"We....."
Panggil Fay."Amende?"
Tanya Diena.Dia kini sedang berbaring di atas tilam lompat tinggi.Untung empuk jadi dia dapat berbaring dengan selesa.
"Ko agak Irani dengan Intan masih hidup ke atau dah jadi zombie?"
Tanya Fay.Sara yang sedang mengemas peralatan sukan supaya kelihatan kemas tiba tiba berhenti lalu memandang Fay.
" ko mulut ada insurans sikit boleh?Kata kata tu satu doa ko tau? Ko nak kawan ko jadi zombie ke?"
Tanya Sara.Muka dia agak sedikit merah mungkin akibat geram dengan soalan yang diajukan oleh Fay.
"Eh mana ada!Aku cuma tanya je "
Kata Fay .Dia pun membentang tilam lompat tinggi bersebelahan dengan Diena lalu menhempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk tersebut.Enak! Lega semua tulang belulang yang penat tadi.
"So kita nak rehat berapa lama?bila nak cari Irani dengan Intan?"
Tanya Diena."Lepas ni kita cari"
kata Sara.Dia juga menghempaskan badan nya di atas tilam bersebelah Fay.
30 minit waktu berehat telah berlalu.Sara keluar dari stor untuk melihat keadaan sekeliling.
'Bagus , line clear !!!'
Sara pun memberitahu Diena dan Fay bahawa keadaan aman jadi mereka boleh meneruskan pencarian mencari Irani dan Intan sebelum senja.
❌❌❌❌❌
"Kita nak kemana ni ?"
Tanya Diena.Again.
Soalan bodoh yang dikeluarkan dari mulut Diena."Ke hati Zaim"
jawab Fay sambil mempamerkan riak menyampah.
Bengang dia dengan Diena.
Entah lah otak Diena dirasakan seperti blur betul.
Entah entah dah kena virus tu jadi otak tak betul."Alah jangan la marah Fay.Ko ni sikit sikit nak marah aku tanya je"
kata Diena."Kita nak pergi bilik khas yang semalam Saintis 2 orang tu cakap.Kata nya ada orang yang dikurung dalam tu en.Mana tau dalam tu ada Irani dengan Intan ke"
kata Sara."Kalau Irani dengan Intan ada dalam tu.Bermakna diaorang ada virus tu.Korang tak takut berjangkit ke?"
Tanya Diena.Sara dan Fay pun berfikir sejenak betul juga apa yang dikatakan oleh Diena.
Sanggup ke mereka menghadapi virus tersebut?"Dia kawan kita.Irani dengan Intan bukan nak dijangkiti dengan virus cilaka tu.Jadi kita kena tolong diaorang.Lgipun semalam saintis tu cakap yang prof dah buat formula untuk sembuhkan orang yang terkena virus tu kan?Jadi kita tinggal cari formula tu then sembuhkan Intan dengan Irani.Simple kan?" Kata Fay.
"Cakap memang senang we..Cari belum tau senang ke susah"
kata Sara."Tak pe lah kita cuba dulu.Apapun selamatkan Intan dengan Irani dulu"
kata Fay.Mereka pun menyambung perjalanan ke bilik khas dibelakang makmal komputer.Memang ada bilik tersebut tetapi berkunci siap bermangga lagi.
"We..Ada mangga tho.Nak bukak cemana ni?"
Kata Sara."Ko guna la klip rambut "
kata Fay.Sara menggeleng.
"Tak boleh.Aku tak pandai buka mangga guna klip rambut"
kata Sara.Semua memerah otak memikirkan cara untuk membuka pintu tersebut.
Sedang memikir Fay terlanggar sesuatu hampir sahaja dia tercium lantai untung sempat mengimbang badan.Fay pun memandang kebawah baru sahaja dia ingin mencarut tiba tiba dia menjerit.Terkejut akan apa yang dilanggar nya tadi.
"Ko kenapa jerit jerit pekak telinga aku ado" kata Sara.
Fay hanya menunjuk ke bawah dengan muka yang terkejut dan pucat lesi.Sara dan Diena pun datang menghampiri Fay lalu melihat apa yang ditunjukkan oleh Fay.
Mayat.
Iya.
Mayat.
Mayat zombie..
Mayat zombie yang terbeliak mata nya seolah olah memandang Fay membuat kan Fay terkejut beruk itu sebab menjerit bukan main lagi.
Sara dan Diena menutup mulut dan hidung kerana bau mayat itu menusuk ke hidung sehingga membuat kan mereka hendak muntah.Mereka mula menjauhkan diri sedikit daripada mayat zombie tersebut.
"Apa kata kita cari kunci mangga tu dekat poket poket yang ada dekat mayat mayat zombie ni mana tau ada yang sesuai."
Kata Diena.Entah macam mana Idea bernas tu boleh muncul dalam kotak fikiran nya.
"Boleh pakai jugak otak ko ni Diena"
kata Sara.Diena hanya memuncungkan mulut nya.Terasa dengan kata kata Sara tapi tidak diambil terlalu serius.
Mereka pun mencari kunci tersebut di setiap mayat mayat zombie yang bertaburan di sekeliling bilik khas tersebut.
"Korang!tengok apa yang aku jumpa!!!"
❌❌❌❌❌
To be continued.........
(649words)
YOU ARE READING
#1 : VIRUS OF RABIES (ADVENTURE COMING)
Mystery / ThrillerKehidupan lima orang gadis remaja yang serba sempurna tiba tiba sahaja dilanda kucar kacir akibat kedatangan satu virus yang dipanggil "RABIES". Mereka cuba lari dari diserang virus tersebut tapi mereka telah terjebak dalam konflik cinta masing masi...