan perasaan yang bercampur baur, dia berasa sedih, gembira, rindu dan terharu. Air matanya yang berlinar disapu dengan lengan baju. Itu adalah gambar terakhir kookie yang dia ada, gambar itu telah dihantar oleh kookie sebelum mereka lost contact 6 bulan lepas. Sedang jihyo sibuk melihat gambar ditangannya, dia tidak perasan akan orang yang telah berada di hadapannya.
"waa.. Macam familiar jer muka dia" suara seseorang berada dihadapannya, tak lama kemudian gambar yang dipegang jihyo dirampas oleh orang itu.
"awak nak apa nayeon, tak habis-habis lagi ke kau nak hancurkan hidup aku?!" jihyo berkata dengan geram, air matanya yang jatuh dilap dengan kasar.
"waa.. akhirnya si nerd ni bercakap jugak, ingatkan bisu" miyeon rakan baik nayeon berkata sinis.
"ceh, selepas bertahun-tahun kita buli dengan cara kasar tak nak bercakap, lepas ambik gambar lelaki kesayangan dia baru nak bercakap" nayeon berkata sambil bermain dengan gambar yang diambil daripada jihyo tadi.
"bagilah gambar aku balik, aku dah muaklah dengan permainan korang ni" jihyo berkata dengan lemah.
"buat apa kau nak gambar ni, cuba kau tengok dia ni betul-betul, dia hensem, cute and charming, takdenya dia nak pandang kau yang" nayeon memberhentikan ayatnya seketika sambil menunding kearah jihyo dari bahagian rambutnya yang serabai, mukanya yang pucat, matanya diselindung oleh cermin matanya yang besar, baju yang besar dari saiz badannya sehinggalah seluar jeans dan kasut converse jihyo. "kalau dia pandang aku lojiklah sikit dengan rambut aku yang lurus, muka yang cantik dengan hidung mancung, mata besar dan bibir yang merah, pastu stylist pulak" nayeon memuji dirinya sendiri, jihyo yang mendengar kata-kata nayeon hanya mampu memusing bebola matanya sahaja.
"harap jer luaran cantik tapi dalam.. Busuk kalah orang yang tak mandi setahun" jihyo kata dengan nasa bisik tapi dapat didengari oleh nayeon dan kawannya.
"ish.. Kau ni kan" muka nayeon dah merah kerana marah, tangannya sudah naik ke atas untuk menampar jihyo. Jihyo yang tahu apa yang akan berlaku kepadanya, terus memejam matanya untuk menerima tamparan daripada nayeon.
Baru sahaja tamparan itu ingin kena ke muka jihyo, seseorang telah menangkap tangan nayeon.
"jb.." jihyo berkata perlahan apabila melihat penyelamatnya.
"noona ok kan?" jb berkata sambil mengecek jihyo, jihyo yang tidak dapat bersuara hanya mengangguk kepalanya.
"dah buat apa kat sini? Pergi masuk kelas!" jb berkata dengan kuat, dengan sekelip mata nayeon turut bersama rakan-rakannya dan mereka yang menjadi penonton terus masuk ke kelas mereka.
"thanks jb" jihyo berkata dengan syukur.
"welcome" jb berkata sambil memberikan jihyo senyuman hangatnya.
Endflashback
♡+:。.。❣LロVЁ❣。.。:+♡
Keesokan harinya jihyo pergi ke studio pada pukul 8. Sesampainya jihyo di studio, jihyo terserempak dengan ahli bts yang baru sahaja mahu masuk ke studio jugak.
"hai noona!" bts berkata dengan ceria dan teruja.
"hai adik noona-noona yang nakal" jihyo berkata kemudian mencubit pipi semua ahli bts.
"mana ada kitorang nakal noona, kitorang baiklah" v berkata sambil menunjukkan mukanya yang innocent.
"yelah, kenapa gembira semacam jer hari ni?" jihyo bertanya.
YOU ARE READING
In Love With Stylist Noona √
Fanfiction(SongJihyo&jeonjungkook fanfic) Jihyo bekerja di bighit entertainment dengan satu matlamat iaitu ingin mencari kerja. Tetapi nasibnya berkata sebaliknya. Adakah pertemuan mereka ini memang ditakdirkan untuk bersama walaupun umur berbeza? "Kenapa noo...